Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Monday, January 23, 2017

Empati seorang pendidik

Bekerja sambil belajar, ia tidak mudah.
Saya sendiri pernah melaluinya berkali-kali sehingga pas habis darjah. Kita perlu berkorban banyak perkara dan perlu ada kekuatan dan kecekalan diri bagi berdepan pelabagai cabaran.

Pengalaman menjadikan saya lebih memahami dan merasai ia empati.

Hari ni seorang pelajar mengucap terima kasih kerana saya telah memberikan beliau peluang kedua. Alhamdulilah beliau memaklumkan yang beliau berjaya mendapat anugerah pengarah kerana mendapat keputusan yang cemerlang. Bahkan untuk semester baru ini beliau telah mendapat kembali semangat beliau.
Allah pastinya saya sangat terharu.

Pada semester lepas beliau berdepan masalah yang sukar. Dari seorang pelajar yang sentiasa cerita di kelas tiba-tiba menjadi murung dan tidak bermotivasi. Berkali saya pesan tentang perlunya bakal kaunselor mempunyai kekuatan mental saat berdepan masalah.

Beliau kalah dengan keadaan, tugasan diberi tidak dihantar. Sampai sudah siap marking semua kertas masih juga tetap dia tidak menghantar assignment. Akhirnya pastilah beliau gagal bila tiada markah tugasan. Perkara yang paling saya tidak gembira di akhir semester bila pelajar yang cemerlang akhrinya gagal.

Saya berikan peluang terakhir pada beliau. Walaupun kerja saya menjadi sedikit renyah kerana perlu buat dua kali kerja. Tetapi saya percaya beliau layak diberi peluang itu. Saya percaya beliau akan belajar sesuatu darinya.Ternyata benar.

Sebagai pendidik, lebihkan perasaan empati dan simpati.
Jangan kita ulang kesilapan yang dilakukkan pada kita.

*Berburu di padang datar, dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi.



No comments:

Post a Comment