Selamat hari guru buat semua... hari ini merupakan tarikh keramat untuk sambutan hari guru. Setipa kita adalah guru..paling tidak guru pada anak-anak... Jika tidak kepada orang lain kita adalah guru kepada diri sendiri hasil pengalaman yang dilalui...
Apapun apa yang mahu saya coretkan kali ini berkisar tentang permasalahan dalam rumahtangga.. sementelah saya sedang menulis draf untuk buku terbaru Formula 3i Membina Kebahagiaan Rumahtangga... Moga dipermudahkan Allah untuk mempersiapkan buku ini dalam keadaan pelbagai tugasan menimbun.
Isu tentang suami membuatkan dilemma pada si isteri bila suami tidak bekerja, memilih kerja, malas bekerja. Isu ini yang paling hangat diperkatakan terutama oleh para isteri yang merasakan diri seperti teraniya dek kerana terpaksa menanggung nafkah dan menyara keluarga secara tidak langsung bila suami malas @ tidak mahu bekerja. Jika tidak malas pun alasan terlalu memilih kerja.. ending suami hanya melepak di rumah.. Biarpun ada suami yang sebegini namun ada juga suami yang memilh tidak bekerja makan gaji tetapi mereka membantu isteri dengan cara menguruskan rumahtangga. Kredit perlu diberi kepada suami yang menyokong isteri. Memang banyak kes suami yang terpaksa, dipaksa berhenti dan apabila mereka memohon pekerjaan maka tiada pula rezeki. Lalu bagaimana meneruskan kehidupan? Bolehkah mengharapkan gaji isteri semata? Boleh jika cukup makan..boleh jika isteri bersetuju bekerja dan suami mengurus rumahtangga.
Masalah timbul bila suami sudahlah tidak bekerja, atau masih tidak dapat bekerja kerana susah mendapat kerja atau memilih kerja..ini kerana si isteri tepaksa mengambil tanggungjawab walhal tugas menyara keluarga adalah tanggungjawab suami... Masalah sebegini akan berlaku kepada mereka yang mana suami tidak mahu menerima dan mengambil tanggungjawab.. mereka secara tidak langsung akan 'take advantage' ke atas isteri yang bekerja.. ada yang bukan setakat malas bekerja.. menolong isteri mengurus rumahtangga juga tidak mahu.. maka inilah adalah masalah berkait dengan SIKAP individu serta tiada KESEDARAN terhadap tanggungjawab sebagai suami.
Seseorang yang beriman tidak akan memberi alasan tiada pekerjaan, Bahkan demi menyara keluarga apa sahaja kerja yang halal sanggup seorang suami lakukan demi menyara isteri dan anak-anak... Lalu jika keadaan suami yang seperti di atas, apa pilihan yang isteri ada? Pada saya ia bergantung kepada ketegasan isteri.. Jangan manjakan suami. Jika semuanya disuap lama-lama si suami akan berada di zon selesa kerana semua diurus oleh isteri.. Maka isteri perlu kreatif.. perlu memberi semangat kepada suami.. jangan merendahkan suami kerana orang yang tidak punya pekerjaan akan mudah merasa rendah diri.. Isteri pula perlu memndisplinkan suami..cth jika suami merokok maka jangan beri duit pada suami untuk membeli rokok, jika perlu hiduplah secara ala kadar supaya diri tidak tertekan dengan keadaan.. Jika perlu makan nasi dengan lauk biasa-biasa..apa salahnya.. biar sama-sama merasa susah..
Saya pernah menempuhi pengalaman di mana suami diberhentikan kerja atas alasan gawat ekonomi sewaktu tiga hari melahirkan anak ke dua. bayangkan keadaan kami. Walaupun saya waktu itu makan gaji namun hidup di bandar tidak mencukupi dengan gaji yang ada. Jika sebelum ini ada dua income bayangkan bagaimana perlu memenuhi keperluan bila gaji hanya tinggal satu.. Bayangkan pada waktu itu 1998..ekonomi sedikit gawat.. Namun saya bagi semangat pada suami, setiap sen duit yang ada saya korbankan... ikhlas membantu suami dengan harapan ada rezeki dari Allah. Demi membantu kami ibu datang dari kampung untuk menjaga anak-anak kami supaya dapat menjimatkan perbelanjaan.
Sebagai orang yang sudah selesa makan gaji bayangkan bila terpaksa bekerja seperti seorang buruh.. Suami saya bekerja menjadi driver, mengajar mengaji quran, mengambil upah apa sahaja yang boleh..hinggalah saya bagi semangat untuk menyambung Master.... duit tiada saya gadaikan emas yang ada.. saya pula membuat tusyen untuk menambah pendaptan.. bila anak usia 5 bulan saya pula ikut sambung belajar ke tahap Master.. Perjalanan kami sungguh pahit.. sambil belajar sambil bekerja..suami bekerja berhemaps pulas walaupun pendapatan tidak seberapa.Tetapi disitulah keberkatannya.. Sayalah orang yang paling merasa sedih... Kenapa demikian? Kerana ibu saya terpaksa berkorban sekali lagi untuk memberi kesenangan kepada seorang anak...Melihat seorang anak dalam kesusahan si ibu sanggup berkorban apa sahaja.. Itulah IBU kita...
