Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Friday, January 12, 2018

Duit Basah

Cuak 

Masa cuti dan anak-anak semua ada di rumah, tugas wajib Ummi adalah memasak.
Perkara yang paling tidak digemari adalah bila perlu ke pasar.Ini rutin Enche Suami biasanya👍
Pasar tani atau pasar malam dua bulan sekali pun belum tentu saya pergi, saya rimas bila orang ramai.
Ada ke orang yang macam saya?Bila pergi saya akan beli apa yang patut dan terus balik. Untuk berjalan melihat-lihat jauh sekali😎.
Malangnya hari ni orang tu kena gout, kaki bengkak sukar berjalan. Maka dengan berat hati terpaksa Ummi ke pasar😅
Tidak banyak yang dibeli hari ini sebenarnya, sekadar membeli mana yang tiada untuk dimasak😌.
Selesai membeli barang basah, saya singgah beli bawang dan ubi kentang. Saya tengok kalut si suami melayan pelanggan. Saya tengok isteri beliau sedang berhenfon😶
Tidak mahu menunggu lama saya ke tempat beliau dan hulurka bakul. Bila dimaklumkan harga saya lalu hulurkan note rm50.
“Ada duit lain tak? Duit ni basah”. Tanya peniaga tersebut.
“ Ma sya Allah saya tak bawa purse, itu je duit baki yang ada. Duit tu yang niaga ikan tu berikan baki”. Jawab saya.
“ Jika begitu pergi je la tukar dengan dia orang” Arahannya pada saya, bertegas tidak mahu menerima duit tersebut.
Saya tanpa banyak soal ambil balik duit daripada beliau dan berpatah balik ke gerai menjual ikan😭.
Hati dan perasaan sedikit cuak. Duit tu bukan basah sangat pun. Cerewetnya... 🤔getus hati saya. Nak patah balik jenuh juga. Namun kerana tiada duit lain saya terpaksa kembali ke gerai tersebut👣......Baiknya kakak yang jual ikan tu bagi note rm50 yang baru dan bersih😊.
Saya kembali ke gerai bawang. Selesai membayar kakak jual bawang senyum bukan main. Dalam hati saya, ada juga orang macam ni😬
Dia tak tahu ke dah la kita bimbit barang, hujan pulak tu. Tak boleh ke duit yang lembab tu di terima. Duit juga pun.🙄
Dalam hati mendengus juga tak puas hati sambil berkira-kira lepas ni tak ada aku nak singgah pergi gerai dia. Selalunya barang kering jarang beli di pasar pun😅.

No comments:

Post a Comment