Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Tuesday, November 18, 2014

Mendidik hati



Bismillah,

Seringkali kita manusia yang lemah mengharap pada pengiktirafan manusia. Kita mahu dipuji, kita mahu dikenali kita mahu diri diangkat ke satu tahap, kita mahu kebaikan diingat-ingat, kita mahu kehebatan disebut-sebut dan banyak lagi perkara yang semuanya boleh membawa kepada perasaan ujub dan takbur. Semua kemahuan itu tidak membawa diri untuk menjadi hamba yang merendah diri.
Bagaimana membentuk diri menjadi insan yang hanya berserah dan mengharap pada Allah semata? Sudah pasti kita perlu meletakkan diri ini kerdil. Hebat di mata insan tapi kerdil di hadapan Allah maka kita menjadi orang yang malang. Malang kerana kita masih mengharap pada dunia.

Mendidik hati tidak mudah dek kerana sifat manusia secara lumrahnya begitu. Namun mendidik hati agar sentiasa menjadi insan yang mencari redha Allah perlu sentiasa banyak muhasabah diri. Sungguh Allah maha mengetahui apa yang ada dalam hati-hati hambaNya.

Wallahuaalam.

No comments:

Post a Comment