Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, June 2, 2016

Sebaik-baik insan adalah orang yang paling bermanfaat bagi insan

" Sebaik-baik insan adalah orang yang paling bermanfaat bagi insan"
==========================
Bagi memberi manfaat kepada orang lain, wasilahnya adalah memberi dan berkongsi ilmu yang bermanfaat. 
Ibnu Sina membahagikan ini kepada dua konsep iaitu ; theoretical knowledge and practical knowledge"
~~~~~~~~
Alhamdulillah, konferen kali ini mendapat peluang untuk berkenalan dan bertemu dengan ramai ilmuan bagi mencedok ilmu dan menggali pengalaman. Ia KPI untuk diri sendiri!
Peluang berkenalan dengan seorang murabbiah yang amat saya kagumi dan hormati, telah saya masukkan dalam senarai, sebagai insan inspirasi sepanjang kehidupan. 
Beliau adalah Ustazah Siti Zaharah yang mesra dengan panggilan Ummi merupakan pensyarah dalam bidang tafsir di KUIS. Mahir bahasa Arab. Usianya sudah menjangkau 74 tahun, hampir seusia dengan bonda saya. 
Allah masih memberikan Ummi kudrat dan kesihatan yang baik bagi menyumbang bakti kepada masyarakat dan ummah sehingga hari ini. 
Topik yang beliau bentangkan adalah bertajuk " Konsep Tarbiyah Wanita dalam Islam terhadap perjuangan Zainab Al Ghazali Al Jubaili". 
Mendengar beliau membentangkan kertas kerja terdetik dihati betapa beliau juga miliki ciri-ciri yang sama sebagai murabbi dan daie.
Sepanjang masa saat bersama, tiap kali ada masa terluang pelbagai pertanyaan saya lontarkan dan mengutip ilmu dan pengalaman yang ada pada beliau. 
Saya juga memerhatikan bagaimana Ummi memperuntukkan masa luangnya. Membaca Al Quran dan berzikir. Tidak berbicara perkara lagha. Tidak juga sibuk hal dunia. Pemurah orangnya. 
Hampir setiap orang yang mengenali, menyayangi dan menyantuni beliau. Sesuai dengan gelaran Ummi.
Saya belajar erti keikhlasan dalam mentarbiyah dan menjadi contoh akhlak terbaik lagi terpuji.
Terima kasih Ummi!
" Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik umurku pada penghujungnya, sebaik-baik amalku pada penamatnya dan sebaik-baik hariku ialah ketika aku bertemu denganMu ya Allah.." Amin.

No comments:

Post a Comment