Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Friday, January 2, 2015

Kembara Umrah 2014 (1)


Bismillah,

Alhamdulillah syukur pada Allah kerana memberi peluang untuk beribadat diMasjidil Haram pada 2014. Lama tidak berkongsi kerana sebaik pulang sibuk dengan urusan membantu mangsa banjir. kepergian umrah kali ini bersama ibu dan suami tercinta ternyata berbeza dari sebelumnya. Mekah dalam keadaan pengubahsuaian secara besdar-besaran amat menuntut kesabaran kepada tetamuNya. Ini kerana ruang menjadi padat, habuk dan debu yang kuat dan kesesakan serta tempat tinggal yang agak jauh. Apapun semua ini tidak membataskan peluang untuk beribadat, bahkan pada saya secara positifnya kami bolehg ada masa yang panjang di masjid dan tidak perlu pulang ke hotel dengan kerap. Balik hanya untuk makan minum, mandi, menukar pakaian dan se4kadar tidur sekejap. Selebihnya masa untuk beribadat meraih pahala.

Jika sebelum adanya construction hotel hanya di depan masjid, ia mudah untuk balik walau untuk qadha hajat, tapi kini hotel yang berdekatan semuanya harga agak mahal. Pada saya yang bukan duit banyak ini baik menyumbang kepada orang lain untuk ikut serta dibanding kita duduk di hotel atau tempat mahal.Namun jika mampu tidak salah. Saya bersyukur dengan peluang yang Allah beri selama ini. Harapan dan doa agar Allah menerima segala amal dan ibadat. Sememangnya setiap individu pasti bila sekali menjadi tetamu Allah akan mahu datanng berkali-kali lagi.

Ada banyak pengalaman yang mahu dikongsikan peristiwa di sana in sya Allah dilain coretan.

Wallahualam

No comments:

Post a Comment