Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Tuesday, June 18, 2013

Resepi Nasi Mandy Chef Sabri


Bismillah, moga  dalam barakah Allah..

"To be a good chef you must cook a thousand times...." Chef Sabri.

Ahad lepas saya berkesemptan hadir pada program demo masakan oleh Chef Sabri yang dianjurkan oleh Maidah Cuisine sempena pelancarannya dan pembukaan pasaraya Ansor Mart. Mungkin rezeki saya kerana program bersama pelajar terpaksa dibatalkan kerana sebab yang tidak dapat dielakkan. Maka saya berpeluang belajar beberapa resepi dengan Chef Sabri, paling seronok sebab belajar masak masakan Arab iaitu Nasi Mandy kegemaran suami. Paling best ia tidak berbayar bahkan dijamu lagi dengan pelbagai masakan yang enak oleh penganjur (pemiliknya adala Puan Ramlah sahabat saya yang merupakan salah seorang tokoh Usahawan Muslimah buku terbaru saya).

Menurut Chef Sabri masak perlu happy. Saya setuju 100% memasak jangan rasa itu satu bebanan, Jika tak pandai boleh belajar, jika tak minat buat-buat minat lama-lama seronok kerana kita memasak untuk keluarga. Air tangan isteri pastinya akan memberi bahagia buat suami.

Bagi anda yang berminat dengan nasi Mandy boleh mendapatkan resepi di bawah:

1. Bahan-bahan untuk Nasi Mandy :

  1. 3 cawan beras basmati
  2. 21/2 cawan air
  3. 1/2 cawan minyak zaitun
  4. 1 sudu teh serbuk jintan manis
  5. 1 sudu teh serbuk jintan putih
  6. 1 sudu teh serbuk ketumbar
  7. 2 sudu makan gula
  8. 1 sudu makan garam
  9. 1/2 sudu makan chicken stok
  10. Daun pandan
  11. Bawan putih dua labu dihiris nipis
  12. Sedikit kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih
(Masuk kesemua bahan dalam periuk kacau hingga rata, biarkan hingga nasi masak kemudian masukkan minyak zaitun.Nasi dikacau dan ditutp rapat)

2. Ayam/Daging. Bahan untuk diperap adalah :
  1. 2 sudu serbuk ketumbar
  2. 2 sudu serbuk jintan manis
  3. 2 sudu serbuk jintan putih
  4. bawang putih- 3 cubit
  5. halia-1 cubit
  6. stok ayam
  7. garam 
  8. gula
  9. air limau nipis (sebiji)
-Semua bahan digaulkan dan diperap selama 15 minit. Kemudian daging atau ayam boleh dipanggang didalam pemanggang. (Chep Sabri memberikan tips agar memanaskan dulu pemanggang dengan api yang kuat, bila ayam/daging di masukkan barulah api diperlahankan. panggang selama 25 minit.


3. Salad
  1. 2 biji tomato (potong dadu)
  2. 1 biji bawang besar (potong dadu)
  3. 1/2 timun (potong dadu)
  4. Daun pastry, daun sup, daun ketumbar, daun bawang dihirsis.
Bahan ini di kacau dalam bekas, masukkan sedikit garam,gula minyak zaitun. 

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment