Bismillah,
Travelog bisnes.
Ia kisah perjalanan dalam hidup yang amat sukar untuk dikisahkan dengan kata-kata. Ia perlu dilalui dengan pengalaman. Betul bagai dikata. Kejayaan itu tidak mudah. Ia datang dengan seribu kepayahan dan kita amat menghargainya. Namun ia dikongsi agar menjadi manfaat pada yang mahu melalui perjalanan yang sama.
Berniaga dilihat sesuatu yang mencabar maka ramai yang memilih untuk makan gaji. Berniaga bila tiada modal ramai yang memberi alasan yang sama. Berniaga selalu tiada masa. Inilah antara yang sering diperkata. Realtinya semua pekerjaan ada cabarannya. Ia bergantung pada individu. Sangat subjektif kerana ada yang berniaga gagal dan ada yang berjaya. Maka apa yang membezakan antara yang gagal dan yang berjaya. Apa yang boleh dikatakan adalah tekad dan azam.
Insan yang cekal dan azam yang tinggi akan berpegang pada apa yang dicitakan. Jika tiada modal duit adam odal idea dan tenaga. Jika masa yang ada tidak cukup uruskan dengan berhemah. Jika keuntungan berniaga ada untung dan ruginya maka wang ringgit perlu diurus sebaiknya. Berniaga juga tidak surut dari isu orang berhutang lambat bayar atau tidak mahu bayar, maka pasti ada solusinya.
Lalu bila cabaran menggunung bolehkah berputus asa dan berhenti ditengah jalan? Jawapannya tidak. Ia perlu diteruskan dengan mencari strategi baru. Jika orang lain boleh mengapa tidak kita?
Tepuk dada, teruskan usaha.
Wallahuaalam
No comments:
Post a Comment