Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Sunday, November 18, 2018

Rezeki ketentuan Allah.

Rezeki ketentuan Allah.
Ada masa Dia beri dan ambil kembali.
Ada ketika Dia gantikan semula.
Kita sebagai hamba menerima dengan syukur setiap keadaan. Ada hikmah yang perlu dihadam, difahami dan hayat.

~~~~~~

Cerita tentang rezeki sejak dua tiga bulan ni saya sungguh rasa bersyukur bila pokok pisang berbuah serentak. Masa bonda datang baru ni sempat saya krimkan jantung pisang untuk dimasak teresek.

Pokok pisang itu setentang dengan tingkap bilik saya, tiap pagi bangun jenguk melihat kebun hati rasa tenang. Lebih-lebih lagi bila titik peluh sudah mula menampakkan hasil.

Petang semalam balik dari outstation, saya jenguk ke luar tingkap, tetiba tengok pisangnya sudah tiada. Dalam hati takkan Enche Suami yang tebang. Saya bersangka baik pisang itu dia tebang. Biasanya sebelum ini Enche Suami akan ambil buah sahaja. Pokoknya itu biasa saya yang akan urus bagi tumbang.

Pagi sewaktu mahu keluar tadi saya perasan ada satu kotak pisang dan sebiji betik diluar pintu. Tapi ia pisang jenis yang bukan saya tanam. Saya 'call' Enche Suami untuk bertanya:
"Abang ada tebang pisang kita?"
" Tak, kenapa? Ada satu kotak pisang itu mak yang kirim" Jelas Enche Suami.
" Oh banyaknya, tapi mana pergi pisang yang kita tanam tu?"
" Dah ada orang ambik la tu" Jawab beliau.
" Tak apa la tak ada rezeki" Kata saya menambah.

Bila saya lihat dipangkal pokok tersebut, saya perasan pokok pisang kebun jiran sebelah pun ada kesan ditebang. Segala sampah sarap dan pokok yang ditebang itu diletakkan di tepi kebun jiran yang bersebelahan dengan saya. Cuma hamba Allah ni tak pula tebang pokok pisang saya tu. Hanya buah yang diambil. Cerdik juga orang ini.

Sekali fikir geram juga. Pandai pula angkut sampah letak tepi pokok pisang saya. Inilah sikap manusia. Pisang itu nilainya kecil sahaja berbanding dengan sampah yang dibuang.

Moral disebali kisah

Bercerita tentang reseki, Allah pastinya Maha Pemberi. Walau nun jauh disudut hati kita akan rasa gembira mahu merasa titik peluh sendiri, tapi aturan Allah tidak begitu. Allah gantikan pisang yang hilang dengan pisang kiriman dari mertua.

Allah juga mahu kita lebih belajar tentang sikap manusia. Kadang-kadang walau sudah memiliki, namun makhluk tidak pernah puas dengan apa yang ada. Ada yang iri hati dengan apa yang dimiliki orang lain. Hebat mana pun apa yang kita ada tapi bila tidak bersyukur kita akan nampak orang punya lebih hebat. Begitulah ujian hati. Seringlah untuk sentiasa muhasabah dan menghargai apa yang ada.
Wallahuaalam.

No comments:

Post a Comment