Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Showing posts with label MOTIVASI;RESEPI. Show all posts
Showing posts with label MOTIVASI;RESEPI. Show all posts

Thursday, May 23, 2013

Resepi Cendawan Black Pepper


Hari cuti rutin biasa adalah memasak untuk keluarga. Setiap kali mahu memasak selalunya kita akan berkira-kira masakan apa yang mahu dimasak. Tugas ke pasar adalah suami, minggu lepas beliau ke pasar tani membeli pelbagai jenis lauk dan sayuaran. Salah satu yang tidak saya sangka adalah beliau membeli cendawan butang. Selalunya saya beli yang kering itu pun sekali sekala sahaja. Namun jika tidak suka atau apa yang dibeli tidak masuk dalam senarai saya diam sahaja.. Apa yang penting kretiviti kita bagaimana mahu di masak...

Lalu seperti biasa resepi campak-campak la jadinya untuk memastikan cendawan tersebut tidak terbuang begitu sahaja...

Bahan-bahan
300gm cendawan butang
Secubit garam
Secubit serbuk belacan
Secubit garlic powder
Secubit perfect pinch jenama Mc Cormick
Sesudu black pepper
Sedikit minyak zaitun

Caranya pansakan minyak dalam kuali, masukkan serbuk garlic dan cendawan, kemudian masukkan kesemua bahan-bahan tadi, masak hingga air daru cendawan menjadi pekat.. Jika mahu lebih black pepper boleh ditambah, terpulang kepada citarasa. Oleh kerana bahan-bahan itu ada rasa masin maka pastikan garam tidak terlebih, dalam masa 10 minit cendawan sudah boleh dihidangkan.

Selamat mencuba....

Wednesday, April 10, 2013

Bila merasa kehidupan ini susah dan perit....


http://www.hmetro.com.my/articles/5beranakikatperutdipondokusang//Article

Cerita-cerita kisah kemiskinan dan kesempitan hidup sering kita dengar, lalu apa rasanya perasaan kita waktu itu? Adakah kita merasakan kehidupan mereka lebih teruk atau sebaliknya? Jika kehidupan kita lebih baik dari mereka yang berada dalam keadaan kemiskinan maka tidakkah terbit rasa bersyukur dengan apa yang diberi olehNya? Kenapa kita sering mengeluh dengan kesempitan yang sedikit Allah uji. Ada yang mengadu belum cukup bulan duit sudah kehabisan. 

Belum cukup bulan diri sendiri terpaksa mengikat perut. Persoalannya adakah beza kita mengikat perut dengan mereka yang mengikat perut dan terpaksa mencari rezeki ibarat kais pagi makan pagi. Saya percaya pastinya kita masi berpeluang merasa makanan yang enak, masih boleh mampu membawa kereta pergi bekerja, masih mampu mamakai pakain cantik, masih mampu berhibur direstoran makan segera bersama keluarga atau rakan-rakan.

Namun bagi mereka yang berada adalam kesusahan sudah pasti bila mengatakan tiada duit mereka juga tidak mampu untuk memnpunyai gaya hidup sebagaimana kita. Makan hanya ala kadar, kenderaan belum tentu ada, pakaian biasa-biasa, tiada istilah makan di restoran segera, apalagi merasa yang lainnya. Maka bila kita kesempitan renunglah apa yang telah kita ada, lihatlah pada apa yang telah Allah beri, syukurlah dengan rezeki dari Allah. Semua itu mengajak kita hidup secara sederhana dan sentiasa ingat kepadanya.
Wallahuaalam.    

Friday, April 5, 2013

TRANSFORMASI MINDA



  1. v Ubah pemikiran anda, merubah dunia anda
  2. v Kekuatan minda
  3. v Percakapan positif dan prestasi kumpulan
  4. v Fokus permasalahan atau fokus penyelesaian
  5. v Kuasa penghayatan / penghargaan
  6. v Cita-cita / impian yang bertujuan
  7. v Peningkatan prestasi ukuran utama
  8. v Melakari keinginan untuk berkembang dan berjaya

Friday, March 29, 2013

Bukan Sekadar Resepi Biasa


Masakan yang sedap dan lazat selalunya masakan yang terhasil dari resepi yang hebat. Pernahkah anda membuat resepi yang hebat. Biarpun tidak mahir memasak hingga boleh dipanggil chef masakan, namun saya mengakui bahawa resepi yang dimasak untuk keluarga adalah bukan sekadar resepi biasa.. ia adalah resepi yang terkandung di dalamnya pelbagai ramuan. Namun adakala ramai yang memilih tidak mahu mencuba resepi hebat ini..