Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)
Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.
“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Tuesday, November 28, 2017
Kecerdasan Emosi
Friday, April 28, 2017
Thursday, October 29, 2015
Reformasi Diri : Why Me vs Why Not?
Bismillah,
Seringkali bila berdepan dengan sesuatu cabaran yang tidak diduga, individu akan mempersoalkan
" Why Me " atau bahasa mudahnya, Kenapa AKU?
Apakah malangnya diri menerima nasib begini?
Tuhan tidak adil kerana memberikan ujian ini?
Adakah diri ini berdosa?
Kenapa diri ini yang sering menerima nasib buruk?
Apakah salah diri ini?
Adakah semua ini karma?
Pendek kata ada pelbagai lagi persoalan yang merujuk kepada Kenapa Aku? Realitinya persoalan ini tidak akan membawa kita ke arah solusi atau mempertingkatkan prestasi dan semangat diri. Sebalikbya diri akan lebih banyak mahukan simpati dan menjadi lemah serta secara tidak langsung akan mengharapkan orang lain untuk bangkit dari kegagalan.
Oleh itu mari menukar WHY ME? kepada WHY NOT?
Yea! Mengapa tidak?
Allah tidak pernah zalim kepada hambaNya, bahkan manusia yang sering menzalimi diri sendiri. Apabila mereka gagal maka mereka akan menyalahkan orang lain dan meletakkan kegagalan itu pada bahu orang lain tanpa mahu melihat dan mengambil pengajaran dari setiap peristiwa yang berlaku.
Mari sama-sama kita muhasabah diri. Jika tidak datang ujian kepada kita, kemungkinan kita tidak sedar dari kesilapan. Kita tidak dekat kepada Allah, kita lupa orang sekeliliing. Maka apabila datang satu perkara dari situ ia memberi hikmah.
Serendipity.
Ia kisah yang dikongsikan agar dapat membantu kita melihat bahawa apa jua yang berlaku ada hikmah tersendiri jika kita mahu menyedari.
Seorang hamba Allah yang cemerlang dalam kerjayanya, tiba-tiba beliau diberhentikan kerja tanpa sebab dan alasan yang kukuh oleh majikan. Lalu dari situ dia terpaksa mencari rezeki dengan pelbagai cara. Dari kerja kelas atasan dia terpaksa bekerja kelas bawahan. Selain bekerja beliau mencari peluang dengan menyambung belajar secara sambilan. Pekerjaan yang diusahakan sendiri akhrinya membuahkah hasil lumayan hingga beliau mampu membina bisnes yang berjaya, bahkan beliau juga memperolehi ijazah tanpa perlu menunggu biasiswa. Keluarganya juga gembira dengan pencapaian barunya.
Disini kita lihat ia satu perkara yang hebat. Jika dia tidak diberhentikan kerja, mungkin dia tidak akan sambung belajar, dia tidak akan tahu apa ertinya berdikari dan belajar tentang dunia bisnes. Bahkan pengalaman saat jatuh menjadika beliau insaf, maka bila dia berjaya dan kaya raya, dia menjadi seorang yang sangat dermawan dan prihatin dengan golongan susah. Kata beliau " hidup susah mengajar erti hubungan dan kasih sayang".
Berdasarkan kisah di atas mari muhasabah kisah sendiri. Apa hikmah disebalik yang terjadi pada diri? Pasti ada sesuatu yang mungkin tidak kita sedari. Ubah kehidupan dengan mengubah perkataan WHY ME kepada WHY NOT.
Masa untuk meneruskan MISI.
Thursday, October 1, 2015
Tip Kejayaan : Selesaikan Masalah Cari Solusi
Bismillah,
Mahu berjaya? Caranya tidak sukar, kita hanya perlu melakukan apa yang kita suka dengan cara selesaikan masalah orang lain.
Kenapa perlu selesaikan masalah?
Masalah adalah perkara yang sangat berkuasa dan berpengaruh. Maka dengan mencari satu masalah yang bagus untuk diselesaikan pasti ada habuan kejayaan di situ.
Dari sudut psikologi, menyelesaikan masalah orang lain akan memberikan kita satu kepuasan. Ia mungkin dilihat kecil pada orang lain, tapi besar pada kita untuk menyuntik semangat diri agar lebih banyak memberi kepada yang memerlukan.
Suka dalam perkara yang bermanfaat untuk orang lain adalah motivasi diri untuk ke depan. Itu adalah kejayaan.
Wednesday, July 22, 2015
Apa dan bagaimana sesudah bercerai?

