Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)
Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.
“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Thursday, March 15, 2018
Rumah Tangga Yang Barakah
Hari ini berkongsi topik Kahwin Anda Berani. Ada pelbagai isu yang ditanyakan. Satu persatu saya rungkaikan.
Apa yang bokeh disimpulakan tentang rumah tangga menuju syurga. Bila kita matang usia faham agama, doa kita berbeza dari dulu.
Jika dulu kita mungkin sentiasa tidak berpuas hati dengan pasangan. Saat bergaduh, kita kata esok bila kita tiada, suami tahu langit tinngi rendah.
Ayat sebegini menggambarkan perasaan seperti kita bagus sangat. Ia kerana kita dalam emosi. Kita belum muhasabah diri. Kita belum jumpa kelemahan sendiri.
Itu dulu, bila kita faham, kita ini banyak kekurangan, maka kita berdoa andai kita yang pergi dulu, biarlah suami dapat lebih baik dari kita. Ia bukan untuk sesiapa, tapi ia untuk kebaikan anak-anak kita. Bakal menggantikan kita adalah orang yang baik yang mampu menyambung tugas kita sebagai ibu.
Siapa pergi dulu kita dan pasangan tidak pasti. Mati kerana ajal. Bukan kerana sakit. Bukan juga kerana tua atau muda. Andai kita bergaduh bermasam muka, ingatlah, hidup ini sementara. Berdamailah dengan perasaan, berikan kemaafan. Usah bawa dendam.
Rumah tangga bahagia bila pasangan mampu menerima setiap kelemahan dan kelebihan. Setiap kita tiada yang sempurna. Berkasih sayang dari Allah kerana Allah. Moga kita bersatu di dunia dan di syurga.
Amiin.
Sent from my iPhone
No comments:
Post a Comment