Namun kami berazam agar Allah memberi laluan rezeki.. saya bertekad akan membahagiakan ibu suatu masa nanti.. Alhamdulillah dua tahun usia anak saya suami mendapat rezeki untuk menjadi pensyarah...rezeki kami makin bertambah dengan ada peluang rezeki dari pelabagai sudut.. Kami berjaya menghabiskan pelajaran.. menempuh masa sukar bersama-sama dengan kasih sayang yang ada.. saling percaya dan memberi sokongan bahawa langit tidak akan selalu mendung.. sinar mentari pasti akan muncul.. Saya bersyukur kerana dikurniakan suami yang tahu tanggungjawab beliau.. sanggup bersusah payah dan memejamkan mata buat apa sahaja biarpun tidak suka..biarpun ada rasa terhina..
Bagi kalian yang mungkin pernah berada di situasi begini.. sabarlah.. doakanlah agar suami berubah..suntikkan keyakinan.. Kuatkan kasih sayang antara suami isteri kerana kekuatan yang ada boleh menbantu dalam keadaan sukar.. Percayalah masa susah tidak tahan lama.. orang susah tahan lama.. susah senang kita bersama..
Wallahualam.
Saya salah seorang suami yang tidak bekerja atau lebih tepat tidak mempunyai pendapatan tetap dan keadaan ini sudah berlanjutan untuk beberapa tahun. Pendapatan yang diperolehi adalah hasil komisyen dan upah yang tidak terlalu besar dalam membantu kerja-kerja kawan-kawan yang menjalankan perniagaan. Dalam usia menjangkau awal 40an, bukan senang untuk mendapatkan sesuatu pekerjaan bersesuaian dengan ijazah, apatah lagi dalam sektor kerajaan. Sebagai seorang yang mempunyai ijazah juga menyebabkan tidak ada yang ingin mengambil saya bekerja walaupun sebagai pembantu dengan gaji di bawah RM1,000 atau RM500. Gaji isteri saya sememangnya sudah mencukupi untuk pembiayaan sekolah anak-anak, bil-bil dan sebagainya malah beliau mampu menempah baju baru sekurang-kurangnya sepasang setiap bulan. Saya tidak pernah meminta wang dari isteri saya untuk pakaian atau apa jua keinginan saya. Pakaian yang saya pakai adalah yang dibeli semasa saya bekerja dahulu. Saya tahu, saya tidak berhak ke atas wang isteri saya jadi, beliau tidak perlu menanggung apa-apa yang berkaitan dengan keperluan saya. Masa berlalu dan umur semakin meningkat, dan peluang untuk bekerja makan gaji semakin tipis. Untuk menyalahkan orang lain dengan apa yang telah berlaku adalah SALAH sama sekali kerana ia tetap tidak akan mengubah apa-apa. Sekarang apa yang saya rasa adalah, saya tidak lagi dapat membantu dan memberi nafkah kepada isteri saya...lebih-lebih lagi pendapatan beliau jauh lebih besar. Kadang-kadang rasa ingin saja saya ceraikan dia agar terlepas dari masalah ini, tetapi memikirkan 6 orang anak lebih-lebih lagi yang berusia 2 dan 4 tahun yang sangat manja dengan saya, amat susah untuk saya membuat keputusan. Cuma apa yang saya rasakan, kadang-kadang bila isteri bergaji besar dia rasakan dia boleh uruskan kesemua dan pendapat suami x penting. Untuk berbincang boleh tapi untuk membantu yang melibatkan wang dia, x boleh. Salah saya adalah tidak mampu mendidik isteri terutama setelah seolah-olah 'bergantung hidup kepada dia' atau melukut di tepi gantang. Terutama guru-guru mengenai kehidupan keluarga yang sealiran dengannya sangat banyak di luar sana, di sekeliling tempat kerja. :) Suami salah x ada kerja? Apa kata perempuan berhenti kerja dan berikan peluang itu kepada lelaki. Duit x cukup? Hidup lah sekadar apa yang ada, x payah ada Astro, maid, kereta dua tiga buah, rumah dua tingkat dan sebagainya? x gitu?
ReplyDeletetapi encik kena ingat, walaubagaimana pon tugas seorang suami tanggungjawab seorg suami xkan pernah gugur kepada isteri.take note.
DeleteSaya pun sedang mengalami masalah yang sama. Suami tidak bekerja malah tidak ada wang simpanan langsung. Sekarang dia menjaga anak di rumah...saya rasa agak tertekan kerana tidak mahu mencari kerja. dia rasa susah nak dapat kerja sekarang....saya bingung.Suami hanya menunggu peluang perniagaan dari rakannya buat masa ni. Dia selalu cakap, saya kena banyak bersabar....