Bismillah,
Rumahtangga yang bahagia satu anugerah dari Allah. Ia ada mawaddah, rahmah dan sakinah dari Rabb bagi yang mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar. Bahagia tidak hadir sendiri, ia datang dengan satu kemanisan iman. Bila ada masalah dalam rumahtangga, penyelesaiannya adalah kembali pada Allah.
Tiada satu yang kekal di dunia ini. Bila berlaku perceraian dalam rumahtangga, bagi segelintir individu ia satu penamat kehidupan. Rasa tertekan, hilang keyakinan, rendah diri dan pelbagai lagi. Sebenarnya berfikir KENAPA tidak membantu diri untuk bangkit? Sampai bila mahu menangis dan bersedih? Sedang mereka gembira kita pula derita? Lupakan sahaja, jalan terus.
Ia sukar dan mengambil masa untuk melupakan, namun bila diri dekat dengan Allah dan ada aktiviti yang boleh membuatkan kita lupa pada masalah tersebut, satu masa kita boleh melepasi keadaan ini. Mulakan bertanya BAGAIMANA/APA?
Masih belum terlambat memncipta kebahagiaan. Kebahagiaan sebenar adalah kita dengan Allah SWT.
Wednesday, October 22, 2014
Motivasi kejayaan
Berkongsi kisah kejayaan rata-rata mereka yang berjaya melalui penolakan yang entah berapa banyak. bagi positif akan menganggap bahawa penolakan dari orang sekeliling adalah permulaan kepada anak tangga kejayaan. Jika syarat untuk berjaya perlu menempuh sepuluh penolakan maka setiap tolakan yang berlaku akan dikira sebagai main hampi kepada kejayaan.
Ada pelbagai bentuk penolakan contoh J.K Rowling pengarang best-seller yang terkenal dengan sidi Harry Potter juga pernah menerima penolakan. Begitu juga Kapten Sanders yang mencipta resepi KFC. Mereka ini akhirnya berjaya mencipta kejayaan yang besar. kej
Maka bila ada penolakan pada diri anda, percayalah ia petanda kita hampir berjaya. Apa yang kita lakukan bukan gagal ia hanya belum berjaya.
POSITIF & OPTIMIST.
Tuesday, October 15, 2013
Sumber Motivasi

Hidup adalah dengan memberi.
Tanpanya kita manusia seperti tidak befungsi
Friday, May 10, 2013
Tips mendapatkan rezeki berlipat ganda

Monday, April 29, 2013
Dia bersama..

Bila resah
jangan gelisah
biar terpisah
usah gundah
hidup tiada masalah
potensi tidak terserlah
lalu tenangkan jiwa
damaikan gelora
ada sinar bahagia
dihujung cerita
percaya DIA
sentiasa bersama..
nukilan ummu ieman ihsan
Tuesday, April 23, 2013
Tujuan belajar ilmu psikologi dan kaunseling

Monday, April 22, 2013
Mengingati hari kematian

Tuesday, April 2, 2013
Bila Pasangan Bersikap Pemarah..
Salah satu kepincangan rumahtangga berlaku disebabkan pasangan terlalu garang. Maka rumahtangga tidak akan sunyi dengna pergaduhan. Sifat pemarah ini ada pada kebanyakan individu terutama yang tidak mampu bersabar. Ada juga yang meawarisi sifat marah dari ibu bapa dan datuk nenek moyang mereka yang juga mersikap demikian. Maka bila demikian ia memberi alasan mudah untuk bersikap pemarah dan perengus dengan pasangan.
Friday, March 29, 2013
Harapan Berkalung Doa

Usaha disemai mengharap tuaian
Harapan dipungut berkalung keringat
Agar menjadi satu suapan
Adakala mentari berduka
Awan juga menangis hiba
Mengugat impian ditanam
Lalu baja keyakinan menyuburkan gundah
Semuanya bersatu dalam wadah yang sama
Percaya ada Yang Maha Kuasa
DIA tempat mengharap
Pasti ada kejayaan untuk segala harapan dan usaha

Wednesday, June 13, 2012
Mencari Sinar Baru
Setiap insan itu tidak sempurna atau maksum (sunyi dari dosa) melainkan nabi dan rasul. Bila menerima hakikat kekhilafan diri maka berusahalah unutk kembali ke pangkal jalan, berusahalah unutk berubah. Ada yang tidak mahu berubah kerana merasa diri sudah berada dilandasan yang betul walhal terang dan nyata mereka silap. Ada juga yang mahu berubah tapi seringkali bertemu dengan cabaran. Mencari sinar baru dalam hidup merupakan hidayah dari Allah.
Bagi setiap individu yang sebegini saat memulakan langkah untuk berubah ujian pertama adalah kepercayaan dari orang sekeliling. Jika sebelum ini kita gagal menunaikan amantat, kita tewas bila diberi peluang, kita tidak mampu memikul tugas dan leka dalam menurut kehendak agama. Maka bila berlaku demikian bukan mudah keriah semula kepercayaan orang sekeliling. Contoh jika sebelum ini kita menghampakan majikan dengan pecah amanah, kita menghampakan ibu bapa yang mengharapkan kita menjadi manusia cemerlang.
Bersabarlah dengannya, teruskanlah langkah itu, usah gentar dengan kata-kata yang menarik semangat dan menghiris ego. Kita telah silap sekali maka unutk silap buat kali yang ke-dua adalah satu kebodohan. Belajar menjadi tabah, banyakkan dan tingkatkan penggantungan harapan kepada Allah. Letaklah tujuan perubahan itu bukan kerana sesiapa atau demi orang lain yang bergelar insan. Letaklah tujuan dan motif hanya kerana mencari redha Allah.
Selebihnya, dekatilah orang yang positif agar kita tidak cenderung atau mudah terpengaruh melakukan kesilapan berulang kali. Ingatlah, kali ke-2 orang menerima kita kembali jika unutk kesekiannya kita menghampakan orang sekeliling kita.. maka jika kita tidak lagi diterima maka itu adalah kesilapan kita.. Biarpun begitu Allah sentiasa menerima taubat hambanya. Oleh itu pastikanlah taubat kita bukan taubat yang berpura-pura.. tetapi kita bertaubat dan berazam untuk istiqamah dan tidak mahu lagi melakukan kesilapan yang sama.
Sinar ada di hujung jalan.. teruskanlah langkah mu unutk sampai ke sana. Jangan berputus harap..
Wallahuaalam
Saturday, December 3, 2011
KEGAGALAN ADALAH SATU LANGKAH KE ARAH KEMATANGAN
Friday, December 2, 2011
Ilmu memberi Pencerahan Buat Diri
Allah memberi bagi yang meminta..selepas habis segala darjah pembelajaran di universiti, penulis meneroka pula pengajian secara tidak formal dengan guru yang lebih ilmuan..bentuk secara tidak formal ini ada juga keberkesanannya...kerana kita mencari dengan lebih ikhlas kerana cinta dan inginkan ilmu....Apa yang disedari, ternyata begitu banyak ilmu yang masih perlu digali dan cedok...Alahai kerdilnya diri ini wahai Tuhan...Moga Allah memberiku hikmah untuk menimbanya dan memberikan hidayah untuk memahaminya serta diberikan kekuatan untuk mangamalkanya. Ameen.
Saturday, November 19, 2011
MENJADI SEORANG YATIM ADALAH HIKMAH BUKAN KEBETULAN
Menjadi seorang anak yatim di usia yang kecil sebenarnya memberi banyak hikmah dan pengajaran buat diri. Pengalaman sepanjang perjalanan merentas liku kehidupan memberi seribu erti buat diri.
Ada ramai yang mengeluh kenapa diri dipilih menjadi yatim? Kenapa tidak sipolan atau sipolan. Bahkan ada juga yang mengatakan kalaulah aku masih beribu dan berbapa. Atau juga mengandaikan jika ibu atau bapa masih ada sudah pasti ini tidak akan berlaku...
Bagi kita mungkin merasa...alangkah malangnya.. Sebenarnya menjadi yatim itu ada hikmah yang besar andaikata diri boleh memahami hakikat kejadian dalam hidup, ia mampu memberi manfaat yang jelas andai diri mampu menjadikan yatim itu sebagai jambatan yang membolehkan diri merentas satu fasa kehidupan yang bersandarkan pada realiti bahawa: