Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Monday, May 13, 2013

Kesan buruk menangguhkan pekerjaan



Kesan Sikap Menangguhkan 
·         Individu seringkali gemar menangguhkan kerja. Sikap suka menangguhkan kerja ini merupakan masalah yang sering dihadapi ramai. Bagi mengubah sikap ini maka ia bergantung kepada individu yang terlibat bagi mengawal sikap ini. Sikap sebegini memberi kesan kepada bukan hanya diri, keluarga, kerjaya tetapi juga orang sekeliling. Antara kesan suka menangguhkan kerja adalah:
·         Beban kerja akan bertambah banyak. Oleh itu, anda sukar mencari masa untuk menyelesaikan tugasan dengan cepat dan cekap.
·         Sikap menangguh akan menyebabkan stress dalam diri anda. Ini berlaku disebabkan kerja yang banyak akan menyebabkan anda tertekan dan tidak tahu hendak menyelesaikan mana satu dahulu.
·         Sikap ini menunjukkan imej dan personaliti diri yang kurang baik. Ia bermaksud sikap suka menangguhkan kerja akan menunjukkan anda seorang yang tidak cekap, semabil lewa serta tidak kpmited dalam menyelesaikan tugasan.
·         Memberi persepsi negative pada orang sekeliling kerana sikap ini. Ada sesetengah orang tidak suka suka terhadap individu yang suka menangguhkan kerja lebih-lebih lagi majikan sendiri.
·         Hasil kerja kurang berkualiti. Biasanya, kerja yang disiapkan “Last Minutes” atau keadaan yang tergesa-tergesa tidak akan memberikan hasil yang baik seperti yang diharapkan.
·         Tugasan mungkin tidak dapat disiapkan pada waktu yang tepat. Bahkan kerja yang perlu diselesaikan akan terbantut. Ini juga mungkin memberi kesan buruk pada organisasi.
·         Kerjasama sukar diwujudkan dikalangan ahli sesuatu organisasi kerana sikap sebegini. Jika seseorang suka menangguhkan kerja, orang lain sukar untuk mewujudkan kerjasama dengan individu tersebut. Oleh itu disiplin kerja perlu dilibatkan apda semua. Ibarat setitik nila rosak susu sebelanga.
·         Prestasi akan merosot dan ia membawa kepada kurang semangat untuk bekerja.


No comments:

Post a Comment