Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Saturday, November 19, 2016

Hidayah

Sesungguhnya hidayah itu milik

Allah.


Hari pertama saya agak pelik kerana hanya beliau yang tidak berminat memilih buku-buku tulisan yang ada. 


Tengahari sewaktu rehat beliau menghamipri saya dan memaklumkan beliau berminat dengan buku terbaru iaitu Kahwin. 


Rakan sekursus beliau pula berminat dengan buku 3i. Namun sudah kehabisan stok. Lalu beliau menyatakan "saya sudah baca".

Wah terkejut saya.


Petang ini sewaktu minum petang saya duduk di samping salah seorang peserta kursus Penerbit TVB Pengiran Hjh Radiah. Lalu beliau berkata " Itu non-Muslim".


Terkedu saya. Patutlah beliau seorang yang tidak menutup aurat dalam ramai-ramai peserta wanita. 


Allah Akbar, bila mengetahuinya, saya terus berdoa agar Allah memberikannya hidayah. Semoga buku 3i dan buku K.AB yang dibaca memberikan beliau lebih kefahaman tentang Islam.




Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment