Bismillah
Hari ni merupakan tarikh upsr di umumkan. Seawal pagi saya sudah sediakan Iman sarapan. Sejak semalam Iman keletihan sementelah 10.00 malam baru sampai dari lawatan ke Melaka. Sewaktu di meja makan Iman bertanya: " Ummi jika Iman tak dapat 5A bagaimana? Lalu saya menjawab: " Iman berapa A tidak penting, ia perkara yang lepas. Apa yang penting ke mana selepas ini? Matlamat yang ini kecil sahaja. Ummi nak Iman bangun subuh pagi-pagi jemaah dan hafal Quran lebih banyak". Terus Iman diam.
Sampai di sekolah guru sudah memulakan ucapan di dataran SKSU. Pelajar beratur mengikut barisan. Ibu bapa ramai yang hadir untuk mengambil keputusan UPSR anak-anak. Semuanya tidak sabar menanti. Guru besar mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat kerana sekali lagi untuk 3 tahun berturut-turut SK Saujana Utama menjuarai seluruh sekolah di Kuala Selangor sebagai sekolah terbaik. Seramai 65 orang yang mendapat 5A. Saya percaya jika peperikasaan tidak diadakan semula pasti peratusannya akan lebih meningkat. Selesai ucapan murid-murid dibenarkan mengambil keputusan masing-masing. Ia agak cepat kerana ia dibuat dengan sistematik. Iman yang terakhir di dalam barisan seperti tidak sabar lagi. Apalagi MC meminta pelajar yang mendapat 5A untuk naik ke stage. Melihat rakan-rakan yang berada di stage kejayaan yang di bawah apalagi....
Ramai juga yang menangis dan berpelukan sesama sendiri. Ada yang duka dan ada yang bahagia. Melihat Iman dari kejauhan saya mendekati tanpa bertanya banyak, saya hanya mencium dan memeluk Iman tanpa melihat kertas ditangan. Senyumnya amat saya fahami. Jauh di sudut hati tiada apalagi yang ada dibenak fikiran. Jika dulu saya sewaktu kakak sulongnya mengambil keputusan UPSR gelodak rasa tidak dapat ditahan. Ia tidak lagi untuk kesekian kalinya. Makna A sudah berubah.
Saya percaya akademik bukan segalanya. Anak yang berjaya adalah yang boleh menilai apa baik buruk. Mampu menjaga aqidah dan akhlaknya. Keputusan cemerlang dalam peperiksaan adalah satu bonus, ia juga pengiktirafan atas segala usaha gigih. Pemangkin pada kejayaan akan datang, walau kejayaan itu sendiri amat subjektif.
Makanya tiada gambar kejayaan. Moment kejayaan di mata saya nanti Iman bakal menjadi Daie. Daie yang menguasai pelbagai ilmu baik ilmu dunia mahupun akhirat. Allah menjaga Ieman agar menjadi anak yang semakin teguh imannya, mengali ilmu sebanyak mungkin serta mempraktikanya apa yang ada.
Wallahuaalam.
No comments:
Post a Comment