Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Showing posts with label Penulisan. Show all posts
Showing posts with label Penulisan. Show all posts

Thursday, October 12, 2017

Menulis Buku Pertama


Menjadi penulis, sangat ramai yang berjaya menulis di mukabuku, blog, IG dan pelbagai media. Namun ramai juga yang ada cita-cita bergelar penulis buku. Mimpi demi mimpi namun sering kali ia terkandas di perjalanan. Impian hanya tinggal impian. Bahkan bukan sedikit yang mengikut kursus penulisan baik yang berbayar mahupun percuma. Ada yang sanggup berhabis ratusan dan ribuan demi mendapatkan ilmu penulisan. 



Ada ketika banyak yang mahu dikongsi tetapi jari jemari tidak mampu menuturkan kata di helaian kertas atau screen kompter. Lalu bagaimana memastikan penulisan dapat dihasilkan? Ada masa idea buntu, ada ketika displin menulis celaru, akhirnya segala yang mahu disudahkan tersadai menjadi naskah bisu tatapan sendiri.

Bagaimana mahu berjaya menjadi penulis? Saya bukanlah penulis yang hebat lagi berjaya. Bahkan tidak pernah terfikir untuk berjaya menulis buku dan dilamar oleh penerbit yang berpengalaman serta popular seperti PTS. Sebagai penulis apa yang boleh saya kongsikan, saya sebenarnya tidak pernah belajar secara khusus seperti mengikuti kursus penulisan atau sebagainya. Saya belajar menulis dengan hanya menulis dan menulis apa sahaja yang terfiir dibenak fikiran. Perkara yang paling banyak menyumbang kepada kejayaan menulis adalah banyak membaca dan mencedok ilmu.

Tujuan penulisan juga satu asbab kejayaan kita menulis. Niat menulis sangat penting. Jelaskan kenapa anda mahu menulis? Bagi saya diri sendiri,  tujuan penulisan tidak ada niat lain, mahu berkongsi idea dan fikrah, menyebarkan kebaikan. Pandangan yang ingin diketengahkan itulah yang saya tulis. Selain itu saya fikirkan segala hasrat yang ada dalam pemikiran dan diterjemahkan dalam bentuk penulisan tiada lain melainkan agar ia dapat dibaca oleh anak  cucu.

Motivasi menulis pula tidak lain ia sebagai satu uslub dakwah bagi menyampaikan maksud tersirat. Usia kita mungkin singakt, maka penulisan yang ada bakal menjadi kesinambungan pada wadah yang mahu disampaikan. Ada yang meletakkan penulisan sebagai sumber pendapatan, ia tidak salah. Ia juga boleh menjadi motivasi penulisan. 

Bagi yang mahu berjaya merealisasikan menulis buku sehingga menjadi buku pada saya kunci utama tiada yang lain, melainkan niat yang ikhlas, DARI ALLAH DAN KERANA ALLAH. In sya Allah pasti Dia akan mempermudahkan kita dan memberikan ilham.Menulis bukan untuk jenama, bukan juga mencari glamer, jauh sekali ada kepentingan diri. Itulah yang dikatakan ikhlas, moga dengannya apa yang ditulis mendapat manfaat bukan semata pada pembaca, tetapi kita yang menulis juga memperoleh pahala.


Buku 3i Islam Iman Ihsan  Formula Kejayaan Hakiki dan Abadi adalah buku pertama. Ia menyusul tidak lama dengan buku kedua. Diterbitkan dalam masa yang sama oleh PTS. Alhamdulillah keduanya diulang cetak tidak sampai sebulan. Salah satu buku tersebut terpilih untuk Pesta buku di Frankfurt. Bahkan buku tersebut menjadi buku 'bestseller'. Ia di luar dari kotak pemikiran sendiri. Allah Maha Pemurah. Royalti yang saya peroleh tahun pertama menulis buku mencecah hampir 5 angka. Satu perkara yang tidak diduka. Benarlah ia rezeki dari Allah.


