Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Monday, June 10, 2013

Keibubapaan : Peranan ibu bapa memantau aktiviti anak-anak

Ibu bapa yang bekerja realitinya menempuh pelbagai cabaran dalam membesarkan anak-anak. Namun ada masanya walau sesibuk manapun kita perlu juga sekali sekala memantau anak-anak yang berada di sekolah atau di rumah. Saya beberapa kali bersoal jawab dengan pelajar yang ponteng sekolah. Hari ini saya melihat seorang pelajar yang berbasikal masih belum menukar pakaian sekolahnya walhal pelajar lain sudah bersiap ke sekolah agama. Saya mengikutnya hingga ke luar ke jalan besar. apa yang boleh saya simpulkan mungkin ibu bapanya tidak tahu dia tidak ke sekolah agama atau ibu bapa memang tidak memasukkan anak ke sekolah agama lalu masa yang ada anak-anak merayau-rayau sekitar taman untuk menghabiskan masa.


Inilah risiko yang berlaku jika anak tidak dipantau mereka akan cenderung untuk ponteng dan mereka berpeluang bercampur dengan rakan-rakan yang sama tidak minat untuk belajar. Bila ada kumpulan maka mereka lebih mudah untuk melakukan aktiviti yang tidak bermoral. Ada masa mungkin ibu bapa juga ada kekangan untuk memantau anak-anak terutama mereka yang bekerja jauh dari rumah. Salah satu cara adalah meminta jiran memantau anak-anak atau bertanyakan guru kelas mereka sama ada anak sampai atau tidak ke sekolah. 
Sewaktu kecil ini anak-anak perlu diberi perhatian agar mereka tidak terjebak dalam gejala sosial. Ibu bapa sememangnya banyak membuat pengorbanan. Salah satu sebab saya memasukkan anak ke sekolah asrama adalah kerana saya sendiri tidak mampu untuk 24 jam memantau anak-anak. Walaupun begitu tugas memantau itu bukan hanya terletak pada guru bila mereka belajar di asrama.  Ada banyak perkara ibu bapa perlu pastikan seperti cara mereka belajar, cara pergaulan di sekolah, cara berpakaian dan pelbagai lagi yang boleh ibu bapa pastikan. 

Sesungguhnya tugas ibu bapa itu bermula dari anak-anak belum kahir hingga mereka dewasa... Ia tugas yang tidak ada titik noktah. Moga Allah memberi kekuatan dan hidayah buat kita dalam mendidik anak-anak. Wallahuaalam.

No comments:

Post a Comment