Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Tuesday, September 27, 2016

SUMBER KEBAHAGIAAN

SUMBER KEBAHAGIAAN

Syaikh Abdul Maani' al-'Ajmi berpesan:

‏أسعد الأخرين ستكون أسعد الناس

Engkau bahagiakanlah orang-orang lain, nescaya engkau akan menjadi manusia yang paling bahagia

‎كلما أدخلت الفرح والسرور على قلوب الأخرين
‎‏سيجد السعادة والفرح في قلبك

Setiap kali engkau menyuntik kebahagiaan & kesenangan di dalam hati orang lain, engkau akan mendapati kebahagian dan kesenangan di dalam hatimu

‎‏السعادة والفرح لا تشترى بالمال
‎‏بل بالأفعال

Kebahagiaan dan kesenangan tak akan mampu diberi dengan harta, malah ia dibeli dengan usaha-usaha (kebaikan, ketaatan, dll).

Petikan dari NotaBroSyarief

Wednesday, September 21, 2016

Kenali Tahap Usahawan

Kenali Tahap Usahawan

Tahap 0 - USAHAWAN BERKULI (Pekerja)

Ini adalah tahap permulaan bagi kebanyakkan usahawan. Dalam kategori ini kita ini berkuli dengan mindset mahu kumpul skil dan pengalaman bagi membuka bisnes.

Tahap 1 - Usahawan PERSENDIRIAN (Bekerja Sendiri)

Ini adalah tahap pertama, ketika kita membuka perniagaan atas sebab tidak mahu terkongkong, mahu buat cara kita sendiri atau mahu membuktikan sesuatu.

Usahawan di tahap ini selalunya masih kerja seorangan. Semua perkara dibuat sendiri. Bayar gaji untuk diri sendiri.

Pada tahap ini, tumpuan diberikan kepada melengkapkan pusingan jualan bisnes dan stabilkan pendapatan.

Tahap 2 - Usahawan PENGURUS

Tahap ini, usahawan sudah ada pekerja yang di bayar gaji. Pada tahap ini usahawan perlukan skil untuk menguruskan manusia. Perlu ada jiwa membantu orang lain berjaya. Perlu ada ilmu membahagikan tugasan.

Usahawan tahap ini sibuk membetulkan sistem operasi syarikat supaya pusingannya lancar dan boleh diautomasi.

Usahawan yang mengatakan mereka susah mencari pekerja yang bagus selalunya tidak boleh beralih kepada tahap seterusnya.

TAHAP 3 : USAHAWAN "TOKEY" (Pemilik Bisnes Sejati)

Tahap ini adalah tahap pertama yang mana usahawan mula mempunyai lebihan masa. Pada tahap 1, usahawan sibuk dengan urusan buat duit, tahap 2 usahawan sibuk dengan urusan menguruskan pasukan untuk buat duit, iaitu membina sistem.

Pada tahap ini, kita menjadi pemilik bisnes yang memerhati sistem yang berjalan sendiri yang kita bina pada tahap 2. Pada tahap ini, kita sudah mempunyai pasukan yang lengkap. Kita menurunkan kuasa kita kepada pengurus yang boleh dipercayai.

Kita boleh tinggalkan bisnes kita sekali sekala dan melihat peluang-peluang lain. Selalunya pada tahap inilah kita membuka bisnes baru.

Kesibukan kita ketika ini adalah memastikan cash flow kita stabil dan meningkat. Kita mahu simpan sebanyak mungkin tunai bagi persediaan memasuki tahap seterusnya.

Fokus kita pada tahap ini, bukan kepada sasaran jualan dan untung syarikat, tetapi untung bersih yang masuk ke akaun peribadi kita.

Inilah tahapnya kita menjadi BOSS. Sebelum ini, kitalah BOSS kitalah juga kuli.

Tahap 4 : USAHAWAN "PELABUR"

Usahawan yang telah sampai ke tahap ini, kini mempunyai kekuatan pendapatan tunai pasif yang stabil dan mempunyai lebihan wang untuk dileburkan. Kita namakan wang kopi. Iaitu wang yang kita tidak perlukan untuk keperluan seharian.

