Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)
Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.
“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Saturday, April 7, 2018
Cerita Iman
Penantian satu penyeksaan. Setelah hampir dua minggu ternanti-nanti panggilan, akhirnya semalam baru dapat panggilan dari Iman.
Bila tanya kenapa, jawapan yang Ummi tak dapat nak terima adalah 'tiada syiling'. Sebanyak-banyak duit syiling yang ada kat rumah ni, tak pula di bawa bila tahu syiling tiada.
Jika dulu kakak-kakak balik asrama semua nak bawa bekal syiling. Bezakan cara bertindak tu? Jadi tak pelik la bila anak laki jarang menelefon. Tak mahu beratur panjang tunggu giliran satu hal kot.
Masalah juga bila tahun ini warden dah tak benarkan bawa telefon ke sekolah. Ia bagi mengatasi masalah yang bawa telefon pintar kot. Maklum anak-anak bila ada telefon pintar panjang akalnya.
Sebelum ini hari minggu pelajar boleh ambil telefon dengan warden. Boleh la Ummi call walaupun Iman payah juga nak angkat, alasan tak dengar, bateri tak charge. Telefon Iman cap ayam je pun, hanya untuk berkomunikasi semata.
Seperti biasa bila sembang, Iman akan report segala aktiviti di sekolah. Result exam dah dapat. Esok pula hari sukan. Guru-guru maklumkan ibu bapa boleh pergi.
Iman maklumkan beliau masuk acara olahraga. Lari 800m dan lari berganti. Kadang bila fikir macam tak percaya. Sekolah rendah dulu bila sukan Iman hanya mengetuai perbarisan, tukang bawa bendera rumah tetap dan berpencen😄.
Ummi dah agak, Iman tak pernah terpilih sebab dia dulu kecik, tak cukup inci. Selalu jadi bahan gelak. Bila jumpa Iman, semua orang akan tanya, bila nak jadi tinggi.
Agaknya Iman mungkin pendam semua tu. Diam-diam masuk sekolah menengah dia praktis berlari dan bina stamina. Walaupun masih tak setinggi kawan-kawan yang lain, dia terpilih untuk bermain bola keranjang wakil sekolah, berjaya mendapat tempat acara merentas desa. Itu pun dia cerita pada Ummi bila kena minta kebenaran. Biasa la Iman, banyak senyap dari bercakap.
Tahun ini Iman tukar strategi. Entah apa yang dia fikir. Sudah tak mahu main bola keranjang. Bila tanya main sukan apa pula? Katanya nak main badminton. Raket Baba di angkut bawa ke sekolah. Moga satu masa boleh ikut jejak Baba main sukan😊.
Esok Ummi berkira-kira nak tengok Iman bersukan. Moga Allah permudahkan.
#travelogempayarjiwa
Sent from my iPhone
No comments:
Post a Comment