Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Sunday, May 24, 2015

Israk Mikraj

Israk Mikraj

Ia adalah Rehlatun Rabbaniyyah رحلة ربانية
Daripada Allah, mengadap Allah di rumah Allah
من المسجد الحرام الي المسجد الاقصا

Di berkati Masjidil Aqsa kerana ramai nabi singgah dan diam di situ.

Ia berkat agamanya atau berkat perniagaan atau berkat kesuburan tanahnya.

Matlmat Isra' supaya kami perlihatkan kepadanya tanda-tanda kekuasaan kami untuk kami perlihatkan.

Tasliyah, iaitu apabila Rasulullah berduka maka Allah gantikan musafir kepada Allah melalui peristiwa Israk Mikraj. Ia peristiwa dahulu dan akan datang.

Apabila kita sedar dan faham bahawa dunia ini sejuzuk sahaja, sebentar masanya. Ia transit menuju akhirat. Oleh itu isi dunia dengan sebanyak amalan.

Allah menyebut  لنيره من اياتنا
Ia menyatakan bahawa sesungguhnya Allah menunjukkan kekuasaan Allah swt.

Cinta Ilmu 
TV Hijrah


No comments:

Post a Comment