Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Saturday, March 31, 2018

Projek Lavendar


Buku terbaru bersama beberapa penulis tentang 22 kisah pejuang kanser yang cekal melawan.

Boleh dibeli secara online. Boleh whatsapp Admin 011 1185152.

Seminar Keluarga Bahagia





SEMINAR KELUARGA BAHAGIA

Pembentangan Kertas Kerja 5
- Menangani Konflik dan Stress Rumahtangga
Oleh: Dr. Sakinah binti Salleh


https://www.facebook.com/masjidwilayahpersekutuan/videos/1311330865663599/




Thursday, March 15, 2018

Rumah Tangga Yang Barakah

Rumah Tangga Yang Barakah

Hari ini berkongsi topik Kahwin Anda Berani. Ada pelbagai isu yang ditanyakan. Satu persatu saya rungkaikan.

Apa yang bokeh disimpulakan tentang rumah tangga menuju syurga. Bila kita matang usia faham agama, doa kita berbeza dari dulu.
Jika dulu kita mungkin sentiasa tidak berpuas hati dengan pasangan. Saat bergaduh, kita kata esok bila kita tiada, suami tahu langit tinngi rendah.

Ayat sebegini menggambarkan perasaan seperti kita bagus sangat. Ia kerana kita dalam emosi. Kita belum muhasabah diri. Kita belum jumpa kelemahan sendiri.

Itu dulu, bila kita faham, kita ini banyak kekurangan, maka kita berdoa andai kita yang pergi dulu, biarlah suami dapat lebih baik dari kita. Ia bukan untuk sesiapa, tapi ia untuk kebaikan anak-anak kita. Bakal menggantikan kita adalah orang yang baik yang mampu menyambung tugas kita sebagai ibu.

Siapa pergi dulu kita dan pasangan tidak pasti. Mati kerana ajal. Bukan kerana sakit. Bukan juga kerana tua atau muda. Andai kita bergaduh bermasam muka, ingatlah, hidup ini sementara. Berdamailah dengan perasaan, berikan kemaafan. Usah bawa dendam.

Rumah tangga bahagia bila pasangan mampu menerima setiap kelemahan dan kelebihan. Setiap kita tiada yang sempurna. Berkasih sayang dari Allah kerana Allah. Moga kita bersatu di dunia dan di syurga.
Amiin.


Sent from my iPhone

Tazkirah Nikmat sihat dalam hidup

Tazkirah Zohor

Nikmat sihat dalam hidup.

Sesekali tanyakan diri, seluruh hidup apa yang dilakukan.
Berapa banyak nikmat yang Allah beri, pastinya tidak terhitung.

Allah bagi nikmat, kemudia Dia tarik sedikit demi sedikit. Ada ketika nikmat diberi tanpa kita sangka ia hadir. Soalnya adakah kita bersyukur?

Kesihatan adalah nikmat paling besar. Setiap ketika dan keadaan kita perlu sentiasa bersyukur dan sentiasa ingat, semuanya milik Allah.

Masa sihat kita beralasan untuk beribadat, bila diuji kesakitan baru kita sedar, itu adalah 'wake up call' untuk kita. Maka bersyukurlah, Dia sayangkan kita.

Ajal juga tu di tangan Allah. Sesiapa pun boleh diambil nyawa dalam apa jua keadaan. Ia bukan kerana sakit, sihat, tua atau muda.

Bila sakit Allah memberikan peringatan agar kita tidak leka. Seluruh kehidupan adalah mencari redhaNya.

Agar diri tidak leka, maka seringlah bertanya pada diri, di mana aku penuhi masa yang Allah beri? Apa yang aku perbuat sepanjang kehidupan?

Masih belum terlambat melihat kembali kompas hidup, agar terarah menuju hidup abadi.

Allah berikan kami umur yang barakah, kesihatan yang baik untuk beramal ibadat.
Allah jadikan pengakhiran kehidupan kami dengan husnul khatimah dan memperoleh syurga tanpa hisab.

Amiin.


Sent from my iPhone