Bismillah,
Bila anak-anak semakin menginjak ke alam dewasa, semakin banyak yang mahu dikongsi. Bahkan terasa seperti tidak cukup masa bersama. Apalagi bila mereka tidak selalu ada di rumah, kerana belajar dan tinggal di asrama. Maka masa yang ada bersama sangat berharga.
Peluang ini adalah masa terbaik untuk menyampaikan nasihat dan motivasi bagi anak-anak. Nasihat ini pastinya bukan dalam bentuk leteran. Ia boleh diadun dalam perbualan seharian. Semuanya boleh dijelaskan dengan hikmah.
Kadangkala nasihat berguna hadir dalam bentuk penceritaan atau saat kesilapan telah berlaku.Ia pastinya melekat dihati dan jiwa bila tiada adunan kemarahan.
Aktiviti memasak contohnya adalah satu cara berkongsi resipi kehidupan bersama anak-anak. Peluang ini boleh digunakan untuk bukan sahaja berkongsi resipi masakan bahkan ia masa untuk berkongsi resepi kehidupan.
Pengalaman yang dilalui adalah resipi terbaik kehidupan yang boleh dikongsikan agar menjadi suri teladan.
No comments:
Post a Comment