Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Monday, December 19, 2011

Cerpen : Aku, Dia dan Kucing


Seperti biasa aku melalui jalan di tepi bangunan itu untuk pergi ke kedai photocopy di seberang jalan. Sewaktu sampai di sebuah kedai bengkel kereta kedengaran bunyi anak kucing mengeow tidak berhenti. Aku mencari suara yang silih berganti dan padu bunyinya itu. Alangkah terkejut melihat tiga ekor kucing bersama ibuya dikurung di dalam sebuah sangkar. Melihat aku menghampiri sangkar semakin kuat suara-suaru itu berbunyi.  Tanganku terus menghulur jejari menerusi jaring sangkar mengelus-ngelus bulu-bulu si anak yang begitu comel dan manja. Semuanya berebut untuk dibelai. Si ibu mengeow nyaring memohon simpati. Perasaan belasku tidak tertahan melihat si kucing sekeluarga.


“Puan, kalau mahu ambillah. Tuannya bagi dengan sangkar sekali” Ujar pekerja bengkel tersebut yang mana aku sudah biasa melihatnya.
“Saya memang suka kucing, tapi masalah juga... nantilah saya tanyakan suami terlebih dahulu” Jawabku tidak mampu memberika jawapan yang lebih jelas.


Aku berlalu untuk meneruskan perjalanan. Selesai tugasan di kedai photocopy aku melalui jalan yang sama. Melihat aku, si kucing seakan seperti tahu bahawa hatiku sudah terpikat dengan mereka, tidak berhenti mereka mengeow seakan merayu aku membawanya pulang. Melihat aku bermain-main dengan kucing itu lantas pekerja tadi berkata:
“Puan, ambik la kucing ni semua, kucing ni memang jinak. Dia tahu tempat buang najis dan manja.”
“Kalau begitu kenapa mereka di kurung?” Tanyaku ingin kepastian
“Saya kurung sebab takut anak-anak tu lari. Takut hilang, susah nak ditangkap anak-anak kucing ni” Jawabnya
“Kucing ni milik siapa?”Tanyaku
“Kucing ni milik kawan saya yang berpindah, dia dah ada banyak kucing. Jadi masalah nak pelihara semua. Kalau Puan berminat ambik la saya bagi percuma. Jika tidak saya kena hantar mereka semua ni ke tempat perlindungan haiwan” Jawabnya menjelaskan.
“Macam ni la, saya balik ofis nanti saya tanya pendapat suami dulu, jika dia benarkan saya ambik kucing ni” Jawabku memberikan harapan.
Sesampai di ofis, aku tanpa berlengah menceritakan kepada suami. Suamiku bertanya: “Macam mana awak nak pelihara kucing ni, awak tahu jiran kita pantang ada kucing”
“Tiga tahun lepas kita dah bagi kucing yang saya beli ratusan ringgit semata-mata kerana dia tidak suka kucing. Padahal kucing parsi tu lalu je depan rumah dia. Selepas kita tiada kucing, perangai dia tak juga berubah. Ini bukan pasal kita ada kucing. Ini masalah dengan sikap dia. Masa kita tak bela kucing, banyak kucing liar yang kencing merata di dalam kawasan rumah kita. Ada kita menyumpah seranah kucing tu? Tak adakan? Dah namanya pun kucing, kucing tu haiwan”. Jelasku pada suami.

