Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)
Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.
“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Friday, April 28, 2017
Kenali Diri Gilap Potensi Bina Identiti
Gilap Potensi,
Bina Identiti
---
Saat orang sekeliling sering memperkatakan fizikalnya yang kecil, tiada siapa tahu Iman berjiwa besar.
In sya Allah.
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017
Ada rezeki kita jumpa di sana.
Buku sastera karya penulis hebat banyak membantu saya hari ini menjadi penulis. Saya ambil mana yang baik. Banyak membaca jambatan ilmu.
Kaunseling Remaja
Apabila menawarkan perkhidamatan kaunseling secara profesional, kita perlu memastikan boleh memberikan servis yang terbaik.
Saturday, April 8, 2017
Muhasabah
Jauhi Sikap Sombong
Seorang wanita berumur 40 tahun. Baru saja menjadi Pengarah di sebuah syarikat membawa anaknya datang ke pejabat untuk makan.
Selesai makan, anaknya membuang plastik bekas makanannya di lantai. Datanglah seorang nenek dengan penyapunya dan menyapu bersih sampah tadi. Wanita yang baru saja menjadi Pengarah ini hanya melihat nenek tadi menyapu. Wajahnya sudah berkerut bukan pencen, tetapi sebaliknya harus jadi tukang sapu.
Kerana itu dengan senyum sinisnya, wanita itu berkata kepada anaknya, "Nak sudah besar nanti, jangan jadi seperti dia. Tu sudah tua masih lagi pungut sampah".
Anaknya hanya mengangguk kepala kerana masih belum mengerti apa-apa. Nenek ini melihat kesombongan wanita itu lalu dia bertanya, "Mohon maaf, tumpang tanya.... puan ini siapa?", katanya tenang.
Dengan angkuhnya wanita itu menjawab "saya Pengarah baru disini, kenapa? "
Nenek ini hanya mengangguk, tidak menjawab. Dari jauh datang seorang lelaki dengan baju rapi menghampiri nenek tua itu. "Puan CEO, silakan masuk ke ruangan puan". Nenek tua ini membuka jaket lesunya, dan terlihat baju rapi di balik jaket lesunya.
*Ternyata dia adalah pengasas syarikat ini!*
Tanpa mengubah expresinya, dia berkata kepada lelaki itu. "Tolong tarik balik jawatan wanita sombong ini. Kita tidak perlu orang sombong seperti dia di syarikat ini".
Lelaki itu pun mencatat nombor pekerja wanita itu dan di hari itu juga dia dipecat. Wanita itu tidak mampu menjawab apa-apa....
Nenek CEO ini berkata ke anak wanita itu,"aku memecat ibumu & berharap kamu faham, MENJADI ORANG BESAR BUKAN DITENTUKAN DENGAN KEPINTARAN ORANG ITU, TETAPI BAGAIMANA KITA, ORANG BESAR MAMPU MENGHARGAI ORANG-ORANG YANG RENDAH DI BAWAH DAN MEMBANTU MEREKA.
*MESEJ*
Hidup ini seperti roda. Banyak liku2 kehidupan orang lain yang tidak kita fahami. Jangan pandang seseorang hanya dari luar fizikalnya semata mata. Jgn sombong.🤗🤗
Just sharing benda baik.
Sebab itu dlm Quran, perangai yg paling diperangi adalah kesombongan. Iblis hina sebab sombong. Firaun dll juga dihina kerana sombong. Maknanya Tuhan nasihatkan, jika nak hidup berjaya, betulkan sikap. Dan yg pertama yg perlu diadjust adalah delete kesombongan.
Jom baca Quran. Baca untuk faham & internalise. Prepare & tanamkan niat nak kuatkan persahabatan dengan Quran sempena kedatangan ramadhan.
Ustaz Muhammad Asraff
Petikan dari social media
Sent from my iPhone