Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)
Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.
“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Saturday, April 18, 2015
Keutamaan Malu
Sabda Rasulullah:
"Sesungguhnya ungkapan yang dikenali oleh orang-orang terdahulu, jika engkau tidak malu perbuatlah apa yang engkau" suka.
"Sifat malu sebahagian dari iman"
Menurut Imam Nawawi hadith yang ringkas namun ada banyak hikmah.
Kawalan berdasarkan pada agama iaitu mendorong melakukan perkara yang baik dan memberi amaran agar tidak menyalahi syariat.
Hadith ini juga menunjuk cara bagaimana Islam menanam perasaan malu pada individu agar dapat menjaga diri. Lunturnya sifat malu membawa kepada perkara yang mungkar.
Pemantapan sifat malu ini juga telah diajar oleh Nabi-Nabi sebelum Nabi Muhammad. Ia adakah kawalan yang jelas dalam menjaga akhlak dan etika.
Nabi sendiri menunjukkan contoh malu sebagaimana kata Anas " Nabi itu sangat pemalu.
Malu perlu menjadi perangsang kepada kebaikan yang boleh dilakukan oleh individu.
Malu ada dua iaitu secara fitrah dan dipelajari.
Dr Fauzi Deraman
Celik Ilmu
TV Hijrah
No comments:
Post a Comment