Bismillah,
Alhamdulillah, Allah Azzawajalla masih memberikan peluang untuk bernafas dan menjalani kehidupan di dunia ini. Realtinya setiapkali tiba hari kelahiran ia menandakan masa kematian kita semakin hampir.
Tiada yang merisaukan melainkan terfikir betapa masa yang telah berlalu sepanjang usia, berapa banyak dosa yang sengaja dan tidak sengaja dilakukan. Adakah amalan cukup sempurna dan bakal diterima Allah.
Hari kelahiran adalah hari di mana diri perlu membuat muhasabah diri. Memikirkan hala tuju hidup kita ke mana selepas ini agar ia tidak tersasar dari syariat Allah. Memastikan kita sentiasa mengamalkan amal makruf nahi mungkar.
Selagi ada hayat berbaki tiada yang mahu dilunasi melainkan mencari redha Ilahi. Moga hari mendatang diri menjadi hamba yang lebih baik dari semalam. Impian dan yang mahu agar tercapai. Ameen
No comments:
Post a Comment