Bismillah,
Isu kali ini adalah tentang memperkasakan Bahasa Arab. Ramai yang memandang remeh tentang hal ini, walhal Bahasa Arab adalah bahasa al Quran, bahasa komunikasi ahli syurga. Kita sebagai seorang Muslim wajar meletakkan Bahasa Arab sebagai bahasa yang wajib dan bahasa yang menjadi keutamaan untuk dipelajari.
Ramai yang melihat Bahasa Arab bahasa yang tidak glamer, bahasa yang dianggap kolot dan hanya golongan Ustaz/ustazah sahaja layakknya mempelajari. Betulkah begitu? Cuba perhatikan berapa banyak buku-buku ilmiah dalam bahasa Arab karyawan ulama silam yang terbilang. Walau ada yang telah diterjemah namun pastinya ia tidak sama dengan naskah asal, Ada ketikanya maksud yang diberi kurang menepati apa yang mahu dinyatakan.
Memahami bahasa Arab membantu kita untuk kyusuk dalam solat bila kita faham makna yang dibaca. Bahkan kita akan lebih dekat dengan Allah bila faham kalam yang dibaca. Bayangkan jika kita berpengalaman mendengar ayat-ayat yang dibaca oleh Imam di Mekah yang adakala mereka sebak saat ayat itu dibaca, bagi yang memahami makna pasti akan turut sebak bahkan terasa gerun dengan ayat-ayat Allah yang memberi amaran pada hambaNya.
Maka marilah kita menilai diri, ke mana kita selepas ini. Pastinya kita menuju akhirat yang abadi. Jika usia sudah separuh abad ia belum terlambat untuk kita belajar bahasa Arab. Anggaplah ia satu perjuangan memartabatkan Islam.
Wallahualam
No comments:
Post a Comment