Bismillah
Tiba-tiba terkenang kisah di universiti bila ada YB menteri meminta untuk masak di asrama. Zaman dulu-dulu saya memang ikat perut dengan bawa sambal bilis dan juga tumis budu. Ia tahan berbulan. Itulah bekal setiap semester, sekaligus menjimatkan belanja dan wang saku. Hanya perlu belli nasi dan sayur. Hasilnya duit biasiswa banyak terkumpul.
Harga barang dulu mungkin tak sama dengan harga barangan sekarang ini, namun strategi itu masih boleh diguna pakai. Jimat berbelanja perlukan disiplin diri kerana disekiling kita akan ada ancaman dan ujian. Contoh pada zaman saya dahulu boleh dikatakan semua rakan ada walkman. Saya? Oh tidak mungkin! Saya sayang duit ringgit untuk membeli perkara yang tidak berkait dengan pelajaran.
Manakan tidaknya, harga walkman dah berapa, apa lagi baterinya pula berapa harga? Sebulan mungkin dah cecah puluh ringgit. Maka saya berkata tidak pada walkman. Hidup saya tidak sunyipun. Apalagi saya suka menghabiskan masa di library. Paling busuk duit saya dibelanjakan untuk beli buku cerita, itu pun boleh ditukar-tukar. Dua minggu atau sebulan sekali saya akan ke Pasar Seni yang menyediakan konsep beli dan tukar.
Semua ini saya terapkan pada anak-anak saya. Bersederhana sahaja. Kata anak saya semua kawan-kawan dah pakai telefon canggih. Boleh ber FB dan lain-lain. Saya kata tak mengapa, handphone sekadar alat untuk berhubung, ia bukan hiburan. Saya boleh memberi nasihat sedemikian kerana saya mahu anak saya melalui perjalanan yang sama. Menempuh rasa sakit agar satu masa bila kita berdepan dengan kesakitan yang sebenar, kita sudah faham dan tahu apa itu sakit.
Jimat cermat perlu ada, ia boleh dilaksanakan dengan jayanya jika kita kreatif. Betul berjimat ada tempatnya. Jika dengan berjimat ada perkara yang kita dapat nikmati yango rang lain tidak boleh kecapi apa salahnya. Dengan keadaan negara sekarang berdepan inflasi, maka sudah tiba masa kita ubah cara hidup. Untuk ubah cara hidup maka ia perlu bermula dengan ubah cara berfikir dan cara kita melihat kepada kehidupan.
Wallahualam
No comments:
Post a Comment