Hakikatnya ilmu dan ilham itu dari Allah. Dia yang memberi keduanya. Banyakkan meminta pada Allah, berdoa agar kita dapat berkongsi kebaikan demi dakwah. Demi menyampaikan apa yang baik dan bermakna. Lebih penting penulisan adalah peringatan untuk diri sendiri yang juga banyak kelemahannya. Mulakan menulis. Gunalah apa sahaja media yang dirasakan sesuai. Ia tidak semestinya menjadi buku, jika mahukan pahala. Mulakan dengan niat yang tulus DARI ALLAH DAN KERANA ALLAH. Satu masa tak mustahil dari penulisa di media sosial bakal menjadi buku anda yang pertama.

Wallahuaalam

Dr Sakinah Salleh
Ibtighaai Mardhatillah

#diaripenulis




Saturday, November 8, 2014

Aku seorang penulis



Aku seorang penulis

menulis bukan kerana nama
bukan kerana hebatnya idea
menulis sekadar melakar rasa di dada
melepas apa yang terpendam
menulis bukan sekadar suka suka
ada makna mahu dikata
ada tujuan ingin disua
ada hikmah mahu dibicara
menulis
ada masa tumpul ilmu
ada tika payah terasa
ada waktu ternanti-nanti idea
menulis ada cabarannya
apa jua
menulis dariNya keranaNya.

Ummu Iman
15 Muharram 1436H



Sent from my iPhone

Friday, September 5, 2014

Bicara buku: 10 buku berpengaruh


Bismillah,

Tuan Yusry Yussop menulis di FB beliau tentang 10 buku yang berpengaruh, beliau menyatakan bahawa beliau lebih mengingati penulis berbanding dengan judul buku. Saya terfikir kata-kata beliau itu. Ada buku-buku yang dibaca tanpa sedar memberi impak yang mendalam pada diri. Saya antara yang suka membaca buku. Sejak kecil saya sudah hantu buku-buku novel yang berat dan tebal. Bahkan Hikayat Ramayana, Merong Mahawangas dan lain-lain buku yang sepertinya menjadi teman buat saya pada usia 7-9 tahun. Paling memberi kesan adalah buku Arni dan Keluarga Gerilya oleh Promoedya Anata Toer, Novel-novel karya Pak Hamka seperti Tenggelamnnya Kapal Vander Vijk. Juga karya sasterawan negara seperti buku Sesudah subuh sebelum senja karya Arenawati jika tidak salah saya.

Selari dengan usia apabila ke sekolah menangah saya mula terpengaruh dengan buku Mills & Boon. Buku Mb jadi bahan bacaan yang menyebabkan saya ketagih. Buku itu biasanya saya pinjam dari kawan saya yang kakaknya guru bahasa Inggeris. Tidak cukup dengan rakan guru saya sendiri membeirkan buku untuk saya baca. Bila naik ke tingakatan 4 saya mula terdedah dengan buku thriller seperti tulisan Virginia Andrews, Danielli Steel dan lain-lain lagi.

Masa berubah, minat juga berubah. Saya mula membaca buku-buku motivasi dan sejarah. Buku karangan Puan Ainon Mohd, dan  yang senagakatan dengannya menjadi bahan pembacaan saya. Bila masuk alam rumahtangga dan kerjaya saya mula meluaskan bacaan saya kepada pelbagai genre. Antara yang memberi impak pada saya dalam menceburi bidang perniagaan adalah buku Membina Imiginasi Cemerlang karangan Dr Tuah Iskandar, manakala buku Pua Ainon Mohd banyak membuka mata saya dalam penulisan terutama buku Berfikir. Manakala buku yang mengubah matlamat hidup saya hampir 100% adalah buku karangan Dr Abdullah Aidh Al Qarni bertajuk Jagalah Allah Allah menjagamu.

Membaca ternyata mampu mengubah persepsi kehidupan. Sekarang ini saya masih meneruskan pembacaan dmei meningkatkan ilmu pengetahuan. Manakala bila menulis ia menambahkan lagi ketajaman minda, Ia bukan nermakna kita lebih tahu tapi sekadar mengingatkkan diri sendiri dan mewarisi pembacaan itu kepada anak-anak cucu.

