SK dan SJKC mana yang lebih bagus? Itu pertanyaan sahabat saya dimuka buku beliau. Maka ada pelbagai pendapat yang diberi. Hampir 80% yang berkongsi bersetuju bahawa sekolah Cina lebih baik dari segi disiplin, pembelajaran dan juga guru-gurunya. Ada yang berkongsi pengalaman terbaik mereka belajar di SJKC. Pun begitu ada juga yang mempunyai pengalaman pahit.
Maka jika sebagai ibubapa sekolah mana yang bakal dipilih. Jawapan saya mudah. Apa yang kita mahu untuk anak-anak kita? Adakah kita mahu mereka mahir Bahasa Cina? Apakah kita mahu anak-anak lebig berdisiplin? Atau apa yang kita mahu sebenarnya?
Jawapan itu mudah jiak tahu apa yang kita. Ia juga amat subjektif sebenarnya. Namun pada hemat saya jika pilihan Bahasa, saya memilih SK kerana saya mahu anak-anak saya mahir Bahasa Arab, terdidik dengan tatacara budaya Melayu Islam. Saya memilih memberi keutamaan terlebih dahulu kepada Bahasa Arab. Mungkin kerana saya dan suami sebelum ini di hantar oleh ibu bapa kami ke sekolah agama, maka kami menyedari betapa penting mendedahkan anak-anak dengan cara hidup Islam dan dekat dengan agama. Ini hanya diperoleh di sekolah aliran biasa.
Jika mahu anak-anak lebih disiplin ia bukan soal pilihan sekolah. Saya pernah mengajar Moral untuk pelajar Cina. ia kisah tahun 1996 di mana saya mula-mula posting menjadi guru. Ma sya Allah jika betul sekolah Cina mampu menjadikan anak-anak berdsiplin saya menafikan. Mereka itu rata-rata dari SJKC sebelah sekolah saya mengajar. Mereka ini tidak takut bahkan sering melawan guru. Banyak lagi jika mahu dikongsi.
Maka pada hemat saya disiplin anak-anak bermula dari rumah, ia bukan sekolah. Ia bermula dengan ibu bapa sendiri yang menjadi role model. Saya suka anak-anak mempelajari banyak bahasa. Kerana itu bila anak-anak masuk asrama mereka belajar bahasa asing. Anak yang sulong selain belajar Bahasa Arab juga belajar Bahasa Jepun. Anak yang ke tiga pula selain belajar Bahasa Arab dia belajar Mandarin.Pilihan apa jua etiap satu ada implikasinya. Contoh, jika anak bersekolah SJKC mereka tidak akan dapat masuk SBP.
Apa jua terpulang kepada kita yang mencorakkan.
Kita hanya merancang namun Allah sebaik-baik perancang.
Wallahuaalam.
No comments:
Post a Comment