Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Friday, June 3, 2016

Carilah Aku Di Neraka, dan Tolong Bawaku Ke Syurga.

Carilah Aku Di Neraka, dan Tolong Bawaku Ke Syurga.
========================

Bismillah,
Sebenarnya pesanan di atas itu pernah dipesan oleh seorang ulamak besar, Ibnu Jauzi, yang berkata kepada sahabatnya sambil menangis :

" Jika kamu tidak menemui aku di syurga bersama kamu, maka tolonglah tanya kepada Allah tentang aku ; Wahai Tuhan kami, si fulan sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang Engkau, maka masukkanlahni.ia bersama kami di syurga."

Ibnu Jauzi berpesan begini bersandar kepada sebuah hadis :

"Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yg selalu bersama mereka dahulu di dunia, maka mereka pun bertanya kepada Allah ; Ya Rabb! kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia bersolat bersama kami, berpuasa bersama kami dan berjuang bersama kami..."

Maka Allah berfirman, " Pergilah ke neraka, lalu keluarkanlah sahabat-sahabatmu yang di hatinya ada iman, walau hanya sebesar zarrah".
(Ibnu Mubarak dlm kitab Az Zuhd)

Maka wahai sahabat2ku,

Di dalam bersahabat, pilihlah mereka yang boleh membantu kita bukan setakat dunia, tetapi hingga akhirat..

Carilah sahabat2 yang senantiasa berbuat ibadat, bersolat jemaah, berpuasa dan sentiasa berpesan ke arah keimanan, serta berjuang untuk mnegakkan agama.

Carilah teman yang mengajak ke majlis ilmu, mengajak berbuat kebaikan, bermuafakat untuk kerja kebajikan, serta selalu berpesan dgn kebenaran.

Teman yang dicari kerana urusan niaga, pekerjaan, teman tengok bola, teman memancing, teman bershopping, teman fb utk bercerita hal politik, teman whatsapp utk bersembang hal dunia, akan berpisah pada garis mati dan masing-masing hanya akan membawa diri sendiri.

Tetapi teman yang bertakwa, akan mencari kita untuk bersama ke syurga....

Semaklah diri, apakah ada teman yang sebegini dalam kehidupan kita, atau yang ada mungkin lebih teruk dari kita...

Ayuh bertindak sekarang, kurangkan masa dgn teman yang hanya condong pada garis dunia, carilah teman yang boleh membawa kita bersama ke syurga, kerana kita tidak boleh mengharap ibadat kita sahaja untuk menjengah syurga Allah..

Pelbagaikanlah usaha, moga satu darinya akan tersangkut, membawa kita ke pintu syurga....

Al-Hasan Al-Bashri berkata :

" Perbanyakkanlah sahabat-sahabat mukminmu, karena mereka memiliki syafaat pada hari kiamat".

Pejamkan mata, berfikirlah,.. siapa agaknya antara sahabat2 kita yang akan mencari dan mengajak kita bersama-sama ke syurga..

Jika tiada, mulakan hari ini mencari teman ke syurga sebagai suatu misi peribadi.

Agaknya kepada siapa anda boleh berpesan sebegini?

--------
Sahabat, tolong tanyakan Allah jika aku tiada bersamamu di syurga

Ya Allah, ampunilah umat ini,
Dan diriku yang amat lemah ni

-Tanpa nama
(Dipetik dari media)


Sent from my iPhone

Tadabur, Tafakkur, Taqwa

Tadabur, Tafakkur, Taqwa

~ بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ ~

_السلام عليكم ورحمةالله وبركاته_

*S E K A D A R R E N U N G A N*
(sebahagian dpd kasih ALLAH kpd umat Muhammad)

*Umur kita terlalu singkat*
... hingga ALLAH kurniakan lailatul qadar untuk menambah umur amal.

*Umur kita terlalu singkat*
... ALLAH pinta bersilatulrahim untuk memanjangkannya.

*Umur kita terlalu singkat*
... ALLAH kurniakan puasa enam syawal spt berpuasa setahun.

*Umur kita terlalu singkat*
... ALLAH kurniakan surah Al Ikhlas spt membaca sepertiga Al-Quran.

*Umur kita terlalu singkat*
... ALLAH kurniakan solat diMasjidil Haram spt solat 100 ribu lebih di masjid lain.

*Umur kita terlalu singkat*
... ALLAH kurniakan solat berjemaah 27x lebih dpd solat sendirian.

*Umur kita terlalu singkat*
... ALLAH kurniakan solat sunat di rumah 25x lebih dpd solat di mata orang

*Hidup ini terlalu singkat*
... ALLAH kurniakan satu huruf bacaan Al-Quran dgn 10 pahala.

