Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Sunday, May 24, 2015

Memohon Redha Allah

ومن يفعل ذلك ابتغاء مرضات الله فسوف نوءتيه اجرا عظيما {النساء ١١٤

Sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredhaan Allah, tentunya Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.


Israk Mikraj

Israk Mikraj

Ia adalah Rehlatun Rabbaniyyah رحلة ربانية
Daripada Allah, mengadap Allah di rumah Allah
من المسجد الحرام الي المسجد الاقصا

Di berkati Masjidil Aqsa kerana ramai nabi singgah dan diam di situ.

Ia berkat agamanya atau berkat perniagaan atau berkat kesuburan tanahnya.

Matlmat Isra' supaya kami perlihatkan kepadanya tanda-tanda kekuasaan kami untuk kami perlihatkan.

Tasliyah, iaitu apabila Rasulullah berduka maka Allah gantikan musafir kepada Allah melalui peristiwa Israk Mikraj. Ia peristiwa dahulu dan akan datang.

Apabila kita sedar dan faham bahawa dunia ini sejuzuk sahaja, sebentar masanya. Ia transit menuju akhirat. Oleh itu isi dunia dengan sebanyak amalan.

Allah menyebut  لنيره من اياتنا
Ia menyatakan bahawa sesungguhnya Allah menunjukkan kekuasaan Allah swt.

Cinta Ilmu 
TV Hijrah


Wednesday, May 13, 2015

KESEIMBANGAN KEHIDUPAN


Kelmarin berkongsi dengan sahabat Dr Zanariah Ismail tentang '#workfamilyconflict'. Berada dalam bidang yang sama menyebabkan kami sering mencari solusi terkini. Ia juga sebagai satu penyediaan untuk penulisan.

Realtinya sebagai ibu yang bekerja sudah pasti kami juga berdepan dengan perkara yang sama bagi mencapa '#worklifebalance'

Menurut Dr Zanariah, untuk seimbangkan keduanya amat sukar namun setiap individu boleh menggunakan konsep terkini iaitu '#workfamilyintegration'.

Apa dan bagaimana caranya?

=======

Mode: Memerah idea baru untuk menyediakan slide WLB memerlukan lebih banyak pembacaan. Ada ketika terlalu banyak teori yang dikemukan. Namun penyelesaian dari perspektif Islam, bagi mencapai keseimbangan hidup perlu ada peruntukan masa untuk ibadat terutama solat. Maka pastinya Allah akan permudahkan urusan

Tuesday, May 12, 2015

How to achieve the work life balance

How to achieve the work life balance

~Dream
~Be selfish yourself first
~Focus on whatever you are doing
~Be organized
~Make list
~Prioritize
~Dont procrastinate
~Be flexible
~Dont be a slave to your email or phone calls
~Know your weakness and strenghts
~Be forgiving esp your self
~Set boundaries and learn to say no

--------------
Personal relationship
Team
Selfcare

Resepi Baked Potato

Resepi Kentang Cheese

Bahan A :Kentang lenyek dan marjerin

Bahan B (untuk di goreng):
Bawang besar
Kulat
Cheese ( masukkan garam dan black pepper)

Bakar sekejap kentang menjadi separa masak, keluarkan isi dan lenyek.

Setelah bahan B telah masak, campurkan dengan bahan A. Kacau hingga sekata masukkan dalam ubi kentang yang telah di keluarkan isinya.

Letak sampai penuh, letakkan daging salai, letakkan mozarela cheese. Bakar selama 20 minit.
204 darjah C.

Selamat mencuba

Peringatan diusia 40an

Peringatan diusia 40an

Ramai tidak sedar dalam Al Quran ada menyentuh tentang usia 40an

حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ (١٥) الاحقاف

Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa: "Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim."

Al Ahqaf: 15

وفى تفسير ابن كثير: وهذا فيه إرشاد لمن بلغ الأربعين أن يجدد التوبة والإنابة إلى الله - عز وجل - ويعزم عليها.

Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah 'Azza wa Jalla dengan bersungguh-sungguh.

Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya.

Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Doa yang menggambarkan jiwa yang bersyukur dalam menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal, yang telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah Ta'ala.

Dalam ayat yang lain.....

أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ (٣٧)

Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan?

Al Fathir: 37

عن مجاهد قال : سمعت ابن عباس يقول : العمر الذي أعذر الله إلى ابن آدم : ( أولم نعمركم ما يتذكر فيه من تذكر ) أربعون سنة .
Mujahid berkata, aku mendengar daripada Ibnu Abbas berkata :

" Usia yang Allah beri peringatan kepada anak Adam dengan

( أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ ) ialah 40 tahun.

عن مسروق أنه كان يقول : إذا بلغ أحدكم أربعين سنة ، فليأخذ حذره من الله عز وجل .

Masruq berkata :

" Apabila seorang kamu berumur 40 tahun, maka ambillah peringatan daripada Allah Azza wa Jalla ".

Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi SAW seperti yang disebut oleh Ibn 'Abbas:

عن ابن عباس قال أنزل على رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو ابن أربعين فأقام بمكة ثلاث عشرة وبالمدينة عشرا وتوفي وهو ابن ثلاث وستين قال أبو عيسى هذا حديث حسن صحيح

"Diturunkan wahyu Rasulullah SAW pada usianya 40 tahun, lalu baginda tinggal di Makkah 13 tahun dan di Madinah 10 tahun, dan wafat pada usianya 63 tahun".

HR Tirmizi
Ibnu Abbas RA dalam suatu riwayat berkata:

من أتى عليه أربعون سنة ولم يغلب خيره شره فليتجهز إلى النار

"Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dapat mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka."

Imam asy-Syafi'i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, "Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir.

( قيل للشافعي - رحمه الله - : ما لَكَ تُكثر من إمساك العصا وأنت لست بضعيف ؟ قال : لأتذكر أني مسافر )

Justeru...apa yang perlu dilakukan menjelang usia 40 tahun...

1. Meneguhkan tujuan hidup
2. Meningkatkan kekuatan ruhiyyah
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga istiqamah dalam ibadah dan perjuangan.

Sedikit tazkirah... Khas utk kita yg ke arah, di alam, di hujung dan telah melewati 40an.

Dipetik dari perkongsian group WA.

Wednesday, May 6, 2015

How to achieve the work life balance

How to achieve the work life balance

~Dream
~Be selfish yourself first
~Focus on whatever you are doing
~Be organized
~Make list
~Prioritize
~Dont procrastinate
~Be flexible
~Dont be a slave to your email or phone calls
~Know your weakness and strenghts
~Be forgiving esp your self
~Set boundaries and learn to say no


Personal relationship
Team
Selfcare
 

Nikmat Syurga

Nikmat Syurga

Maksud hadith:
Kunci solat adalah wudhuk, kunci syurga adalah solat.- (Hadith Riwayat Abu Daud Al Thoyalisi)

+Kunci syurga adalah syahadah.

+Kunci syurga adalah iman, dan gerigi kunci itu adalah amalan baik

At Tabrani menyatakan, malaikat maut mendatangi seorang, apabila dilihat tiada kebaikan pun, bila dilihat hatinya pun tiada amalan, bila dilihat pada lidahnya ada sebutan لا اله الا الله maka dia dimasukkan ke syurga.

Apakah bentuk nikmat dalM syurga yang luar dari kebiasaan?

Sesungguhnya telah berjaya orang yang beriman ( Al Mukminun:1)

Syurga adalah tempat bagi raja-raja. Mereka ini adalah orang yang beriman

Hadith riwayat Anas: Allah taala berkata berhiaslah kamu....

At Tarmizi siapa yang membunuh seorang yang dijamin oleh Allah dan rasul maka orang yang membunuhnya tidak akan mencium bau syurga.

Ustaz Badli Shah Alauddin
Cinta Ilmu Akidah & Falsafah
TV Hijrah

Tuesday, May 5, 2015

Tip Mengekalkan Pelanggan

Bismillah,

Teori BMC .menggunakan 3 perkataan bagi menjelaskan bagaimana mengembangkan bisnes iaitu GET - KEEP- GROW. Ia bermaksud dapatkan pelanggan, mengekalkan pelanggan sedia ada dan menambahkan lagi bilangan pelanggan.

Ramai yang berbisnes sentiasa mengadu susah untuk mendapatkan pelanggan. Bahkan ia sekaligus menyebabkan mereka merasa sangat penat bebrisnes. Ini kerana mereka sentiasa terpaksa mencari pelanggan yang baru. Persoalan di sini, bagaimana bisnes mahu berkembang?

Jawapan mudah adalah selain sentiasa bekerja mendapatkan pelanggan baru, kita perlu mengekalkan pelanggan sedia ada. Oleh itu di sini menjaga hubungan dengan pelanggan adalah penting. Sebagai contoh dalam konteks menjaga hubungan pelanggan adalah dalam berjual beli.

Apabila berbisnes pastinya kita mahukan keuntungan. Namun kita boleh pastikan berapa banyak keuntugan yang kita mahu. Adakah kita boleh bertolak ansur bila pelanggan menawarkan harga? Atau kita berpegang pada prinsip tiada negosiasi untuk sebarang penawaran harga.

Pelanggan adakala terpikat bukan dengan produk yang dijual tetapi adakalanya kerana cara kita berkomunikasi dan bertoleransi dalam jual beli tersebut. Sahabat Rasulullah, Abdul Rahman bin Auf berpegang pada prinsip, untung walau sedikit. Maka kita boleh menurunkan harga jika ia masih berpatutan.

Jika pelanggan yang membeli mungkin ia hanya sekali sahaja membeli kerana mereka merasakan tiada pilihan atau penjual dirasakan sebagai amat berkira. Oleh itu dalam mengendalikan kehendak pelanggan pastikan agar pelanggan akan kembali semula berurusan dengan kita. Jangan berkira dan pandai-pandailah mengambil hati pelanggan. 

Sunday, May 3, 2015

Resipi Kehidupan



Bismillah,
Bila anak-anak semakin menginjak ke alam dewasa, semakin banyak yang mahu dikongsi. Bahkan terasa seperti tidak cukup masa bersama. Apalagi bila mereka tidak selalu ada di rumah, kerana belajar dan tinggal di asrama. Maka masa yang ada bersama sangat berharga.
Peluang ini adalah masa terbaik untuk menyampaikan nasihat dan motivasi bagi anak-anak. Nasihat ini pastinya bukan dalam bentuk leteran. Ia boleh diadun dalam perbualan seharian. Semuanya boleh dijelaskan dengan hikmah. 
Kadangkala nasihat berguna hadir dalam bentuk penceritaan atau saat kesilapan telah berlaku.Ia pastinya melekat dihati dan jiwa bila tiada adunan kemarahan.
Aktiviti memasak contohnya adalah satu cara berkongsi resipi kehidupan bersama anak-anak. Peluang ini boleh digunakan untuk bukan sahaja berkongsi resipi masakan bahkan ia masa untuk berkongsi resepi kehidupan.
Pengalaman yang dilalui adalah resipi terbaik kehidupan yang boleh dikongsikan agar menjadi suri teladan. 

Jalan Manuju Syurga

Jalan Menuju Syurga

Rindu terhadap syurga yang mendorong untuk menempatkan diri di syurga

Pesan Rasulullah: "Sesiapa yang baca ayat Kursi selepas solat fardhu tiada sebab yang menghalangnya melainkan mati".

Sesiapa yang membeli telaga dan di sedekahkan kepada orang ramai, maka kata Nabi, beliau akan memperoleh syurga.

Sesiapa yang membeli tanah berhampiran Masjid Nabawi, maka akan menperoleh syurga. Maka Saidina Uthman yang membelinya. Sekarang ini ia menjadi masjid.

Maka usahakan diri untuk banyak menyumbang ke jalan Allah. Selain memohon untuk ke syurga kita juga perlu berdoa agar dijauhkan dari neraka.

Semoga kita semua menjadi calon ahli syurga. Ameen.

Cinta Ilmu
TV Hijrah