Bismillah,
Alhamdulillah, pejam celik masa berlalu hari ini sudah masuk 20 Syawal 1436H. Mungkin ada antara kita sudah selesai menyempurnakan puasa sunat Syawal dan mungkin juga sedang menggantkan puasa qadha bagi yang bergelar wanita. Apa pun bagi yang masih belum sempat berpuasa sunat Syawal masih ada berbaki 9 hari lagi.
Pahala berpuasa sunat Syawal ini sangat besar pahalanya, sebagaimana hadith Rasulullah meriwayatkan: " Barangsiapa berpuasa bulan Ramadhan lalu diiringinya dengan puasa enam hari bulan Syawal bererti ia telah berpuasa setahun penuh" (Hadith Riwayat Muslim, Abu Daud, At-Tirmizi, An Nasai dan Ibnu Majah).
Melihat kepada ganjaran tersebut maka kita perlu mengambil peluang untuk menyempurnakan puasa sunat Syawal. Cabaran berpuasa sunat di Malaysia ini adalah kerana perayaan disambut selama sebulan, maka ada banyak rumah terbuka, jamuan hari raya dan sebagainya. Maka bagi memenuhi jemputan kita tidak dapat berpuasa.
Sebenarnya jika mahu pasti ada caranya. Kita juga boleh memilih mana jemputan yang penting. JIka kita mengutamakan nafsu maka sudah pasti tiada hari yang dapat kita berpuasa kerana boleh dikatakan sentiasa ada jemputan baik dari rakan taulan, jiran tetangga dan juga tempat kerja.
Berpuasa sunat perlu kekuatan dalaman. Alah bisa tegal biasa. Bila sudah menjadi rutin maka kita sudah tidak heran dengan apa jua juadah, nikmat puasa itu amat dirasai bila berbuka dan kita dapat menyempurnakan puasa dengan sebaik mungkin.
Sayawal yang berlalu kita tidak pasti apakah tahun depan kita akan ada peluang untuk bertemu lagi, atau kita sendiri mungkin kesihatan diambil Allah tidak mampu lagi untuk jalankan. Maka peluang yang ada ini perlu dipergunakan. Kesempatan ini kita ambil dengan doa tahun hadapan kita akan bertemu lagi dengan Ramadan dan Syawal.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment