Teori BMC .menggunakan 3 perkataan bagi menjelaskan bagaimana mengembangkan bisnes iaitu GET - KEEP- GROW. Ia bermaksud dapatkan pelanggan, mengekalkan pelanggan sedia ada dan menambahkan lagi bilangan pelanggan.
Ramai yang berbisnes sentiasa mengadu susah untuk mendapatkan pelanggan. Bahkan ia sekaligus menyebabkan mereka merasa sangat penat bebrisnes. Ini kerana mereka sentiasa terpaksa mencari pelanggan yang baru. Persoalan di sini, bagaimana bisnes mahu berkembang?
Jawapan mudah adalah selain sentiasa bekerja mendapatkan pelanggan baru, kita perlu mengekalkan pelanggan sedia ada. Oleh itu di sini menjaga hubungan dengan pelanggan adalah penting. Sebagai contoh dalam konteks menjaga hubungan pelanggan adalah dalam berjual beli.
Apabila berbisnes pastinya kita mahukan keuntungan. Namun kita boleh pastikan berapa banyak keuntugan yang kita mahu. Adakah kita boleh bertolak ansur bila pelanggan menawarkan harga? Atau kita berpegang pada prinsip tiada negosiasi untuk sebarang penawaran harga.
Pelanggan adakala terpikat bukan dengan produk yang dijual tetapi adakalanya kerana cara kita berkomunikasi dan bertoleransi dalam jual beli tersebut. Sahabat Rasulullah, Abdul Rahman bin Auf berpegang pada prinsip, untung walau sedikit. Maka kita boleh menurunkan harga jika ia masih berpatutan.
Jika pelanggan yang membeli mungkin ia hanya sekali sahaja membeli kerana mereka merasakan tiada pilihan atau penjual dirasakan sebagai amat berkira. Oleh itu dalam mengendalikan kehendak pelanggan pastikan agar pelanggan akan kembali semula berurusan dengan kita. Jangan berkira dan pandai-pandailah mengambil hati pelanggan.
No comments:
Post a Comment