Bismillah,
Hari ini status rakan FB mengajak berbincang tentang kewajaran menghantar anak di asrama atau bersekolah harian sahaja.
Isu ini sangat subjektif!.
Realtinya dunia hari ini tidak sama dengan zaman kita dahulu. Sewaktu tahun 80an saya merupakan salah seorang pelajar yang memilih sekolah asrama. Biarpun di Maahad Muhammadi ada juga yang pelajar harian namun saya yang tinggal di daerah Pasir Putih mahu ke KB mengambil masa hampir satu jam. Kos yang tinggi sudah semestinya kami terpaksa tinggal di asrama.
Namun waktu ditingktan 4 saya tinggal di rumah seorang Ustazah dan ulang alik ke sekolah. Kami agak bebas bergerak berbanding di asrama, namun kebebasan itu bukan bermakna kami boleh lakukan apa sahaja. Kami masih perlu menjaga akhlak. Kebebasa ini hanyalah kami tidak terikat untuk balik dua minggu sekali, bahkan ia memudahkan kami untuk mengambi tusyen di luar. Bagi saya peluang tinggal di asrama adalah pengalamn yang sangat indah. Kami belajar berdikari dan mengatur hidup sendiri baik dari segi pengurusan mahupun berbelanjaan. Ia juga melatih kami menjaga diri dan adab serta akhlak biar di mana berada tanpa ada pengawasan ayah ibu.
Hari ini ada banyak kisah dan isu baik yang tinggal di asrama mahupun sekolah harian. Sebagai bekas guru yang mengajar di sekolah harian selama 8 tahun, ada pelbagai pengalaman yang dicedok menguruskan pelajar-pelajar sekolah harian. Sekolah harian atau sekolah asrama pada hemat saya ia bergantung kepada ibu bapa dan jati diri anak-anak kita. Kita ibu bapa yang membentuk dan melenturkan mereka dari kecil hinga dewasa. Lalu jika mereka bersekolah harian mereka bebas ulang alik dari sekolah tanpa pengawasan dari ibu bapa lantaran ada yang bekerja. Di asrama juga walau ada peraturan namun mereka juga ada pilihan mahu ikuti atau tidak. Ada yang belajar sekolah harian menjadi pelajar terbaik lebih baik dari pelajar asrama, namun rata-rata di sudut akademik ramai pelajar asrama juga lebih cemerlang. Ia berbalik pada pelajar juga akhirnya. Cemerlang dan berjaya itu sendiri sangat subjektif. Jadi apa yang kita mahu sebenarnya.
Saya mahu anak-anak belajar agama, masuk tahfiz. Maka, saya dan suami memilih sekolah asrama kerana pada saya sekolah asrama banyak menawarkan program atau silibus yang tidak ditawarkan di sekolah biasa, contohnya Bahasa Arab, Jepun, Mandari, German dll . Jika di SBP ada tawaran bahasa lain, selain itu ada juga peluang belajar dalam suasana yang lebih kondusif dan prasarana yang bagus. Contoh mudah jika di sekolah harian adakala satu kelas melebih 40++, namun di sekolah asrama hanya dalam 30 orang sahaja. Dari segi guru-guru pada saya sama sahaja, bahkan mungkin sekolah harian lebih ramai adanya guru-guru pakar. Namun hebatnya di sekolah asrama, anak-anak akan lelbih berdikari. SBP kebanyakan pelajarnya belajar sendiri. Mereka tidak hanya bergantung pada guru-guru.
Pendek kata sekolah asrama ada kelebihan yang banyak. Pun begitu ada juga isu-isu yang lain akan timbul contoh anak-anak akan renggang dengan ibu bapa lantaran mereka akan lebih rapat dengan rakan-rakan kerana ada banyak masa bersama kawan dari ibu bapa sendiri. Pada hemat saya tidak semua begitu. Ibu bapa yang di sekolah harian juga adakala tidak rapat dengan anak bahkan anak-anak lebih terdedah pada pengaruh kawan. Sebagai ibubapa baik anak di asrama atau tidak pastikanlah kita menjadi BFF pada anak-anak? Walau jauh beribu batu hati anak-anak akan sentiasa dekat dengan ibubapanya. Ibubapa yang tinggi nilai kasih sayang dan sentiasa mendoakan serta prihatin pastinya akan menjadi insan NO 1 pada anak-anak.
Kita menjadi nakhoda, anak-anak yang mengemudi bahtera kehidupan mereka. Saat mereka belayar di lautan cabaran sudah pasti segala nasihat dan didikan akan membawa anak-anak ke destinasi yang tepat. Akan ada gelombang dan ribut taufan saat belayar di laut ganas, namun ibu bapa yang arif dan bijak sudah pasti menyediakan kemahiran serta ilmu yang manfaat agar anak-anak mampu menangkis segala mara bahaya.
Tiada ibu yang mahu berpisah dengan anak-anak. Rindu itu sangat ngilu dan pedih. Saat saya dulu berada jauh dari ibu airmata adalah asam garam, sama juga dengan anak-anak saya yang kesemuanya bersekolah di asrama. Namun itulah pengorbanan. Kita menghantar mereka dengan harapan agar merek pulang dengan kejayaan... menjadi penyambung generasi sebagai daie..
Ada banyak lagi isu akan diperbincangkan in sya Allah akan datang bersambung....
Wallahuaaam
No comments:
Post a Comment