Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Friday, April 28, 2017

Kenali Diri Gilap Potensi Bina Identiti



Kenali Diri,
Gilap Potensi,
Bina Identiti
Kita adalah apa yang kita fikirkan!
---
Sekadar berkongsi kisah Iman Ihsan, waktu zaman sekolah rendah tidak pernah dapat peluang untuk menyertai sukan, apatah lagi sukan olahraga. Kawan baiknya Arif menjadi wakil sekolah untuk olahraga. 
Tugas Iman tetap dan berpencen waktu itu membawa sepanduk dan mengetuai perbarisan. Itulah potensi yang ada dengan suaranya yang kuat.
Iman pada waktu yang sama lebih cenderung kepada aktiviti ilmiah. Wakil tilawah, hafazan, bercerita dan nasyid. 
Fizikal Iman yang kecil berbanding orang lain menyebabkan beliau terkebelakang dalam sukan.
Bahkan sewaktu naik tingkatan satu, kami sendiri agak buntu memilih aktiviti sukan yang sesuai. Pernah saya minta masuk sukan memanah, tapi alat memanah dah nak sama tinggi dengan Iman.
Tapi siapa sangka, dalam diam Iman membina impiannya. Tiada siapa yang tahu. Hujung tahun lepas baru saya tahu beliau main ragbi, terpilih pula untuk wakil sekolah bagi bola keranjang.
Pada awal tahun baru ini, beliau antara yang mendapat medal bagi sukan merentas desa. Dan paling saya terkejut bila bulan lepas beliau memaklumkan terpilih mewakili rumah lari 4x100m dan 800m.
Lalu saya tanya, apa yang mendorong beliau?
Katanya, mahu mengilap potensi yang ada padanya.
Sukar untuk saya ungkapkan perasaan padanya.
Saat orang sekeliling sering memperkatakan fizikalnya yang kecil, tiada siapa tahu Iman berjiwa besar.
Hari ini Iman maklumksn berjaya mendapat tempat ketiga bagi lari 4x100m dan tempat ke empat bagi 800m.
Moral of the story:
Perkongsian ini bukanlah mahu menunjukkan Iman hebat, tidak sama sekali. Siapa yang kenal saya pasti tahu. 
Sekadar berkongsi dengan ibu ayah yang merasakan anak-anak kita lemah perlu percaya, usaha mengatasi segalanya.
Mungkin waktu kecil mereka belum menyerlah, tapi siapa tahu saat menuju dewasa segalanya berubah.
Nota: Nanti saya kongsikan akan datang bagaimana Iman membuat latihan dan membina kekuatan minda.
In sya Allah.
Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment