Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, November 27, 2014

Tentang Bakat


Bismillah,

Masih mode UPSR. Rata-rata memberi komen tentang pengalaman tidak mendapat A dalam peperiksaan dan jadi pelajar corot sewaktu zaman persekolah. Bagus perkongsian itu untuk memberi motivasi kepada pelajar dan semangat bagi yang tidak berjaya. tetapi tidak bagus jika terlalu memberi penekanan tentang markah yang corot tanpa memberi solusi kepada bagaimana mengatasi? Corot di awal tidak bermakna akan corot sepanjang kehidupan.

Wednesday, November 26, 2014

UPSR 2014



Bismillah

Hari ni merupakan tarikh upsr di umumkan. Seawal pagi saya sudah sediakan Iman sarapan. Sejak semalam Iman keletihan sementelah 10.00 malam baru sampai dari lawatan ke Melaka. Sewaktu di meja makan Iman bertanya:  " Ummi jika Iman tak dapat 5A bagaimana? Lalu saya menjawab: " Iman berapa A tidak penting, ia perkara yang lepas. Apa yang penting ke mana selepas ini? Matlamat yang ini kecil sahaja. Ummi nak Iman bangun subuh pagi-pagi jemaah dan hafal Quran lebih banyak". Terus Iman diam.

Sampai di sekolah guru sudah memulakan ucapan di dataran SKSU. Pelajar beratur mengikut barisan. Ibu bapa ramai yang hadir untuk mengambil keputusan UPSR anak-anak. Semuanya tidak sabar menanti. Guru besar mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat kerana sekali lagi untuk 3 tahun berturut-turut SK Saujana Utama menjuarai seluruh sekolah di Kuala Selangor sebagai sekolah terbaik. Seramai 65 orang yang mendapat 5A. Saya percaya jika peperikasaan tidak diadakan semula pasti peratusannya akan lebih meningkat. Selesai ucapan murid-murid dibenarkan mengambil keputusan masing-masing. Ia agak cepat kerana ia dibuat dengan sistematik. Iman yang terakhir di dalam barisan seperti tidak sabar lagi. Apalagi MC meminta pelajar yang mendapat 5A untuk naik ke stage. Melihat rakan-rakan yang berada di stage kejayaan yang di bawah apalagi....


Ramai juga yang menangis dan berpelukan sesama sendiri. Ada yang duka dan ada yang bahagia. Melihat Iman dari kejauhan saya mendekati tanpa bertanya banyak, saya hanya mencium dan memeluk Iman tanpa melihat kertas ditangan. Senyumnya amat saya fahami. Jauh di sudut hati tiada apalagi yang ada dibenak fikiran. Jika dulu saya sewaktu kakak sulongnya mengambil keputusan UPSR gelodak rasa tidak dapat ditahan. Ia tidak lagi untuk kesekian kalinya. Makna A sudah berubah.

Saya percaya akademik bukan segalanya. Anak yang berjaya adalah yang boleh menilai apa baik buruk. Mampu menjaga aqidah dan akhlaknya. Keputusan cemerlang dalam peperiksaan adalah satu bonus, ia juga pengiktirafan atas segala usaha gigih. Pemangkin pada kejayaan akan datang, walau kejayaan itu sendiri amat subjektif.

Makanya tiada gambar kejayaan. Moment kejayaan di mata saya nanti Iman bakal menjadi Daie. Daie yang menguasai pelbagai ilmu baik ilmu dunia mahupun akhirat. Allah menjaga Ieman agar menjadi anak yang semakin teguh imannya, mengali ilmu sebanyak mungkin serta mempraktikanya apa yang ada.

Wallahuaalam.



Tuesday, November 25, 2014

Mujahadah Al Nafs

Mujahadah Al Nafs

Melawan nafsu syahwat adalah perjalanan mencari redha Allah. Imam. Al Ghazali ada menyebut tentang halangan dalam
ibadat. Perasaan riak membawa pada halangan
Dihamparkan untuk ke syurga penuh kesukaran, tetapi untuk ke neraka datang dengan syahwat. Kerana itu insan perlu pecahkan hawa nafsu. Perlu mujahadah memerangi hawa nafsu. Hubungan kita dengan Allah akan dekat.
Orang yang cemerlang tidak dibelenggu hawa nafsu. Mereka menjaga kehidupan akhirat.
Al Quran menyatakan untuk umat Nabi Muhammad SAW tidak dinisbahkan pada kaum, seperti Bani Israiel atau Kaum Nabi Adam tetapi Allah berfirman dengan " Wahai orang beriman" Terkandungnya 'Suruhan' untuk beramal atau larangan untuk meninggalkan perkara buruk.
Balasan akhirat itu jauh dan besar kerana ia tidak nampak dan tidak dizahirkan sekarang. Ibarat berpuasa dalam keadaan panas dan dahaga, kerana yakin pada Allah maka kita sanggup beribadat. Yakin itu hadir kerana adanya iman. Pulangan itu ghaib namun merasa akan dapat di akhirat nanti. Atas dasar inilah Al Quran menyebut : 'يا ايها الذين امنوا'

Segala hukum syarak ada sebab dan diikat dengan maslahat sama ada kita tahu atau tidak.



Sent from my iPhone

-VAKSIN HATI TONIK IMAN-

-VAKSIN HATI TONIK IMAN-

25 November 2014
02 Safar 1436 (Selasa)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

ENAM WASIAT UMAR BIN AL-KHATTAB

Saiyidina Umar bin al-Khattab seorang yang sangat prihatin dan simpati terhadap umat Islam, dia tidak hanya mendambakan keselamatan hidup di dunia dan di akhirat bagi dirinya sendiri, tetapi juga bagi kaum Muslimin. Lalu, beliau meninggalkan enam wasiat kepada kaum muslimin.

"Ingatlah enam perkara ini dalam kehidupan kamu, supaya kamu beroleh keselamatan hidup, sama ada di dunia mahupun di akhirat.

1. Jikalau kamu menemukan aib yang ada dalam diri seseorang, maka galilah aib yang ada dalam diri kamu sendiri, kerana aib kamu belum tentu sedikit.

2. Jika kamu ingin memusuhi seseorang atau memesuhi sesuatu, maka musuhilah perut kamu, kerana tidak ada musuh yang lebih berbahaya bagi kamu selain perut kamu sendiri.

3. Jika kamu ingin memuji, pujilah Allah kerana tidak ada sesuatu yang lebih banyak memberi kepada kamu dan lebih santun serta lebih lembut kepada kamu selain Allah.

4. Jika ada yang ingin kamu tinggalkan, maka tinggalkanlah kesenangan dunia kerana menjaga jarak hati kamu daripada cinta kesenangan dunia akan membuat kamu menjadi manusia yang terpuji, sebaliknya jika kamu menggilai dunia, kamu akan menjadi manusia hina.

5. Jika kamu ingin bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati kerana bila kamu tidak menyiapkan bekalan untuk mati kamu akan menderita, rugi dan penuh penyesalan.

6. Jika kamu ingin mencari sesuatu, maka carilah akhirat kerana lamu tidak akan mendapatkannya kecuali dengan mencarinya.

Semoga Allah merahmati hidup kamu dengan menjalankan enam hal yang aku sampaikan tersebut."
(Siyar A'lam an-Nubala'. Karya Imam ad-Dzahabiy)

Wallahuaklam......

Mohon maaf dan teguran diatas kekurangan dan kesilapan.
Ikhlas & Rahmat Allah bersama kita.
Kongsikan dan sebarkan..sesungguhnya ianya ILMU ALLAH TAALA..

Dipanjangkan oleh :
al-Haqir al-Faqir ilallahi Taala
-UMaR Zunnun - 01119934141

https://www.facebook.com/AkuNakJadiPENDAKWAH?ref=bookmarks


Sent from my iPhone

Sunday, November 23, 2014

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:

TAZKIRAH PAGI UNTUK MUHASABAH DIRI.
( Isnin 24 November 2014).

8 LANGKAH MERINGANKAN MUSIBAH YANG MENIMPA.

Dunia merupakan tempat untuk menguji kesabaran manusia dalam menjalani kehidupan. Siapapun manusianya, pasti ada mengalami masalah dalam hidupnya yang wajib dihadapi. Allah SWT berfirman dalam al-Qur'an Surah Al-Baqarah, ayat 155:

وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ

Ertinya:
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar".

Ayat di atas menggambarkan kepada kita bahawa kebanyakan ujian Allah kepada manusia yang disebutkan dalam surah Al-Baqarah tersebut dengan bentuk yang berbeza-beza serta berlainan antara satu dengan yang lain.

Dalam mendepani musibah kehidupan, Ibnu Qayyim ada menyebutkan bahawa Islam mengajarkan kepada kita cara untuk meringankan bebanan musibah tersebut dengan beberapa langkah seperti berikut:

1. Beriman Kepada Qadha Dan Qadar Allah SWT.

Orang yang beriman percaya bahawa musibah yang menimpa diri kita itu datang dari Allah SWT, dan hanya Allah SWT sahaja yang dapat menyelesaikan musibah tersebut. إن لله وإن إليه راجعون.

2. Musibah Yang Menimpa Masih Kecil Berbanding Nikmat Yang Diberikan Allah SWT.

Untuk meringankan beban musibah yang menimpa, kita wajib bersyukur kepada Allah SWT, bahawa musibah yang menimpa itu masih lebih ringan dan lebih kecil berbanding dengan nikmat yang diberikan Allah SWT kepada kita.

3. Hiburkan diri Dengan Orang Yang Senasib Dengan Kita Atau Orang Yang Lebih Berat Musibahnya Dari Kita.

Jika Allah menimpakan musibah kepada kita, sebenarnya masih banyak lagi yang terkena musibah sama seperti kita. Jika Allah SWT menimpakan musibah yang berat kepada kita, sebenarnya banyak lagi orang lain yang lebih berat musibah nya berbanding kita.

4. Anggap Ringan Musibah Tersebut dan Jangan Terlalu Banyak Berfikir Beratnya Musibah Yang Menimpa Kita.

Jika musibah tersebut sudah berlaku kepada kita, Islam mengajarkan kepada umatnya jangan terlalu banyak berfikir tentang musibah nya, tetapi lebih baik fikirkan jalan keluar dari musibah tersebut.

5. Mengajar Manusia Lebih Bertawakkal Kepada Allah SWT.

Hakikat musibah yang sebenar adalah bahawa manusia tidak berdaya mendepani musibah yang dihadapinya melainkan dengan jalan kita Bertawakkal kepada Allah SWT. Kerana semua urusan manusia berada di tangan Allah SWT dan hanya kepada Allah SWT kita kembali.

6. Yakin Pada Diri Bahawa Musibah Yang Menimpa Tersebut ada Hikmah Di Sebaliknya.

Manusia merupakan makhluk yang lemah yang ridak mengetahui apa di sebalik musibah yang menimpa diri kita, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka ambilah hikmah di sebalik musibah tersebut untuk menjadi pengajaran kepada hambanya.

7. Beruntung Bahawa Musibah Tersebut Hanya Menimpa Dunianya Dan Bukan Pada Agamanya.

Jika kita ditimpa musibah, sebenarnya kita maka masih beruntung kerana musibah tersebut hanya menimpa dunia kita bukan agama kita (aqidah kita), kerana musibah yang paling besar apabila Allah SWT mengambil balik Aqidah kita dan memesongkan akidah kita.

8. Jadikan Musibah Yang Menimpa Kita Sebagai Cara Untuk Meraih Pahala Serta Syurga nya Allah SWT.

Musibah yang menimpa seseorang merupakan cara untuk mendapatkan pahala dari pada Allah SWT. Kerana apabila kita bersabar dalam menghadapi musibah tersebut, Allah SWT Menjanjikan pahala kepada hambanya serta menjanjikan syurga kepada hambaNya.

Ya Allah Ya Tuhan kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk menghadapi musibah yang Engkau timpakan. Beri kan kami kemudahan jalan untuk menyelesaikan musibah tersebut. Jadikan kami sebagai hamba-Mu yang Redha dengan musibah tersebut. Mudah-mudahan kami menjadi hamba terbaik disisi-Mu. Aamiinn Ya Robbal 'Aalaamiin !!!

Wallahu A'lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. (Ustaz Sihabuddin Muhaemin)

Catatan:
Sila kongsikan ILMU dengan sesama SAUDARA.
ILMU ITU MILIK ALLAH SWT UNTUK DISEBARKAN.
Mudah-mudahan bermanfaat.
Di Dunia Dan Akhirat. Insya-Allah. Aamiinn !!!!!

Kritik dan saran yang membina sangat dialu alukan.
Sila tlp/sms kami, USM (012-6653988).
Atau layari laman facebook:
http://www.facebook.com/ USM - Sihabuddin Muhaemin.

TERIMA KASIH.
(Shah Alam 24 Nov 2014).


Sent from my iPhone

Wednesday, November 19, 2014

Sedekah pembuka rezeki



Bismillah,

Hebatnya kuasa sedekah bagi yang memahami. Sedekah pembuka pintu rezeki. Kisah hebat Saidina Ali dan Fatimah Az zahrah sebagai insan yang pemurah dna hanya mengharap kepada Allah tertulis pada kalam Al Quran dalam surah Al Insan. Bersedelah pada orang yang misikin, anak yatim dan tawanan perang membuktikan bahawa sedekah tidak kira siapa selagi ikhlas kerana Allah. Hasil dari sedekah ganjaannya sangat besar.

Bagaimana mahu menajdi seorang pemberi sedekah dan mengelakkan rasa bakhil? Mudah sahaja apa yang ada milik orang lain. Milik kita hanya apa yang kita beri pada orang lain. Jika hati tidak cinta kepada dunia maka memberi apa yang kita sayang pada orang lain pastinya memperoleh ganjaran besar. Ia tidak mudah kerana perlukan hati yang pasrah dan redha.

Konvensyen Al Quran ABS

Bismillah,

Akan berlangsung.....

Tuesday, November 18, 2014

Mendidik hati



Bismillah,

Seringkali kita manusia yang lemah mengharap pada pengiktirafan manusia. Kita mahu dipuji, kita mahu dikenali kita mahu diri diangkat ke satu tahap, kita mahu kebaikan diingat-ingat, kita mahu kehebatan disebut-sebut dan banyak lagi perkara yang semuanya boleh membawa kepada perasaan ujub dan takbur. Semua kemahuan itu tidak membawa diri untuk menjadi hamba yang merendah diri.
Bagaimana membentuk diri menjadi insan yang hanya berserah dan mengharap pada Allah semata? Sudah pasti kita perlu meletakkan diri ini kerdil. Hebat di mata insan tapi kerdil di hadapan Allah maka kita menjadi orang yang malang. Malang kerana kita masih mengharap pada dunia.

Mendidik hati tidak mudah dek kerana sifat manusia secara lumrahnya begitu. Namun mendidik hati agar sentiasa menjadi insan yang mencari redha Allah perlu sentiasa banyak muhasabah diri. Sungguh Allah maha mengetahui apa yang ada dalam hati-hati hambaNya.

Wallahuaalam.

Sunday, November 16, 2014

Lambaian Kaabah



Bismillah,

Menghitung hari untuk berangkat ke tanah suci membawa ibu tercinta. Kali terakhir ke sana bersama ibu pada tahun 2004 sewaktu kami sama-sama menunaikan haji. Selepas itu ibu tidak mahu lagi ikut serta, katanya bawa pula orang lain yang belum merasa ke sana. Saya percaya jauh disudut hati beliau mahu sentias ke sana, namun kekangan duit ringgit pasti jadi penyebabnya. Dia tidak mahu menyusahkan saya.

Pada diri saya pula, nyawa tidak pasti, kita atau dia boleh dipanggil Allah bila-bila masa. Lalu terfikir kali ini mahu memberikan kebahagiaan buat ibu. Ibarat kata duit boleh diusahakan asal ada kemahuan. Kali ini ibu sangat teruja. Pada saya pula, hadiah untuk umrah kali ini tidak terlalu besar dibanding pengorbanan ibu sendiri. Doa yang sentiasa dipanjatkan buat diri. Kakak-kakak yang tinggal di kampung yang sentiasa ada saat ibu memerlukan sudah pasti pengorbanan mereka tidak terkira dalam menjaga ibu.

Lalu diri sering tertanya sumbangan apa yang lebih bermakna? Sedaya upaya kita mahu buat terbaik untuk ibu tercinta, pun diri yang kerdil ada ketika tidak mampu buat banyak perkara. Ibu saat ada di depan mata kita jarang mahu menghargai, bila tiada baru menyesal dan berkira-kira mahu membalas jasa. Sungguh pengorbanan yang besar tidak dapat dibalas, sebagai anak bahagiakan dia selagi nyawa dikandung badan.

Hidup ini seketika sahaja. Masa yang ada manfaatkan untuk memberi bukan sentiasa mahu menerima. Ibu insan paling berharga, tanpa ibu kita tiada apa-apa. Betapa kita mengharap keredhaan Allah dari keredhaan dua ibu bapa.

Ya Allah. Moga pemergian kali ini ke tanah suci bakal mengubat rindu ibu pada lambian Kaabah. Moga ada peluang lagi selepas ini untuk berkali-kali menunaikan ibadat, Moga ibadat kami di terima olehNya. Ampunkan kami Ya Allah. 

Wednesday, November 12, 2014

Cerita Seorang Pelakon Tambahan


Bismillah,

Kisah seorang pelakon tambahan. Satu movie Filipina yang ditonton amat memberi inspirasi dan kesedaran yang mahu saya kongsikan dengan pembaca. Jika dilihat pada tajuknya cerita dan pelakon yang melakonkan watak itu sudah pasti ramai yang mengatakan ada baiknya menonton cerita lain. Namun bagi saya tajuk pelokan tambahan itu satu yang unik, Apalagi pada awal cerita ada perbualan yang agak lucu serta sinikal yang sarat dengan mesej tersendiri.

Kisah bermula dengan perbualan wanita-wanita pelbagai peringkat umur dalam sebuah van. Sekali sekala akan ada flashback watak salah seorang darinya yang saya namakaan Moon. Moon dan rakan-rakannya yang lain merupakan pelakon sambilan yang direkrut untuk satu sinetron.Perbualan lebih berkisar kepada apa yang wanita ini mahukan dalam hidup. Masing-masing mengata secara sinis pada yang rakan yang lain. Ada dua karakter yang sering berlumba mahu menunjukkan siapa hebat. Salah seorangnya adalah Moon. Dialog yang paling lucu bila mereka mahu dilihat kaya raya, dan mula menayangkan apa yang akan mereka milik.

Apabila sampai di lokasi pergambaran maka bermula episod sengsara menjadi pelokan tambahan. Mereka disuruh buat apa sahaja. Ada yang terpaksa dimekapkan hingga mengambil masa emapt ke lapan jam. Pengarah digambarkan sebagai seorang yang sangat tegas serta garang. Pembantu pengarah pula kaki ampu yang suka makan. Manakala pengurus produksi yabg paling teruk ke sana ke mari mengarah semua orang di lokasi pergambaran.

Tuesday, November 11, 2014

Tadika aktif bijak santun


Bismillah,

Akhirnya impian jadi kenyataan. Tadika ABS Al Ihsan Saujana Utama berdiri megah menjadi salah satu tadika di bawah rangkaian Tadika ABS. Ia pengalaman indah membina dan meneroka satu bisnes yang baru . Alhamdulillah syukur pada Allah. Open partnership yang dibawa ABs membantu orang yang tiada banyak pengalaman membuka tadika seperti saya untuk menceburkan diri dalam bisnes ini.

Apa hebatnya tadika ABS?
Tadika ABS membawa 3 USP iaitu

  1. Teknik Nabi
  2. Budaya Melayu Tinggi
  3. Modul Araf


Berniaga dengan jaya


Bismillah,

Travelog bisnes.
Ia kisah perjalanan dalam hidup yang amat sukar untuk dikisahkan dengan kata-kata. Ia perlu dilalui dengan pengalaman. Betul bagai dikata. Kejayaan itu tidak mudah. Ia datang dengan seribu kepayahan dan kita amat menghargainya. Namun ia dikongsi agar menjadi manfaat pada yang mahu melalui perjalanan yang sama.

Berniaga dilihat sesuatu yang mencabar maka ramai yang memilih untuk makan gaji. Berniaga bila tiada modal ramai yang memberi alasan yang sama. Berniaga selalu tiada masa. Inilah antara yang sering diperkata. Realtinya semua pekerjaan ada cabarannya. Ia bergantung pada individu. Sangat subjektif kerana ada yang berniaga gagal dan ada yang berjaya. Maka apa yang membezakan antara yang gagal dan yang berjaya. Apa yang boleh dikatakan adalah tekad dan azam.

Insan yang cekal dan azam yang tinggi akan berpegang pada apa yang dicitakan. Jika tiada modal duit adam odal idea dan tenaga. Jika masa yang ada tidak cukup uruskan dengan berhemah. Jika keuntungan berniaga ada untung dan ruginya maka wang ringgit perlu diurus sebaiknya. Berniaga juga tidak surut dari isu orang berhutang lambat bayar atau tidak mahu bayar, maka pasti ada solusinya.

Lalu bila cabaran menggunung bolehkah berputus asa dan berhenti ditengah jalan? Jawapannya tidak. Ia perlu diteruskan dengan mencari strategi baru. Jika orang lain boleh mengapa tidak kita?

Tepuk dada, teruskan usaha.

Wallahuaalam


Saturday, November 8, 2014

Aku seorang penulis



Aku seorang penulis

menulis bukan kerana nama
bukan kerana hebatnya idea
menulis sekadar melakar rasa di dada
melepas apa yang terpendam
menulis bukan sekadar suka suka
ada makna mahu dikata
ada tujuan ingin disua
ada hikmah mahu dibicara
menulis
ada masa tumpul ilmu
ada tika payah terasa
ada waktu ternanti-nanti idea
menulis ada cabarannya
apa jua
menulis dariNya keranaNya.

Ummu Iman
15 Muharram 1436H



Sent from my iPhone

Wednesday, November 5, 2014

Travelog Bisnes : Margin vs Volume

Travelog Bisnes : Margin vs Volume

Bismillah

Berniaga konsepnya mudah. Mahu mendapat keuntungan walaupun sedikit. Itulah yang diajar oleh sahabat Rasulullah iaitu Abdul Rahman bin Auf.

Sekaligus berniaga memberi manfaat untuk kedua-dua pihak. Baik kepada peniaga sendiri mahupun pengguna. Keuntungan yang sedikit bila adanya barakah di sisi Allah maka ia menjadi satu keuntungan yang besar.

Berniaga sama ada mengejar margin yang besar atau volume yang tinggi bergantung kepada matlamat dan strategi perniagaan itu sendiri. Ia berkait rapat dengan kreativiti serta kesungguhan individu dalam mengusahakan perniagaan mereka bagi berjaya.

Kejayan peniaga nasi berlauk dari Kuala Terengganu ini membuktikan bahawa untung yang sedikit menjadi suatu yang besar bila dapat meraih volume yang tinggi untuk jualan.

Beliau hanya berniaga ditepi jalan. Menjual nasi dengan harga yang miurah di saat ekonomi dalam keadaan inflasi mendapat sambutan hangat. Di sinilah nilai keberkatan dapat dilihat.

Hasil yang sedikit menjadi berganda keuntungannya dengan matlamat yang ikhlas mahu memberi.
Wallahuaalam

Travelog Bisnes : Margin vs Volume





Travelog Bisnes : Margin vs Volume

Bismillah

Berniaga konsepnya mudah. Mahu mendapat keuntungan walaupun sedikit. Itulah yang diajar oleh sahabat Rasulullah iaitu Abdul Rahman bin Auf.

Sekaligus berniaga memberi manfaat untuk kedua-dua pihak. Baik kepada peniaga sendiri mahupun pengguna. Keuntungan yang sedikit bila adanya barakah di sisi Allah maka ia menjadi satu keuntungan yang besar.

Berniaga sama ada mengejar margin yang besar atau volume yang tinggi bergantung kepada matlamat dan strategi perniagaan itu sendiri. Ia berkait rapat dengan kreativiti serta kesungguhan individu dalam mengusahakan perniagaan mereka bagi berjaya.

Kejayan peniaga nasi berlauk dari Kuala Terengganu ini membuktikan bahawa untung yang sedikit menjadi suatu yang besar bila dapat meraih volume yang tinggi untuk jualan. Beliau hanya berniaga ditepi jalan. Menjual nasi dengan harga yang miurah di saat ekonomi dalam keadaan inflasi mendapat sambutan hangat. Di sinilah nilai keberkatan dapat dilihat.

Pastinya hidup bukan semata untuk menerima tetapi memberi suatu yang manfaat.
Wwallahuaalam.

Menuju Kehidupan Abadi

Menuju Kehidupan Abadi

Bismillah

Kita sering disibukkan dengan dunia. Waktu seperti tidak cukup mengejar harta dan segala isinya. Ibadat dan solat adakala menjadi alpa untuk dilaksana. Lalu apa makna kehidupan andai hidup mengejar dunia yang tidak kekal.

Saat Izrail hampir mengajak ruh yang dipinjam ini pergi apa yang berbaki? Mampukah segala amal menampung diri yang bersalut noda. Harta yang ada bolehkah membela diri di alam sana?

Mencari kemewahan dunia tidak lagi bermakna. Hakikatnya harta yang menimbun bukan untuk dijaja menyatakan diri kaya dan miliki segala. Bahkan harta itu sepatutnya menjadi tali hayat di alam barzakh.

Apa yang ada salurkan pada yang memerlukan. Harta yang menjadi harta yang kekal bila ia dibelanjakan bagi yang memerlukan. Sedekah dan infaq yang ikhlas buat yang memerlukan menjadi peneman dialam sana. Amal kebajikan yang bakal menjauhkan diri dari seksa kubur. Solat yang sentiasa dijaga menjadi benteng dari terjerumus ke dalam kawah neraka.

Pesanan buat diriku sendiri, Hidup menuju abadi. Dunia sekadar alat mencapa maksud akhirat. Ya Allah jangan lalaikan aku dengan dunia. Jauhkan diriku dari maksiat. Masukkan aku dalam golongan orang-orang yang soleh. Amen.


Sent from my iPhone

Tuesday, November 4, 2014

Motivational Story

A group of alumni, highly established in their careers, got together to visit their old university professor. Conversation soon turned into complaints about stress in work and life.

Offering his guests coffee, the professor went to the kitchen and returned with a large pot of coffee and an assortment of cups – porcelain, plastic, glass, crystal, some plain looking, some expensive, some exquisite – telling them to help themselves to hot coffee.

When all the students had a cup of coffee in hand, the professor said:
"If you noticed, all the nice looking expensive cups were taken up, leaving behind the plain and cheap ones, while it is but normal for you to want only the best for yourselves that is the source of your problems and stress.

What all of you really wanted was coffee, not the cup, but you consciously went for the best cups and were eyeing each other's cups.

Now if life is coffee, then the jobs, money and position in society are the cups. They are just tools to hold and contain Life, but the quality of Life doesn't change. Sometimes, by concentrating only on the cup, we fail to enjoy the coffee in it."

So, don't let the cups drive you… enjoy the coffee instead.

Sometimes, by concentrating only on the cup, we fail to enjoy the coffee. Savor the coffee, not the cups! The happiest people don't have the best of everything. They just make the best of everything. Live simply. Love generously. Care deeply. Speak kindly.

Sunday, November 2, 2014

Cara Mendekatkan Diri Pada Allah

Cara Mendekatkan Diri Pada Allah

Bismillah,

Hidup ibarat roda, suka duka hadir silih berganti. Ada saat dihimpit musibah baru diri mahu dekat dan mengadu pada Allah. Ia tergerak saat kita tahu manusia bukan lagi menjadi tempat yang boleh membantu. Maka bila diuji baru mahu hampiri. Saat semua kehendak mudah didapati, hati tidak rasa mahu mencintai Yang Abadi dan Kekal Abadi.

Wajarkah insan hanya dekat dengan Allah ketika susah? Mendekatkan diri bukan semata mahu doa makbul tetapi kerana mahu jadi insan bersyukur. Maka bagaimana mahu mendekatkan diri dengan Rabb Azza Wajalla.

Caranya dengan UZLAH. Apa maksud uzlah? Uzlah ada menyendiri seketika dengan berzikir kepada Allah. Solat dan beristghfar kepadanya.

Bersendiri dan berbicara dengan Allah paling baik adalah pada satu pertiga malam yang sunyi dengan bartahajjud serta memohon ampun dariNya.

Jika terlalu sukar untuk beruzlah di malam hari maka ambillah masa barang 15 minit saat selesai solat dan bertafakkur kepada Allah. Jika kita ada masa berinteraksi di media internet membaca komen, menjawab pertanyaan, membalas email dan menonton you tube maka sudah pasti kita wajib memperuntukkan masa dengan Allah.

Bersendiri dengan Allah semata akan menghadirkan rasa tenang, menghilangkan rasa hiba dan membuang perasaan keluh kesah. Kembali pada Allah saat kita berdosa jalan terbaik mencari redha Allah.

Wallahuaalam.
10 Muharram 1436H

Hukum Mandulkan Kucing

Hukum Mandulkan Kucing

Mazhab Hanafi hukumnya harus
Di Malaysia juga harus memandulkan kucing.
Dengan syarat jangan ubatan itu membawa kepada pembaziran, tidak membawa sakit yang ketara kepada kucing.

Dari Dr Zulkifli Al Bakri
Cinta Ilmu
TV Hijrah

Makna Fatwa

Makna Fatwa

Bismillah

Hukum yang difatwakan ia akan jadi lebih kuat.
Fatwa dari segi istilah oleh As Shaukani dengan makna ijtihad yang bersumberkan dari penggalian sepenuhnya ilmu. Baik dari sandaran kepada Al Quran dan As Sunnah dan juga kajian pada pandangan ulama.

Apabila memberikan fatwa ia perlu diperhalusi dan dijelaskan terperinci. Manakala Sheikh Az Zuhaily fatwa adalah jawapan yang diberi oleh mufti bila sesuatu perkara itu berlaku. Syarat fatwa perlu dari mulut mufti yang berkait dengan hukum dan isu kehidupan.

Al Imam Al Qarafi menyatakan fatwa adalah mengkhabarkan hukum Allah yang ada dalam Al Quran dan Hadis baik hukum harus, haram, halal dan sebagainya.

Dr Zulkifli Al Bakri
Cinta Ilmu
TV Hijrah


Sent from my iPhone

Saturday, November 1, 2014

Amalan Puasa Sunat

Amalan Puasa Sunat

Bismillah

Hari ini masuk hari ke 9 Muharram 1436H. Setiap Muslim disunatkan berpuasa hari ini dan besok. Paling baik digabungkan bersama. Paling tidak berpuasa esok 10 Muharram.

Apabila diimbas kembali pantasnya masa maka wajar kita menilai ibadat seharian kita. Hidup tercemar dosa tanpa sengaja. Lalu amalan sunat seperti puasa boleh mendekatkan diri kita pada Allah.

Pepatah menyebut "alah bisa tegal biasa". Lama kelamaan kita dapat mengamalkan puasa sunat dengan mudah walau diperingkat awal amat payah.

Ibadat puasa melatih minda untuk bukan setakat menahan lapar namun puasa mendidik diri agar mrnjadi kuat dalamannya. Puasa juga memberi motivasi agar boleh menyahut cabaran semasa.

Ikhlas mampu hadir bila berpuasa bila menyedari ibadat ini hanya diantara hamba dan Rabb-nya. Puasa bagi membangunkan hati agar tunduk patuh dan syukur dengan segala nikmat dari Allah.
Moga Allah memberi kita semua kekuatan untuk istiqamah dalam beribadat.