Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, May 23, 2013

Resepi Cendawan Black Pepper


Hari cuti rutin biasa adalah memasak untuk keluarga. Setiap kali mahu memasak selalunya kita akan berkira-kira masakan apa yang mahu dimasak. Tugas ke pasar adalah suami, minggu lepas beliau ke pasar tani membeli pelbagai jenis lauk dan sayuaran. Salah satu yang tidak saya sangka adalah beliau membeli cendawan butang. Selalunya saya beli yang kering itu pun sekali sekala sahaja. Namun jika tidak suka atau apa yang dibeli tidak masuk dalam senarai saya diam sahaja.. Apa yang penting kretiviti kita bagaimana mahu di masak...

Lalu seperti biasa resepi campak-campak la jadinya untuk memastikan cendawan tersebut tidak terbuang begitu sahaja...

Bahan-bahan
300gm cendawan butang
Secubit garam
Secubit serbuk belacan
Secubit garlic powder
Secubit perfect pinch jenama Mc Cormick
Sesudu black pepper
Sedikit minyak zaitun

Caranya pansakan minyak dalam kuali, masukkan serbuk garlic dan cendawan, kemudian masukkan kesemua bahan-bahan tadi, masak hingga air daru cendawan menjadi pekat.. Jika mahu lebih black pepper boleh ditambah, terpulang kepada citarasa. Oleh kerana bahan-bahan itu ada rasa masin maka pastikan garam tidak terlebih, dalam masa 10 minit cendawan sudah boleh dihidangkan.

Selamat mencuba....

No comments:

Post a Comment