ReplyDeletesama nasib kita... tiap hari menangis.. gaji besar tapi semua utk keluarga.. rasa sedih dengan keadaan xde sapa tempat mengadu...
DeleteSaya pun sedang mengalami masalah yang sama. Suami tidak bekerja malah tidak ada wang simpanan langsung. Sekarang dia menjaga anak di rumah...saya rasa agak tertekan kerana tidak mahu mencari kerja. dia rasa susah nak dapat kerja sekarang....saya bingung.Suami hanya menunggu peluang perniagaan dari rakannya buat masa ni. Dia selalu cakap, saya kena banyak bersabar....
ReplyDeletesuami tidak bekerja lebih 5 tahun.dalam tempoh tersebut, pernah bawa teksi, deposit sy yg bantu rm4k bulan2 terkadang rm300..hampir 2 tahun tidak mampu byr.kne tarik.kemudian dpt kerja sebagai driver pun berhenti.sepanjang suami bekerja, sy x pernah mintak duit dari suami.cuma niat sy ingin kan suami belajar mengambil tanggungjawab.sehingga sekarang masih tidak bekerja.kami mempunyai seorang anak.sebelum pegi keja, sy masak utk bw bekal dan utk suami makan, siap dan mandikan anak, sedia kan susu anak, suami hantar pergi kerja, blik kerja sy naik lrt, suami amik dari stesen sampi rumah, blik rumah sy mandikan anak, susukan anak, tidurkan anak, kemudian baru kemas dapur bagai..sy tetap memikul tanggungjawab seorang suami, dan tidak mengabaikan tanggungjawab seorang isteri.terkadang sy terpikir adakah ini dugaan utk seorang isteri atau dugaan utk seorang suami.sy letih yg amat sangat..x guna bercakap kalau tiada perubahan.x guna bergaduh atau bertekak jika tidak mendatangkan sebarang perubahan..
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteSaya juga salah seorang dari kalangan soalan tidak kerja. Mulai dari kami nikah hingga sekarang. Tak pernah kerja. Bila saya bersuara pasal kerja katanya tgh cari. Takkan selama 6 tahun masih mencari. Segala perbelanjaan saya yang tanggung. Sampaikan duit nak beli rokok pn minta dgn sy.
salam,
Deletesaya alami masalah yang sama suami yang memlih kerja, terlalu yakin dengan bisnes.
since dari kahwen suami sy xpernah bekerja dan memberi nafkah.adakah sy terslh langkah berkahwen lagi??? persoalan ini menjadikan sy tertekan dan murung.
suami say terlalu amik mudah dengan kehidupan.bila disoal kerja dia menuding sy tdk bersyukur dan menyebabkn rezeki dia tersekat padahal setiap doa sy selalu memohon dipermudahkan rezeki.peluang berkerja dia terlalu banyak tetapi dia menolak bulat2 alasan masa tdk sesuai. dia mahu bisnes ada mase dgn keluarga tetapi dia hanya duduk dirumah tdur lepak alsan cari job tapi hasil mengahbiskan duit sy.malah rumah sewa pun dia tdk mampu byr malah memeberi nafkah jauh sekali.sy ada tanggungan yang harus sy berikan .malah dia xmenbantu sy dlm hal rumahtangga malah menyalahkan sy kerana mengabaikn tugas sebagai seorg isteri sdgkn dia thu sy seorang bekerja. dia selalu mengeluh penat menghantar sy dan ank3 pergi kerja dan sekolah tetapi bila sy mahu berdikari sendiri dia menghalang dan langsung tdk mahu bertolak ansur malah suruh sy berhenti.kalau sy berhenti siapa nk bg mkn pada sy ank3.loan kereta,lauk pauk sdgnkn dia sendiri tdk mampu untuk memberi nafkah malah tmpt tggl pun sy rasa sy terpksa berkorban mencari duit lbh membayr sewa rumah.apa patut sy buat.sy hanya ingin menuntut cerai kehidupan sy akan kemabli normal.
Sama dengan saya😥😥
DeleteSemoga kesabaran bersama puan.
DeleteSaya juga alami mslh sama suami asyik bertukar kerja.skrg dah ada sorg anak ttp x berubah.walhal skrg tgh bekerja part time.duit gaji dia x pernah sy merasa mcm isteri2 lain diluar.jArang sekalli belikan apa2 utk saya.untunglah kalau dia nak beli brg dapur.jika x smua sy tggung.amat menyesal dgn sikap tak taggungjawab dia.xtahu nk mengadu pada siapa kerana malu dan xnak berdosa krn buka pekung di dada sdri.sy rasa ini mgkin dugaan atau blsn tuhan pada saya .entahlah..yg pastinya sy rimas dan tertekan dgn sikap malas dia.semakin hari saya makin benci dgn rumahtangga ini.x rasa kasih lg padanya.dan sy rasa x dihargai lgsg..
ReplyDeleteSaya pun sama, suami cerewet dan malas bekerja. Yuram skola sy yg tanggung, Orang kerja dia tidur
ReplyDelete