Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Wednesday, August 26, 2015

Ukhuwah dalam Komunikasi

Ukhuwah dalam Komunikasi

Sebelum bermusafir perlu pesan pada keluarga atau saudara mara walaupun dalam jarak yang dekat, ini kerana kita tidak tahu apa yang berlaku.

Setidaknya ada hujjah, ia tidak bersangka-sangka.
Bila kita meninggal, orang tak menyangka-yangka.
Selangkah kita keluar perlu maklumkan.
Beratkah untuk bercakap? Ia hanya satu bentuk komunikasi sahaja.
Kat rumah anak-anak takut mahu berbual. Bersembang elok dengan mak ayah, anak isteri.
Ukhuwah dalam komunikasi menjadi parah dalam keluarga. Masing2 buat hal sendiri, walhal Isls tidak mengajar begini.

Menurut kisah orang soleh:
Ketika keluar rumah beliau di patuk ular. Beliau tidak memaklumkan pada keluarga sewaktu keluar rumah.

Apakah seperti ini milikku akan hilang dalam waktu yang sekejap?
Apa yang kita miliki akan jadi milik orang lain bila kita pergi.

Kata orang soleh itu, sahabat yang menguburkan akan aku, akan menjauhkan diri dariku.

Ketika masuk ke liang lahad, di manakah tempat paling jauh? Ia adalah kubur.

Gelapnya kubur, sebesar lubang jarum pun tidak masuk cahaya. Maka kubur yang bercahaya adalah insan yang banyak membaca al Quran, bertahajjud dan bersedekah.

Tidak ada tempat yang paling buruk, melainkan suasana dalam kubur. Ia satu kengerian, kecuali yang Allah pilih jasad mereka tidak hancur. Mereka ini adalah orang menghafal Al Quran.

Adakah bila kita meninggal akan ada insan yang mendoakan kita?
Apabila kita merindui seseorang yang telah pergi setidaknya mereka sedekahkan fatihah untuk kita.

Kawan yang boleh sempurnakan hidup kita di dunia ini ramai. Kawan yang untuk hari akhirat tidak ramai.
Kawan yang paling rapat dengan kita adalah isteri kita, dan begitulah sebaliknya. Maka kesempatan yang ada kita pergunakan untuk manfaat agama.

Apabila Allah datangkan kematian pada orang kafir, maka mereka meminta untuk dikembalikan ke dunia.

Apa beza kita hidup dengan orang lain?
Allah bagi ruh dan jasad bagi menyempurnakan tugas sebagai hamba Allah.
Mereka sedekah kenapa tidak kita, mereka ada 24 jam kenapa tiada masa untuk jemaah?

Kita realtinya tidak menyedari bahawa kita banyak menzalimi diri sendiri dan leka dengan keseronokan dunia.

Kita sibuk dengan apa yang kita cari. Surah Al Mukminun insan meminta untuk dihidupkan semula un

Antara jeritan dalam kubur:

1. Orang berjalan untuk berjemaah tetapi dia tidak mendatangi jemaah, maka dia meraung untuk hidup kembali.

2. Ketika orang berselawat, dia mahu berselawat.

3. Ketika ada majlis ilmu, dia sibuk dengan hal lain.

Waktu di alam barzah adalaj waktu milik Allah. Bagi orang soleh waktu dialam kubur ia seperti dibangkitkan dari tidur.
Manakala orang yang kufur nikmat Allah datangkan pelbagai bentuk azab dalam kubur.

Sesungguhnya permintaan itu akan ditolak. Segala perbuatan sudah tamat. Waktu yang diberi itu telah diambil.

Bila mati antara kita dengan dunia ada dinding yang memisahkan.
Kesempatan yang Allah beri agar kita tidak perlu merayu pada Allah saat mati.

Berilah waktu untuk beribadat. Sesungguhnya solat ini adalah waktu yang telah AKU tentukan.

Ada waktu untuk Allah, keluarga dan kerja. Bila di alam barzah, مالك يوم الدين
Allah milik segala, maka jangan sombong dengan apa yang ada.

Doa orang soleh:
Malam sebelum dikuburkan pada malam perta di kubur kita berada di mana?

Saidina Hasan meninggal pada usia yang masih muda, katanya;
Apabila jenazah dibawa untuk dikebumikan. Maka isterinya nampak sangat ketakutan, katanya dia mengajak anak-anak akan berbakti dikuburan dan meratapi selama setahun.

Ini adalah tindakan salah dan ditolak, kata Imam Az Zahabi.
Setelah setahun berlalu, apakah kami telah menemukan apa yang kamu carikan?

Maka mati disisi kita tidak sama. Kehidupsn di alam barzakh tidak kita ketahui. Yang menentukan baik buruk kita dalam kubur adalah diri kita. Akhirnya isteri Saidina Hassan berubah.