*Hidup ini terlalu singkat*
...ALLAH kurniakan sesiapa yg beramal soleh/bersedekah, meninggalkan ilmu bermanafaat tinggalkan anak yg soleh, pahala mengalir ke alam kuburnya.

*HIDUP INI TERLALU SINGKAT...JANGAN SIA-SIAKAN...*
والله اعلم...


Sent from my iPhone

Thursday, June 2, 2016

Perjumpaan Alumni Baik dan Buruk

Perjumpaan Alumni atau Reunion bukan menghalalkan perhubungan atau perbualan mesra tanpa batas.
Platform yang ada untuk kembali menyumbang dan menjadikan ia sebagai ladang pahala bagi berbakti kepada masyarakat.
Jangan yang dikejar tidak dapat yang dikendong berciciran. Pokok pangkalnya iman dan keikhlasan. Takutlah pada Allah.
Nota: Hati-hati para suami dan para isteri! Ujian ini amat dekat membawa kita ke neraka.

Seminar Smart Learning


Sebaik-baik insan adalah orang yang paling bermanfaat bagi insan

" Sebaik-baik insan adalah orang yang paling bermanfaat bagi insan"
==========================
Bagi memberi manfaat kepada orang lain, wasilahnya adalah memberi dan berkongsi ilmu yang bermanfaat. 
Ibnu Sina membahagikan ini kepada dua konsep iaitu ; theoretical knowledge and practical knowledge"
~~~~~~~~
Alhamdulillah, konferen kali ini mendapat peluang untuk berkenalan dan bertemu dengan ramai ilmuan bagi mencedok ilmu dan menggali pengalaman. Ia KPI untuk diri sendiri!
Peluang berkenalan dengan seorang murabbiah yang amat saya kagumi dan hormati, telah saya masukkan dalam senarai, sebagai insan inspirasi sepanjang kehidupan. 
Beliau adalah Ustazah Siti Zaharah yang mesra dengan panggilan Ummi merupakan pensyarah dalam bidang tafsir di KUIS. Mahir bahasa Arab. Usianya sudah menjangkau 74 tahun, hampir seusia dengan bonda saya. 
Allah masih memberikan Ummi kudrat dan kesihatan yang baik bagi menyumbang bakti kepada masyarakat dan ummah sehingga hari ini. 
Topik yang beliau bentangkan adalah bertajuk " Konsep Tarbiyah Wanita dalam Islam terhadap perjuangan Zainab Al Ghazali Al Jubaili". 
Mendengar beliau membentangkan kertas kerja terdetik dihati betapa beliau juga miliki ciri-ciri yang sama sebagai murabbi dan daie.
Sepanjang masa saat bersama, tiap kali ada masa terluang pelbagai pertanyaan saya lontarkan dan mengutip ilmu dan pengalaman yang ada pada beliau. 
Saya juga memerhatikan bagaimana Ummi memperuntukkan masa luangnya. Membaca Al Quran dan berzikir. Tidak berbicara perkara lagha. Tidak juga sibuk hal dunia. Pemurah orangnya. 
Hampir setiap orang yang mengenali, menyayangi dan menyantuni beliau. Sesuai dengan gelaran Ummi.
Saya belajar erti keikhlasan dalam mentarbiyah dan menjadi contoh akhlak terbaik lagi terpuji.
Terima kasih Ummi!
" Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik umurku pada penghujungnya, sebaik-baik amalku pada penamatnya dan sebaik-baik hariku ialah ketika aku bertemu denganMu ya Allah.." Amin.

Pesanan dari Jutawan Warren Buffet


==========================
Warren Buffet merupakan Antara jutawan terkaya di dunia. Beliau menduduki tangga ke-4 di dunia pada tahun 2013.
Antara nasihat yang diberikan oleh beliau adalah:
1. Elakkan diri dari membuat pinjaman bank atau kad kredit dan membuat pelaburan dengan apa yang dimiliki sahaja.
2. Bijak mengurus kewangan. Wang tidak menciptakan manusia, manusialah yang menciptakan wang.
3. Hiduplah secara sederhana mengikut keupayaan diri sendiri.
4. Jangan melakukan sesuatu berdasarkan pandangan dan nasihat orang lain semata, namun pandangan atau nasihat yang diberi, dinilai dan diambil mana yang terbaik. 
5. Sentiasa meletakkan kebenaran perkara utama, ia terbaik untuk diri sendiri.
6. Elakkan memghabiskan duit untuk hal-hal yang tidak terlalu penting.
7. Jika itu telah berjaya dalam hidup, menyumbang dan berkongsi serta ajarkanlah pada orang lain.
🌺🌺🌺🌺🌺🌺
With Money:
You can buy a house, but not a home.
You can buy a clock, but not time.
You can buy a bed, but not sleep.
You can buy a book, but not knowledge.
You can get a position, but not respect.
You can buy blood, but not life. So find your happiness inside you.