Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)
Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.
“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Wednesday, January 17, 2018
10 TIPS KUKUHKAN PERSONAL BRANDING DI FACEBOOK
1. Bagi bisnes permulaan atau bisnes kecil, garisan pemisah antara Facebook peribadi dan bisnes adalah kabur. Suka atau tidak, orang akan kaitkan peribadi kita dengan bisnes kita. Sentiasa berhati-hati menulis di Facebook.
2. Apabila kita menonton tv, kita adalah penonton. Orang lain jadi produser kandungan. Di media sosial, kita bukan sekadar pembaca tetapi juga produser. Sentiasa berhati-hati dengan kandungan yang kita siarkan; sama ada di wall kita atau komen di wall orang lain.
3. Tentukan bagaimanakah kita mahu orang lain "melihat" kita dan fokus kepada posting yang membentuk persepsi sedemikian.
4. Sekiranya kita mahu memposisikan diri sebagai selebriti, silakan buat live setiap pergerakan kerana peminat nak tahu apa yang kita buat sepanjang masa. Melainkan kita selebriti, fokus kepada membina persepsi yang berikan nilai tambah (value add) kepada pembaca.
5. Berusaha ramalkan reaksi orang lain sebelum membuat posting. Sekiranya kita menjangkakan ia bakal menimbulkan polemik yang merosakkan personal branding kita, elakkan.
6. Sekiranya kita mahu menulis atau upload gambar peribadi (termasuk keluarga), pastikan ia memberikan nilai positif tertentu kepada pembaca.
7. Kawal komen di wall anda. Raikan perbezaan pendapat. Bagaimanapun sekiranya ada orang yang akan menulis negatif atau menyerang sahabat Facebook lain setiap kali dia komen di wall anda, unfriend dia. Kalau perlu, block - tanpa rasa bersalah.
8. Sekiranya anda berada di kedudukan kuasa, berhati-hati dengan orang yang mengipas kerana ada kepentingan. Usah seronok beri respond kepada pujian melampau. Perbuatan itu mencerminkan kerendahan peribadi kita.
9. Untuk dilihat "besar," elakkan upload gambar yang menjadikan kita kecil. Contoh: upload gambar katil hotel mewah yang disediakan untuk kita (kalau kita selebriti, boleh), "layanan VIP" atau gambar berdiri di sebelah "orang besar" sedang makan.
10. Ada masa, tidak menulis itu lebih baik dari menulis. Sekiranya anda tidak ada sesuatu yang bermanfaat dan boleh mengukuhkan personal branding, elok diam. Diam pun boleh mengukuhkan personal branding!
Sent from my iPhone
No comments:
Post a Comment