Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Wednesday, November 12, 2014

Cerita Seorang Pelakon Tambahan


Bismillah,

Kisah seorang pelakon tambahan. Satu movie Filipina yang ditonton amat memberi inspirasi dan kesedaran yang mahu saya kongsikan dengan pembaca. Jika dilihat pada tajuknya cerita dan pelakon yang melakonkan watak itu sudah pasti ramai yang mengatakan ada baiknya menonton cerita lain. Namun bagi saya tajuk pelokan tambahan itu satu yang unik, Apalagi pada awal cerita ada perbualan yang agak lucu serta sinikal yang sarat dengan mesej tersendiri.

Kisah bermula dengan perbualan wanita-wanita pelbagai peringkat umur dalam sebuah van. Sekali sekala akan ada flashback watak salah seorang darinya yang saya namakaan Moon. Moon dan rakan-rakannya yang lain merupakan pelakon sambilan yang direkrut untuk satu sinetron.Perbualan lebih berkisar kepada apa yang wanita ini mahukan dalam hidup. Masing-masing mengata secara sinis pada yang rakan yang lain. Ada dua karakter yang sering berlumba mahu menunjukkan siapa hebat. Salah seorangnya adalah Moon. Dialog yang paling lucu bila mereka mahu dilihat kaya raya, dan mula menayangkan apa yang akan mereka milik.

Apabila sampai di lokasi pergambaran maka bermula episod sengsara menjadi pelokan tambahan. Mereka disuruh buat apa sahaja. Ada yang terpaksa dimekapkan hingga mengambil masa emapt ke lapan jam. Pengarah digambarkan sebagai seorang yang sangat tegas serta garang. Pembantu pengarah pula kaki ampu yang suka makan. Manakala pengurus produksi yabg paling teruk ke sana ke mari mengarah semua orang di lokasi pergambaran.


Di lokasi pergambaran ini ada pelbagai kisah yang ditontonkan yang menonjolkan watak-watak berbeza. Ada yang terpelajar namun terpaksa bekerja demi sesuap nasi. Ada ibu tunggal yang terpaksa menjadi pelakon tambahan demi menyara kehidupan dan keluarga. Moon digambarkan dalam cerita ini sebagai ibu tunggal yang terpaksa memilih pekerjaan ini demi mendapatkan wang untuk membiayai yuran kolej anaknya. Sengsara dan susah payah menjadi pelakon tambahan digambarkan dalam pelbagai aksi. Paling kasihan mereka sering menjadi tempat di mana pengurus produksi melepaskan amarah. Layanan kepada pelakon pembantu serta pelakon tambahan amat berbeza dengan pelakon utama.

Pelokon utama ditatang bagai minyak yang penuh. Bahkan mereka menjadi pujaan walau disiplinnya teruk. Bagi pelakon tambahan seperti Moon mendapat pelbagai watak tambahan dalam sinatron ini menjanjikan duit atau pendapatan yang lebih, Maka masing-masing akan berlumba-lumba menunjukkan kebolehan mereka berlakon. Bila jadi petani maka mereka masuk dalam ladang tebu. Bila jadi pak pacak maka jadilah mereka pak pacak. Pendek kata apa sahaja watak yang boleh ditempelkan maka itulah yang akan mereka lakukan. Moon terpilih menjadi watak jururawat, menjadi orang gaji. Ia dilihat kepada kesesuaian dan bergantug kepada pengurus produksi.

Dalam satu-satu babak ada digambarkan kecurian telefon, makanan yang disediakan tidak cukup, pengarah yang pentingkan diri, serta pembantunya yang suka mengampu pengarah dengan menyedapkan hati serta pelakon utama yang bodoh sombong. Kesukaran menlakonkan babak-babak penting, masalah cuaca, pelakon datang lambat dan kerenah yang pelbagai diselitkan juga dalam cerita ini.

Adegan yang paling memberi kesan bila pencarian untuk memegang watak peguam. Kebetulan orang yang menggalas watak tidak hadir maka pelokan tambahan diperlukan untuk mengambil tugas tersebut. Lalu semua diuji bakat untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris. Moon akhirnya terpilih. Maka jenuh juga Moon mengahafal skrip walau wataknya hanya dua minit sahaja. Digandingkan pula dengan pelakon veteran yang hebat dan ada bersama pelakon utama maka ia memberi keterujaan pada Moon. Lebih-lebih lagi watak tersebut akan menjadi plot penting dalam drama ini.

Drama yang mengisahkan percintaan terlarang antara dua darjat ini juga memperlihatkan betapa ada banyak perkara buruk yang dilakukan demi mencapai hajat. Moon sebelumnya menjadi watak tambahan yang dikurung di dalam guni, dipukul dan dihumban. Bahkan satu ketika dicucuh dengan api rokok. Moon terpaksa menahan kesakitan walau ia sekadar lakonan demi mendapat wang yang lebih. Setiap kali akan ada mesej dari anaknya yang menyatakan yuran perlu dibayar. Ia membawa tekanan pada Moon di lokasi pergambaran.

Watak Moon menjadi peguam amat mencabar padanya walau hanya dua minit. Masa latihan semuanya lancar, namun saat pergambaran Moon gagal membawa watak tersebut kerana lupa skrip disebabkan gugup dan takut dengan pengarah yang garang. dek gagal membawa lakonan tersebut Moon dimarahi pengarah, bahkan semua yang terlibat tidak terkecuali hingga Moon diganti dengan orang lain. Moon bukan hanya hilang duit yang dijanjikan tetapi paling parah emosi Moon tercalar kerana dihina dan dimaki. Kesedihan Moon bertambah bila beliau mengkhabarkan kepada rakan-rakan yang beliau akan muncul bersama pelakon terkenal.

Perjalan kisah sedih Moon tidak berakhir disitu. Bila sinetron ditayangkan semua mahu melihat wajah Moon dikaca TV. Namun ia tidak sebagaimana khabar. Moon diam tidak berkata apa-apa. Paling penting biar tercalar emosi dan sakit yang ditanggung tetapi beliau berjaya menbayar yuran pengajian anaknya.

Moral Cerita:

Moon dalam realiti sebenar adalah pemegang watak utama yang hebat. Pelakon ini amat menjiwai wataknya. Cerita yang sarat dengan mesej kehidupan ini boleh diangkat sebagai filem terbaik.

Disebalik cerita ini apa yang boleh disimpulkan bahawa dalam kehidupan individu ada watak-watak sampingan yang juga penting dimainkan oleh orang lain. Signifikannya orang-orang sekeliling kita dalam membantu kejayaan yang mahu digapai. Biar kecil dilihat sumbangannya namun tanpa peranan itu inidividu mungkin tidak atau lambat berjaya. Ramai kita lupa. Bahkan sering mendabik dada kejayaan adalah hasil diri sendiri semata-mata.
Tepuk dada tanya minda.

Wallahuaalam.

No comments:

Post a Comment