Aku dan Kucing

Suamiku sudah lama mengetahui bahawa minatku pada kucing memang tidak boleh dibendung lagi. Apa tidaknya seusia kecil aku sudah biasa ada haiwan peliharaan. Masihku ingat, sewaktu usiaku empat tahun ayah membawa pulang seekor anak kucing yang cantik. Dek kerana warnanya yang putih melepak aku namakannya sebagai Putih. Putih membesar seiring dengan usiaku. Menjadi anak bongsu dalam keluarga, Putih adalah peneman sunyi dan kawan bermain. Lama kami bela dia sehingga Putih meningkat usia. Ia meninggal kerana di patuk haiwan berbisa saat aku berada di menara gading. Sungguh banyak kenangan aku bersama Putih.
Selepas berkahwin, suamiku mengetahui aku tidak betah tanpa haiwan peliharaan maka dibawa pulang seekor kucing parsi pemberian tuan rumah tempat dia mengajar mengaji Al-Quran. Kucing kali ini diberi nama Eeow. Usianya sama kelahiran dengan anak ke dua ku Sofia. Eeow bukan kucing yang suka bermanja, sifat kejantanannya menyebakan ia susah untuk didekati. Namun hanya aku dan Bibik (pembantu) kami sahaja yang boleh bermain dan bergurau denganya. Hebatnya Eeow kerana sangnt setia. Ke mana aku pergi ia akan setia menanti. Ibu dan pembantu rumahku sering menceritakan, setiap kali aku keluar negara jika sesampainya aku di KLIA Eeow tidak akan berhenti mengeow dan akan terpacak di atas tembok pagar menunggu kepulanganku.
Namun ternyata apa yang kita sayang, itulah yang Allah ambil dari kita. Saat aku pulang dari kerja, Eeow tiba-tiba masuk kebawah kereta, aku tidak perasan tayar keretaku mengilis badan Eeow. Menyedari aku seperti melanggar sesuatu terus aku turun dari kereta. MasyaAllah aku telah terlanggar Eeow tanpa sengaja. Saat aku ingin mendekati Eeow lari menjauhkan diri. Rasa bersalahku Allah sahaja yang tahu. Puas aku mencari sekeliling, namun kelibatnya tiada. Kata ibuku, Eeow mungkin lari kerana sakit, aku ingin membawanya ke hospital. Puas memanggil Eeow tidak menyahut. Esoknya aku mencari hingga segenap rumah jiran. Sedang mencari aku ternampak badan Eeow yang kaku didalam pagar jiran yang tidak berpenghuni. Airmata deras mengalir. Allah sahaja yang tahu perasaan kehilangan dan sesalan yang aku alami. Bertahun masa untuk aku menghilangkan rasa bersalah itu. Kata suami itu memang ajal Eeow kerana biasanya bila tahu tuannya pulang dia tidak akan berada disisi kereta.

Tidak sampai setahun aku tidak dapat membendung perasaan perlukan binatang peliharaan. Hamster yang dibela pemberian sahabat tidak dapat menggantikan manja si kucing. Sewaktu berjalan-jalan menyusuri kedai aku singgah di sebuah kedai haiwan. Terlihat seekor kucing yang cantik aku terus membeli biarpun harganya bernilai RM600. Mungkin bagi yang tidak berminat dengan binatang mengatakan aku membazirkan duit, atau mungkin ,mengatakan baik lagi beli sebuah beg tangan. Tapi itulah aku, untuk haiwan peliharaan aku sanggup berhabis.


Bertahun kubela kucing yang diberi nama Junior. Dari kecil hingga dia membesar. Namun ternyata tanpa aku duga, jiranku seperti tidak suka walaupun kucing itu dikurung di dalam rumah. Hinggalah suatu hari dia mengatakan Junior membuang najis didalam pagar rumahnya. Habis ayat disumpah seranahnya aku. Tidak aku jawab walau sepatah. Kakak dan abang ipar yang kebetulan datang juga seperti terpaku mendengar segala ayat yang dimuntahkan kepadaku. Pelik juga aku, Junior buang air ditandas rumah kami, mana mungkin seekor kucing Parsi yang menghabiskan masa di dalam rumah sepanjang masa membuang najis di rumah jiran sebelah. Tidak mahu berdosa kerana menyusahkan jiran maka pada hari itu aku memberikan Junior kepada abang dan kakak untuk dibawa balik ke kampong. Kesedihan tidak payah untuk dikata, hanya yang berkongsi perasaan yang sama boleh memahami perasaanku saat itu.

Tiga tahun masa berlalu, ku pendam perasaan ingin memelihara kucing dengan memelihara ikan. Segenap ceruk rumahku dipenuhi akurium kecil dan besar. Diluar rumah begitu juga. Awal tahun lepas aku mula membela arnab. Hatiku ceria apalagi anak-anak dengan segala macam haiwan peliharaan. Bukan kami sahaja, anak-anak buah dan cucu sedara serta saudara yang tinggal berhampiran menjadikan rumahku tempat anak-anak mereka bersukaria kerana ada pelbagai haiwan peliharaan menjadi permainan.





