Bismillah,
Masih mode UPSR. Rata-rata memberi komen tentang pengalaman tidak mendapat A dalam peperiksaan dan jadi pelajar corot sewaktu zaman persekolah. Bagus perkongsian itu untuk memberi motivasi kepada pelajar dan semangat bagi yang tidak berjaya. tetapi tidak bagus jika terlalu memberi penekanan tentang markah yang corot tanpa memberi solusi kepada bagaimana mengatasi? Corot di awal tidak bermakna akan corot sepanjang kehidupan.
Maka dalam pendidikan sekolah yang sedia ada perlu kita perbaiki untuk tidak mengejar pencapaian akademik semata-mata. Sekolah yang mengangkat bakat sebagai elemen yang penting. Bakat yang terpendam dalam diri perlu digilap agar ia menjadi satu manfaat yang besar buat individu. Bakat akan terserlah bila diri diberi kepercayaan dan disuntik dengan keyakinan.
Kesimpulannya, tentang bakat, genius, tentang kebolehan dan pelbagai yang berkait kelebihan tidak bermakna jika tidak diletakkan pada tempat yang betul.
Wallahuaalam.
No comments:
Post a Comment