Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, August 13, 2015

Doa Amalan Orang Beriman

Doa Amalan Orang Beriman
Musibah yang berlaku akibat bencana alam seperti banjir memberi kesan pada penduduk. Ia hikmah pada manusia.

Manusia fikir mereka boleh berbuat apa sahaja dengan kekayaan material. Merasa hebat hingga membelakangkan syariat.

Hadir musibah untuk manusia sedar bahawa kekuasaan Allah mengatasi segalanya. Musibah menyedarkan insan bahawa segala kejayaan adalah dari kehendak Allah.

Kekayaan, kejayaan, kepintaran adalah dari Allah. Ia juga berpihak pada insan yang bernasib baik diberi rezeki oleh Allah.

Berdoa adalah cara untuk kita menurunkan sifat bongkak. Berdoa tanda orang yang positif dengan Allah. Ia tansa syukur bahawa semuanya dari Allah.

Doa adah intipati ibadah agar insan ada sifat tawakkal
pada Allah. Solat adalah doa terbaik.

"Doa adalah otak ibadah" hadith riwayat Tarmizi.

Allah tahu kesusahan hambaNya. Berdoa bukan kerana miskin, sakit, susah, atau Allah tidak tahu keadaan kita. Tujuan berdoa adalah bagi menunjukkan ubudiyyah kepada Allah.

Berdoa bukan sekadar meminta, ia tanda syukur dan penghargaan pada Allah. Kaya, berjaya namun tidak ego dan riak ia tanda individu itu menyedari Allah miliki segala.

Ramai yang meminta dan berdoa, saat sakit, ditimpa musibah, jatuh miskin dan sebagainya. Bila Allah mengabulkan permintaannya dia lupa.

Surah Hud " Dan demi sesungguhnya pemberian yang diberi dan apabila diambil balik maka dia akan berputus asa..... "

Rasulullah bersabda " Barang siapa yang mahu doanya termakbul, Hendaklah dia berdoa semasa senangnya... " Riwayat Abu Hurairah.

Wallahuaalam

Jumaat
29 Syawal 1436H

No comments:

Post a Comment