Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)
Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.
“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Tuesday, November 25, 2014
-VAKSIN HATI TONIK IMAN-
25 November 2014
02 Safar 1436 (Selasa)
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
ENAM WASIAT UMAR BIN AL-KHATTAB
Saiyidina Umar bin al-Khattab seorang yang sangat prihatin dan simpati terhadap umat Islam, dia tidak hanya mendambakan keselamatan hidup di dunia dan di akhirat bagi dirinya sendiri, tetapi juga bagi kaum Muslimin. Lalu, beliau meninggalkan enam wasiat kepada kaum muslimin.
"Ingatlah enam perkara ini dalam kehidupan kamu, supaya kamu beroleh keselamatan hidup, sama ada di dunia mahupun di akhirat.
1. Jikalau kamu menemukan aib yang ada dalam diri seseorang, maka galilah aib yang ada dalam diri kamu sendiri, kerana aib kamu belum tentu sedikit.
2. Jika kamu ingin memusuhi seseorang atau memesuhi sesuatu, maka musuhilah perut kamu, kerana tidak ada musuh yang lebih berbahaya bagi kamu selain perut kamu sendiri.
3. Jika kamu ingin memuji, pujilah Allah kerana tidak ada sesuatu yang lebih banyak memberi kepada kamu dan lebih santun serta lebih lembut kepada kamu selain Allah.
4. Jika ada yang ingin kamu tinggalkan, maka tinggalkanlah kesenangan dunia kerana menjaga jarak hati kamu daripada cinta kesenangan dunia akan membuat kamu menjadi manusia yang terpuji, sebaliknya jika kamu menggilai dunia, kamu akan menjadi manusia hina.
5. Jika kamu ingin bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati kerana bila kamu tidak menyiapkan bekalan untuk mati kamu akan menderita, rugi dan penuh penyesalan.
6. Jika kamu ingin mencari sesuatu, maka carilah akhirat kerana lamu tidak akan mendapatkannya kecuali dengan mencarinya.
Semoga Allah merahmati hidup kamu dengan menjalankan enam hal yang aku sampaikan tersebut."
(Siyar A'lam an-Nubala'. Karya Imam ad-Dzahabiy)
Wallahuaklam......
Mohon maaf dan teguran diatas kekurangan dan kesilapan.
Ikhlas & Rahmat Allah bersama kita.
Kongsikan dan sebarkan..sesungguhnya ianya ILMU ALLAH TAALA..
Dipanjangkan oleh :
al-Haqir al-Faqir ilallahi Taala
-UMaR Zunnun - 01119934141
https://www.facebook.com/AkuNakJadiPENDAKWAH?ref=bookmarks
Sent from my iPhone
No comments:
Post a Comment