Fiffy Sebahagian Keluarga Kami

Ternyata kucing yang dibuang tuannya ini menjadikan aku dalam dilemma. Petangnya setelah puas berfikir dan membuat timbang-tara maka Fiffy dan anak-anaknya kubawa pulang atas kebenaran suami. Bagi mengelakkan jiranku mengetahui adanya kucing di rumah kami, Fiffy dan anak-anaknya di letakkan ditepi pagar berhampiran tanah kosong sebelah rumah kami.
Biarpun di letakkan di sebelah pagar yang tidak mengadap rumahnya. Jiran ku tetap dapat menghidu kedatang Fiffy dan anak-anaknya. Namun kerana aku tidak menganggu dia maka aku tidak peduli dengan segala makian dan rungutannya. Ini kerana kucing-kucing itu aku sediakan pasir yang khas untu mereka membuang najis. Manakala anak-anaknya dilepaskan sekali sekala sehaja dengan pantauanku.
Anak Fiffy memang pantang dapat keluar dari kurungan. Mereka berlari, kejar mengejar. Memang seronok melihat keletah mereka. Namun kerana risau dengan kerenah jiran, aku mebuat keputusan dua ekor darinya yang ku namakan Kaka dan Koko dihantar kerumah mertuaku di kampong. Yang tinggal hanya Kiki dan Fiffy. Hari pertama memang Fiffy sedih dengan kehilangan anaknya. Namun aku percaya ibu mertua akan menjaganya dengan baik sementelah dia sendiri mempunyai beberapa ekor kucing. Namun bukan rezeki kami, dek kerana kucing yang cantik dan cerdik ada pula jiran merayu meminta kucing tersebut, maka bapa mertua memberikan kepada jirannya. Kecewa sungguh aku tapi apa nak kata, anakku lebih lagi kesedihannya kerana mereka sudah rasi bermain bersama.
Masa berlalu pantas dan Kiki membesar menjadi kucing yang begitu aktif, setiap hari cicak menjadi mangsanya. Manakala burung yang sering singgah makan ditepi pagar juga tidak lagi singgah makan dek kerana sering dikejar Kiki. Fiffy pula mengandung lagi hasil perkahwianan dengan kucing parsi jalanan. menerima ahli kucing baru membuat aku begitu terkejut tak kala melihat dua ekor kucing comel diletakkan didepan pintu rumah. Rupanya sudah dua minggu Fiffy beranak. Dia ingin memastikan anaknya itu selamat maka anak itu ingin diletakan di anujng atas balcony rumah. Anak-anaknya seekor belang ku namakan Niki dan seekor berwarna hitam ku namakan Black. Gembira menerima kedatangan anak-anak kucing yang baru bukan semata pada anak-anak tapi tempiasnya pada anak-anak buah dan cucu-cucu saudara. Boleh dikatakan mereka berkunjung semata-mata ingin menumpang kasih bermain dengan haiwan peliharaan dari ikan, kura-kura, arnab dan juga kucing.
Kiki yang menerima kehadiran adik-adiknya sangat suka menyakat mereka, adik-adiknyai tu sering digomolnya. Fiffy sekadar melihat keletah anak-anaknya. Sepanjang memelihara kucing, aku melihat, memerhati dan mempelajari bahawa kucing ini sifatnya sangat penyanyang kepada anak-anaknya. Sikpa ibu kucing memang begitu protektif pada si anak. Aku pula tidak mahu mengurung mereka kerana inginkan mereka bebas. Semakin membesar Niki dan Black semakin gebu bulu-bulu mereka. Ternyata ada mata-mata yang cemburu.
Pada satu hari seperti biasa ingin memberikan makanan kepada haiwan peliharaan aku tercari-cari Black yang merupakan kucing yang paling gebu. Paling pelik Fiffy mengeow tidak berhenti. Segenap ceruk rumah dicari anaknya. Rupanya bukan aku sahaja yang tercari-cari si Black. Fiffy juga begitu. Kesiannya dengan Fiffy. Kata ibuku inilah sifat kucing. Itu sebab perumpamaan menyebut “bagai kucing jatuh anak”. 

