Bismilah
Bulan ini dan bulan-bulan yang sebelumnya panas dengan isu-isu GST. Bahkan hari-hari terakhir bakal diimplementkan GST maka lebih banyak suara-suara bantahan oleh rakyat marhaen. Rata-rata tidak bersetuju kerana ia bakal menambah beban pada rakyat di saat negara berdepan dengan ekonomi yang tidak stabil dan nilai RM yang merudum.
Dek penangan GST maka ramai usahawan terpaksa melakukan persediaan, bahkan pengguna pula perlu berdepan dengan kenaikan harga barang. GST akan membawa kebaikan pada rakyat jika wang ringgit dibelanjakan dengan berhemah dan tidak berlaku rasuah serta ketirisan dalam apa jua perbelanjaan.
Hari ini GST akhirnya menjadi realiti. Maka apa yang perlu kita sebagai pengguna adalah menjadi pengguna yang bijak mengatur perbelanjaan. Bak kata sahabat saya seorang akauntan yang mempunyai firma yang besar mengatakan, salah satu cara untuk mengelakkan GST adalah mengurangkan perbelanjaan diluar. Jika mahu makan di luar cuba elakkan dengan memasak sendiiri di rumah.
Selain itu GST bakal mendidik ibu bapa supaya melatih anak-anak untuk berjimat cermat. Tahu membezakan keperluan dan kemahuan. Sama-sama kita menjadi warga yang dapat melaksanakan ekonomi rumahtangga yang cemerlang hasil jimat cermat dalam perbelanjaan.
No comments:
Post a Comment