Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Tuesday, July 26, 2016

Hebatnya bergelar Suri Rumah Tangga

SAYA SURI RUMAH TANGGA
----------------------------------------

Bismillah,

Semalam saya berkongsi di muka buku peribadi berkenaan tentang apabila ditanya orang tidak dikenali tentang pekerjaan jawapan saya adalah ' suri rumah' . Ada pelbagai reaksi dari rakan-rakan. Mungkin ada yang setuju dan ada yang tidak bersetuju.

Hakikatnya jawapan saya bersebab. Sebagai kaunselor saya berdepan dengan pelbagai ragam manusia dan masalah. Salah satunya adalah masalah tanggung jawab dan beban tugas isteri.

Seringkali bila ditanyakan pada segelintir individu apa pekerjaan mereka. Kebanyakan suri rumah akan menjawab "Suri rumah je atau sahaja".

Kenapa perlu ada 'je atau sahaja'. Tidak banggakah bergelar suri rumah, atau ada segelintir ada merasa rendah diri dengan gelaran tersebut. Apalagi bila rakan sekeliling punyai pekerjaan yang hebat kononnya
.
Apa jua pekerjaan pada hemat saya, tidak sehebat suri rumah. Tidak semua orang mampu menjadi surirumah sepenuh masa, menggalas tugas membesar dan mendidik anak-anak. Ada ketika tiada rehat dan cuti. Bahkan lebih malang tiada pengiktirafan dari insan-insan sekeliling atau orang tersayang.

Suri rumah tangga ini saya boleh kategorikan kepada dua;

1) Suri rumah tangga yang tidak bekerja tetapi menguruskan sepenuhnya tugas rumahtangga dan keluarga. Contohnya mereka menguruskan hantar anak-anak ke sekolah atau klinik, ke pasar membeli keperluan dan sebagainya. Mereka ini dilihat seperti tidak bekerja tetapi tetap sibuk dengan rutin.

2) Suri rumah tangga yang mengurus segala hal dalam rumahtangga tetapi mempunyai pekerjaan tetap. Contohnya ada wanita yang bekerja sebagai kerani,guru, lawyer, doktor dan lain-lain, dalam masa yang sama mereka juga terpaksa menguruskan keluarga dari A-Z.

Baik kategori satu atau dua, keduanya ada tugas yang mencabar. Cuma bezanya bagi yang nombor dua, mereka ada pendapatan sendiri. Manakala kategori pertama mereka terpaksa bergantung kepada suami dari segi perbelanjaan diri dan keluarga.

Dalam hal ini ada suami yang baik hati menghargai isteri yang mengurus rumah tangga, menjadi driver pada anak-anak dengan menghantar ambil anak-anak sekolah. Mereka yang menjadi surirumah ini bukan calang-calang. Ada yang terpaksa berhenti kerja demi anak-anak.

Maka mereka mendapat saguhati dari suami. Pun begitu, ada suami yang menidakkan pengorbanan isteri. Ada yang hanya memandang sebelah mata dan tidak memberikan nafkah dan penghargaan yang sepatutnya. Bahkan duit ringgit dicatu, jika terlebih perbelanjaan akan dipersoal.

Bagi surirumah yang mengurus keluarga namun mempunyai pekerjaan atau sumber pendapatan, tidak kurang juga hebatnya. Letih di tempat kerja belum hilang, mereka terpaksa mengurus makan minum keluarga pula. Ada masa tiada rehat yang cukup.
Namun atas dasar mahu membantu ekonomi keluarga maka mereka tetap gigih dan sanggup berkorban.

Bagi suami yang tidak memahami tugas isteri yang memikul dua tugasan ini amatlah malang. Ada kenalan saya yang mana langsung tidak mendapat sokongan dari suami, balik bekerja perlu memasak, kemudian hantar dan ambil anak tusyen. Ruang masa yang ada menguruskan rutin rumahtangga seperti mengemas rumah dan sebagainya. Suami beliau pula mahu semuanya terhidang di meja, hinggakan mahu minum air kosong yang sejengkal dengan tangan pun diminta isteri sediakan. Waktu perlu ambil anak tusyen, isteir yang ke hulu ke hilir, si suami hanya menonton TV. Alasannya mudah, isteri perlu patuh dan buat apa yang disuruh jika mahu masuk syurga dan jadi isteri yang baik.

Manakala ada juga kes dimana surirumah yang sering dilihat sebelah mata oleh suami dan orang sekeliling akan mejadi rendah diri. Pernah seorang pelajar saya yang mempunyai ijazah doktor perubatan berhenti kerja kerana mahu membesarkan anak-anak berkongis betapa beliau merasa rendah diri. Biarpun suami memberi nafkah dan keperluan yang sepatutnya, dia merasa rendah diri kerana kurang bergaul.


Jika mahu dikongsikan memang ada pelabagai isu. Biarpun begitu tidak semua suami yang begitu. Ada yang amat hebat membantu isteri dan memahami tugas isteri. Suami yang begini biasanya yang faham hukum dan meneladani sirah Rasulullah.

Bagi wanita yang bergelar suri rumah tangga yang tidak bekerja, pastikan jika kita tidak bekerja atau tiada pendapatan, pastikan suami tetap menjaga kebajikan kita. Pastkan juga kita ada kemahiran tertentu yang jika suami tiada kita mampu menyara diri dan anak-anak.

Percayalah, menjadi surirumah tu besar pahalanya. Benar ia tidak mudah, kita sentiasa berdepan cabaran dan tanggungjawab yang tidak pernah surut. Namun bila kita mampu membahagiakan suami dan anak-anak, mampu mewujudkan keluarga sakinah maka kita adalah suri yang hebat. Bila suami redha dengan kita, ganjarannyasyurga.

Maka jika kita ditanya tentang pekerjaan, jangan rasa rendah diri atau malu-malu untuk menyatakan " saya surirumah".

No comments:

Post a Comment