Wallahualam.

Thursday, September 12, 2013

Bagaimana menjadi Penulis


Cita cita menjadi Penulis
Cita cita menjadi Penulis. tidak terlalu mudah dan tidak juga susah untuk merealisasikan. Ramai bercita cita sedenikian, saya juga punya cita cita yang sama. Saya tidak berguru, guru saya sekadar buku yang saya baca sejak kecil. Umur 7 tahun saya sudah membaca novel novel yang sarat dengan mesej seperti Tenggelamnya kapal Van Der Vijk, Hartini, Keluarga Gerilya, Arni dan lain-lain. Sehingga dewasa buku adalah teman kesunyian. Bermula dengan sedikit perjalanan kehidupan dan menambah ilmu seiring perjalanan Alhamdulillah akhirnya impian tercapai. "Motive, Passion and Determination can push us to make all our dreams come true... ."

Paling penting dalam menggarap idea perlu dimaklumi bahawa ilham dan ilmu itu dari Allah.Dia yang mencetuskan dari hati dan minda lalu terciptalah tulisan dan tertinta garapan. Moga penulisan menjadi nadi bagi bergelar dai'e dan melunaskan tugas dan tanggungjawab dakwah. Harapan agar diri sentiasa istiqamah.
Wallahuaalam


Sent from my iPhone

Sunday, April 7, 2013

Diari Seorang Penulis 3


Menulis memerlukan kesabaran. Selain itu ia memerlukan fokus dan disiplin yang tinggi demi menyiapkan satu satu naskah. ramai yang menyebut ada pelbagai idea mahu dikongsi tapi kekanganya adalah masa. Menulis pada saya bukan semata perlu kegigihan tetapi ia perlukan izin Allah. mengapa saya katakan demikina, kerana dengan izin Allah baru kita mendapat hikmah apa yang mahu disampaikan. Ada yang punya ilmu menggunung tapi jika dengan tanpa iziNya kita dihambat masa, kita dikejar kesibukan maka apa sahaja yang mahu ditulis akan terbenam di sudut minda semata. Saya sendiri walau seperti punyai idea tetapi jika tidak dengan iziNya, jari jemari seperti rasanya keras mahu menari di atas keybod. Perasaan seperti penuh dengan kebimbangan dengan apa yang mahu dikongsi. Maka mata seperti kaku di depan skrin, minda sekdara berlegar di temapt yang sama. Oleh itu menulis seperti senang tetapi hakikatnya susah, seperti susah hakikatnya mudah. 
Wallahuaalam

Wednesday, March 13, 2013

Dairi Seorang Penulis : Menulis untuk Berkongsi

Hari ini berkejar dengan kesibukan bekerja, namun smepat dipertemukan dengan editor pertama yang bekerjsama dengan saya unutk buku  3i. Banyak topik diperbincangkan hingga membawa kepada pelbagai isu. Salah satunya adalah tentang menjana idea baru dan bernas untuk penulisan buku yang seterusnya. 

Sesungguhnya apabila memperkatakan tentang penulisan pada hemat saya, apabila saya menulis ia bukan kerana saya ada banyak ilmu, ia bukan kerana saya lebih bagus dari anda pembaca. Sememangnya dari dulu saya percaya menulis kerana mahu menyampaikan sesautu serta berkongsi apa yang kita boleh kongsikan sesautu yang dirasakan boleh memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain. 

Saya juga percaya, menulis sesuatu yang ada diminda mampu dikongsi oleh ramai orang yang tidak kita kenali. Ia bukan hanya rakan taulan, klien, pelajar, mentee dan orang-orang yang significan dengan kita, tetapi ia boleh dikongsi dengan insan yang tidak pernah kita kenali. Berbali kepada pengetahuan tentang apa yang mahu ditulis, ia bukan semata-mata idea yang baru dari penulis, tetapi ia juga perlu diperluaskan pembacaan untuk menambah kefahaman terhadap apa yang mahu dikngsu serta mahu mencari tambah nilai kepada idea yang mahu diketengahkan.