Usahawan pada tahap ini, akan mula membina atau membeli syarikat-syarikat, melabur dalam bentuk JV bagi mendapatkan keuntungan tambahan 'leverage'.

Usahawan tahap ini mempunyai skil secara natural menilai bisnes yang baik. Usahawan ini boleh membeli bisnes yang kurang elok, perbaiki dan mula buat untung. Ia umpama membeli rumah pada harga murah, baiki, refurbish dan sewakan dengan harga tinggi. Kita boleh namakan ia sebagai Doktor Bisnes yang tahu membaiki bisnes.

Semua ini dapat dilaksanakan kerana usahawan tahap ini telah mempunyai pasukan dan SOP yang telah dibuktikan berjaya dalam tahap ke 3 sebelum ini.

Pada tahap ini, fokus usahawan pelabur adalah membina saluran income pasif yang lebih banyak daripada semua resources yang ada seperti duit simpanan, pasukan, alat kerja dan network. Ini dinamakan 'leverage' dan selalunya syarikat usahawan ini dalam bentuk kumpulan yang mempunyai banyak anak syarikat.

Pada tahap ini gelaran kita adalah Chairman atau Penegerusi dalam syarikat induk yang mempunyai beberapa anak syarikat.

TAHAP 5 : USAHAWAN SEBENAR

Pada tahap ini, usahawan ini akan sudah tidak membeli tetapi mereka mencipta peluang untuk dibeli oleh usahawan lain terutama 'usahawan pelabur'.

Segala usaha kita pada ketika ini adalah dengan menggunakan duit orang, skil orang dan masa orang lain. Kita mempunyai pasukan yang mempunyai skil membina syarikat untuk dijual berkali-kali.

Kita membina syarikat untuk IPO dan orang lain yang membeli saham kita. Kita yang membina hartanah untuk dijual. Usahawan mencipta peluang pelaburan untuk orang lain.

Usahawan pada tahap 5 ini adalah usahawan yang mencipta trend dan boleh mempengaruhi pasaran.

Semoga tulisan saya ini sedikit sebanyak memberikan kita penilaian terhadap tahap dimana kita berada dalam bisnes, maka mudahlah kita meletakkan sasaran dengan jelas. Ada banyak lagi penambahan kepada artikel ini, InshaAllah saya akan kongsikan sedikit demi sedikit.

Tahap manakah kita dan kemana kita selepas ini?

Dipetik dari FB

Cute Letter from a newly married girl to her mother

Cute Letter from a newly married girl to her mother

Dear mom,

Like every normal girl, I was excited about marriage right from my childhood days. I never thought beyond the time that I would spend happily with my prince charming.

But today when I am married, I realize that marriage is not all roses. It's not just about being with your beloved and having a gala time. There is so much more to it. It comes with its own share of responsibilities, duties, sacrifices and compromises.

I can't wake up anytime I want to.
I am expected to be up and ready before everyone else in the family.
I can't laze around in my pyjamas throughout the day.
I am expected to be presentable every time.
I can't just go out anytime I want to.
I am expected to be sensitive to the needs of the family.
I just can't hit the bed anytime I want to.
I am expected to be active and around the family.
I can't expect to be treated like a princess but am supposed to take care of everyone else in the family.

And then I think to myself, 'why did I get married at all?' I was happier with you, mom. Sometimes I think of coming back to you and getting pampered again.

I want to come home to my favourite food cooked by you every evening after a nice outing with friends. I want to sleep on your laps like I have no worry in this world. But then I suddenly realize, had you not got married and made such sacrifices in your life, I wouldn't have had so many wonderful memories to hang on to. And suddenly, the purpose of all this becomes clear- to return the same comfort, peace and happiness to my new family that I got from you.

And I am sure that as time would pass, I would start loving this life equally as you do. Thank you mom for all the sacrifices and compromises you made. They give me the strength to do the same. Love you.

It's an excellent article for all daughters

Do not forget to Share with ladies... respect all ladies and girls beside u as they make the world beautiful for u to live in.

Daughters are like music in the house..

When she speaks,
Speaks without a break
& everyone says,
"Be quiet for a while "
When she is silent,
mother says,
" Are you sick"

Father says,
"Why there is no noise in the house"

and when she is married, all says,
"We feel as there's no light in the house"

She is the real non stop music..

Dedicated to emotional, cute, pretty, sweet & sincere girls

That's You..
That's a Girl,..

Share with ur mother, father, sister wife daughter & last but not the least all your friends who are girls
👏👏

Saturday, September 10, 2016

IHFAZILLAH YAHFAZKA

IHFAZILLAH YAHFAZKA

*GALAKAN BERPUASA 'ARAFAH (9 ZULHIJJAH)*
BAGI MEREKA YANG TIDAK BERHAJI


Dari Abu Qatadah, dia berkata bahwa Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam telah bersabda:

صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِى قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِى بَعْدَهُ

_Maksudnya: "Berpuasa pada hari 'Arafah aku berharap agar Allah menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang."_
HR. Muslim (1162)

Imam al-Nawawi rahimahullah berkata:
"Adapun hukum puasa pada hari 'Arafah menurut Imam al-Syafi'ie dan ulama Syafi'ieyah bahawa *disunatkan puasa 'Arafah bagi yang tidak berwuquf di 'Arafah*. Adapun orang yang sedang berhaji dan saat itu berada di 'Arafah, menurut Imam al-Syafi'ie secara ringkas dan ini juga menurut ulama Syafi'ieyah bahwa disunatkan bagi mereka untuk tidak berpuasa karena adanya hadis dari Ummul Fadhl." Lihat al-Majmu' (6/428).

عَنْ أُمِّ الْفَضْلِ بِنْتِ الْحَارِثِ أَنَّ نَاسًا تَمَارَوْا عِنْدَهَا يَوْمَ عَرَفَةَ فِي صَوْمِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ بَعْضُهُمْ هُوَ صَائِمٌ وَقَالَ بَعْضُهُمْ لَيْسَ بِصَائِمٍ فَأَرْسَلَتْ إِلَيْهِ بِقَدَحِ لَبَنٍ وَهُوَ وَاقِفٌ عَلَى بَعِيرِهِ فَشَرِبَهُ

Maksudnya: _"Dari Ummul Fadhl binti Al Harith, bahwa orang ramai berbantahan di di sisinya pada hari Arafah berkenaan puasa Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam. Sebahagian mereka mengatakan, 'Baginda berpuasa.' Sebagian lainnya mengatakan, 'Baginda tidak berpuasa.' Maka Ummul Fadhl mengirimkan semangkuk susu kepada beliau, ketika Baginda sedang berhenti di atas unta Baginda, maka Baginda meminumnya."_ HR. Bukhari ( 1988) dan Muslim (1123).


Sent from my iPhone

KENAPA ALLAH TAK JAWAB DOA SAYA?

KENAPA ALLAH TAK JAWAB DOA SAYA?

#NotaTerjemahanBroSyarief

Abu Hurayrah radhiyalLaahu 'anhu meriwayatkan bahawa RasululLah sallalLaahu 'alaihi wa sallam bersabda:

‎ مَا مِنْ رَجُلٍ يَدْعُو اللَّهَ بِدُعَاءٍ إِلَّا اسْتُجِيبَ لَهُ

Tidaklah seseorang yang berdoa kepada Allah dengan satu doa, kecuali ia akan dijawab untuknya..

‎فَإِمَّا أَنْ يُعَجَّلَ لَهُ فِي الدُّنْيَا

Sama ada (1) Disegerakan (dijawab doa itu) untuknya di dunia,

‎وَإِمَّا أَنْ يُدَّخَرَ لَهُ فِي الْآخِرَةِ

Atau, (2) disimpankan untuknya di akhirat (kelak),

‎وَإِمَّا أَنْ يُكَفَّرَ عَنْهُ مِنْ ذُنُوبِهِ بِقَدْرِ مَا دَعَا

Atau (3) dihapuskan darinya dosa-dosanya mengikut kadar doanya

‎مَا لَمْ يَدْعُ بِإِثْمٍ أَوْ قَطِيعَةِ رَحِمٍ أَوْ يَسْتَعْجِلْ

(Dengan syarat) Selama mana dia tidak berdoa (1) perkara yang membawa dosa, atau (2) perkara yang memutuskan silatur rahim, atau (dia tidak) (3) tergesa-gesa

‎قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَكَيْفَ يَسْتَعْجِلُ

Para sahabat pun bertanya: Wahai RasululLah, bagaimana seseorang itu boleh tergesa-gesa (dalam berdoa)?

‎قَالَ يَقُولُ دَعَوْتُ رَبِّي فَمَا اسْتَجَابَ لِي

Nabi menjawab: (Apabila) Dia mengatakan: Aku telah berdoa kepada Tuhanku, tetapi Dia tidak menjawab (doaku) untukku.

[HR at-Tirmizi. al-Albani: Sahih]

Syaikh al-Mubarakfuri (w.1353H) menyebutkan berkaitan maksud tergesa-gesa dalam hadits di atas:

‎هُوَ إِمَّا اسْتِبْطَاءٌ أَوْ إِظْهَارُ يَأْسٍ وَكِلَاهُمَا مَذْمُومٌ ،

Maksudnya, sama ada kerana dia merasakan lewatnya (doa itu dijawab) atau dia melahirkan rasa putus asa (kerana doa tidak dijawab), maka kedua-dua itu adalah (sikap yang) dicela.

‎أَمَّا الْأَوَّلُ فَلِأَنَّ الْإِجَابَةَ لَهَا وَقْتٌ مُعَيَّنٌ

Adapun untuk keadaan pertama (di mana dia merasakan lewatnya jawapan), maka ianya adalah kerana jawapan (bagi doa) mempunyai sela masa tertentu (mengikut kehendakNya)

‎كَمَا وَرَدَ أَنَّ بَيْنَ دُعَاءِ مُوسَى وَهَارُونَ عَلَى فِرْعَوْنَ وَبَيْنَ الْإِجَابَةِ أَرْبَعِينَ سَنَةً ،

Seperti mana apa yang berlaku di antara (waktu) doa Musa dan Harun kepada Fir'aun dan (waktu) ianya dijawab adalah selama 40 tahun

‎وَأَمَّا الْقُنُوطُ فَلَا يَيْئَسُ مِنْ رَوْحِ اللَّهِ إِلَّا الْقَوْمُ الْكَافِرُونَ

Adapun (isu) putus asa, maka seseorang tidak sepatutnya berputus asa dari mengharapkan Allah, kecuali kaum yang kufur.

Kemudian beliau rahimahulLah menyambung,

‎أَنَّ الْإِجَابَةَ عَلَى أَنْوَاعٍ

Cara Allah menjawab doa ada beberapa keadaan, (antaranya):

‎مِنْهَا تَحْصِيلُ عَيْنِ الْمَطْلُوبِ فِي الْوَقْتِ الْمَطْلُوبِ ،

(1) Mendapatkan seperti apa yang diminta pada waktu yang diinginkan, atau

‎وَمِنْهَا وُجُودُهُ فِي وَقْتٍ آخَرَ لِحِكْمَةٍ اقْتَضَتْ تَأْخِيرَهُ ،

(2) Mendapatkannya pada waktu lain kerana sesuatu hikmah yang menyebabkan ianya dilewatkan, atau

‎وَمِنْهَا دَفْعُ شَرٍّ بَدَلَهُ أَوْ إِعْطَاءُ خَيْرٍ آخَرَ خَيْرٍ مِنْ مَطْلُوبِهِ

(3) Menolak keburukan yang digantikan dari doa itu, atau pemberian kebaikan lain yang lebih baik dari apa yang diminta, atau

‎وَمِنْهَا ادِّخَارُهُ لِيَوْمٍ يَكُونُ أَحْوَجَ إِلَى ثَوَابِهِ ،

(4) Disimpankan ia untuk hari yang mana dia akan lebih memerlukan kepada ganjaran dari doa tersebut, atau

‎وَمِنْهَا تَكْفِيرُ الذُّنُوبِ بِقَدْرِ مَا دَعَا .

(5) Terhapusnya dosa-dosa mengikut kadar apa yang diminta

[Tuhfatul-Ahwazi]
___
#BroSyariefShares
#JanganBerhentiBerdoa
#BeradabMemintaKepadaAllah


Sent from my iPhone