Satu kisah:
Ada orang makan ketika lapar, bila dia makan dia mendahulukan anak isteri. Beliau menghidupkan sunnah. Waktu kenyang dia tidak makan. Dia sangat zuhud.


Tazkirah Zohor
Catatan oleh Dr Sakinah Salleh
Surau Sek 9, Shah Alam.



Sent from my iPhone

Thursday, August 13, 2015

Doa Amalan Orang Beriman

Doa Amalan Orang Beriman
Musibah yang berlaku akibat bencana alam seperti banjir memberi kesan pada penduduk. Ia hikmah pada manusia.

Manusia fikir mereka boleh berbuat apa sahaja dengan kekayaan material. Merasa hebat hingga membelakangkan syariat.

Hadir musibah untuk manusia sedar bahawa kekuasaan Allah mengatasi segalanya. Musibah menyedarkan insan bahawa segala kejayaan adalah dari kehendak Allah.

Kekayaan, kejayaan, kepintaran adalah dari Allah. Ia juga berpihak pada insan yang bernasib baik diberi rezeki oleh Allah.

Berdoa adalah cara untuk kita menurunkan sifat bongkak. Berdoa tanda orang yang positif dengan Allah. Ia tansa syukur bahawa semuanya dari Allah.

Doa adah intipati ibadah agar insan ada sifat tawakkal
pada Allah. Solat adalah doa terbaik.

"Doa adalah otak ibadah" hadith riwayat Tarmizi.

Allah tahu kesusahan hambaNya. Berdoa bukan kerana miskin, sakit, susah, atau Allah tidak tahu keadaan kita. Tujuan berdoa adalah bagi menunjukkan ubudiyyah kepada Allah.

Berdoa bukan sekadar meminta, ia tanda syukur dan penghargaan pada Allah. Kaya, berjaya namun tidak ego dan riak ia tanda individu itu menyedari Allah miliki segala.

Ramai yang meminta dan berdoa, saat sakit, ditimpa musibah, jatuh miskin dan sebagainya. Bila Allah mengabulkan permintaannya dia lupa.

Surah Hud " Dan demi sesungguhnya pemberian yang diberi dan apabila diambil balik maka dia akan berputus asa..... "

Rasulullah bersabda " Barang siapa yang mahu doanya termakbul, Hendaklah dia berdoa semasa senangnya... " Riwayat Abu Hurairah.

Wallahuaalam

Jumaat
29 Syawal 1436H

Tuesday, August 4, 2015

Puasa Sunat Syawal



Bismillah,

Alhamdulillah, pejam celik masa berlalu hari ini sudah masuk 20 Syawal 1436H. Mungkin ada antara kita sudah selesai menyempurnakan puasa sunat Syawal dan mungkin juga sedang menggantkan puasa qadha bagi yang bergelar wanita. Apa pun bagi yang masih belum sempat berpuasa sunat Syawal masih ada berbaki 9 hari lagi.

Pahala berpuasa sunat Syawal ini sangat besar pahalanya, sebagaimana hadith Rasulullah meriwayatkan: " Barangsiapa berpuasa bulan Ramadhan lalu diiringinya dengan puasa enam hari bulan Syawal bererti ia telah berpuasa setahun penuh" (Hadith Riwayat Muslim, Abu Daud, At-Tirmizi, An Nasai dan Ibnu Majah).

Melihat kepada ganjaran tersebut maka kita perlu mengambil peluang untuk menyempurnakan puasa sunat Syawal. Cabaran berpuasa sunat di Malaysia ini adalah kerana perayaan disambut selama sebulan, maka ada banyak rumah terbuka, jamuan hari raya dan sebagainya. Maka bagi memenuhi jemputan kita tidak dapat berpuasa.

Sebenarnya jika mahu pasti ada caranya. Kita juga boleh memilih mana jemputan yang penting. JIka kita mengutamakan nafsu maka sudah pasti tiada hari yang dapat kita berpuasa kerana boleh dikatakan sentiasa ada jemputan baik dari rakan taulan, jiran tetangga dan juga tempat kerja.

Berpuasa sunat perlu kekuatan dalaman. Alah bisa tegal biasa. Bila sudah menjadi rutin maka kita sudah tidak heran dengan apa jua juadah, nikmat puasa itu amat dirasai bila berbuka dan kita dapat menyempurnakan puasa dengan sebaik mungkin.

Sayawal yang berlalu kita tidak pasti apakah tahun depan kita akan ada peluang untuk bertemu lagi, atau kita sendiri mungkin kesihatan diambil Allah tidak mampu lagi untuk jalankan. Maka peluang yang ada ini perlu dipergunakan. Kesempatan ini kita ambil dengan doa tahun hadapan kita akan bertemu lagi dengan Ramadan dan Syawal.

Wallahualam.