Kehilangan
Hari aku kehilangan Black kebetulan ibu dan kak Long dating berkunjung ke rumah kami. Kesedihan itu dikongsi oleh semua. Dua orang anakku yang baru pulang dari asrama juga begitu hampa bila diberitahu se kecil Black telah di curi orang. Dua minggu sebelum itu Kiki hilang, sekarang Black pula hilang. Hatiku remuk. Setelah dua hari Kiki tidak pulang akhirnya aku menangis sekehendak hati. Suami pula membiar aku melepaskan perasaan hiba. Kini Black pula yang hilang hati ku sudah pasrah. Allah ingin mengujiku.

Empat bulan masa berlalu. Niki membesar seorang diri tanpa kawan bermain. Sekali sekala ia akan berlari dan bergurau dengan ibunya. Ternyata bahagia itu tidak lama.  Jiranku memang seringkali buat hal. kepadaku. Makian dan cacian itu sudah jadi rutin selama aku tinggal di sini. Tapi setiap kali mendengarnya membebel dan mencarut aku akan memekakkan telinga dan masuk ke dalam rumah, tidak mahu mendengar kata-kata nistanya. Dia tahu aku tidak akan menjawab segala sumpah seranahnya maka dia sesuka hati akan berkata apa sahaja kepada ku. Pernah juga disumpah seranah suamiku tanpa sebab. Nasib suami masih boleh bersabar.  
Namun kali ini dia mengugut untuk berbuat sesuatu dek kerana katanya kucingku membuang najis diluar jalan rumahnya. Kelakar juga dengan jiranku. Diluar pagar rumahnya itu bukakah milik awam? Sewaktu aku tiada membela kucing bila Junior dihantar ke kampung aku melihat ada kucing-kucing liar yang membuang najis diluar pagar rumahnya. Aku terfikir agaknya itu balasan tuhan kerana dia tidak sukakan binatang.
Kali ini aku sekali lagi berada dalam dilemma. Perlukah aku menghantar Fifiy dan Niki ke kampung? Atau beri sahaja pada siapa yang ingin? Anak-anakku memang tidka puas hati bila kunyatakan hasrat untuk menghantar kucing-kucing ini ke kampung.


Hari ini aku membawa Niki ke ofis. Mengeow tidak berhenti dek kerana takut berada di dalam kereta. Mala mini Niki tidur keseorangan. Makan dan minum telah aku bekalkan. Kesiannya pada Niki, namun aku tiada pilihan. Malam ini Fiffy mengeow tidak berhenti dan mencari Niki segenap ceruk rumah. Keadaanya sama seperti dia kehilangan Black. Apalah dayaku Fiffy. Kalian terpaksa aku pisahkan demi menjaga hati dan kehendak jiran.
Fiffy sehingga ke pagi mengeow mencari anaknya. Sedih dengan keaddan ibu kucing ini, lalu aku bawa Fiffy ke ofis. ternyata Fiffy diam setelah dapat melihat anaknya.
Aku tidak pasti samada aku bertuah atau malang mendapat jiran seperti itu. Bertuah kerana melatih aku bersabar dengan segala kerenah dan sikapnya. Malang kerana aku menjadi bahan cercaan dan makian. Namun sampai bila aku mampu bersabar dengan ujian ini. Hanya Allah tempat aku berserah dan mengadu. Aku tidak mahu berdosa dek kerana jiran.


Aku tahu jiranku sering menyakiti hati ku bukan kerana kucing. Dia memang tidak senang pada semua perkara. Dia tidak senang melihat rumahku menjadi kunjungan ramai. Dia tidak senang melihat aku bahagia dengan keluargaku. Dia juga tidak senang jika aku melayan pembantu seperti rakan. Dia tidak senang dengan segala-gala.
Hakikatnya cerita ini sekadar kisah remeh tentang kucing. Moral disebaliknya adalah, kita perlu ada kasihan belas kepada haiwan. Biarpun haiwan berkurap. Seekor ibu kucing tahu menilai kasih saying, alangkah kita sebagai manusia sanggup mencampak dan membunuh anak sendiri. Ingatlah, sebagai manusia yang ada dan memiliki akal jangan kita bersikap dan berperangai lebih teruk dari haiwan. Moga kita menjadi insan yang bukan bertopengkan wajah manusia, tetati berkelakuan seperti insan yang kamil. Kita diberi akal dan ilmu untuk memberi kita kewarasan dan rasional dalam segala tindak tanduk kita.
Mari kita berdoa “

No comments:

Post a Comment