Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Monday, November 18, 2013

Pelamin Cinta




Bismillah,
Alhamdulillah masih lagi dalam proses menyiapkan buku terbaru yang bertemakan rumahtangga. Salah satu isu yang mahu dibangkitkan adalah usia atau jangkahayat rumahtangga. Perhatikan dewasa ini bagaimana rapuhnya hubungan rumahtangga, usia perkahwinan tidak dapat bertahan lama. Bahkan ada segelintir yang sudah menempuh usia yang lama dalam perkahwinan namun ia ibarat telur dihujung tanduk, menunggu masa berakhirnya titik perhubungan.

Faktor pelbagai banyak menyumbang kepada permasalahan ini. antaranya:

  1. Pasangan tidak saling memahami bahkan kemesraan semakin menjauh.
  2. Asas dan tujuan perkahwinan tidak jelas
  3. Komunikasi yang tidak wujud antara pasangan
  4. Hilangnya perasaan kasih sayang
  5. Kesetiaan yang tiada
  6. Tiada keserasian 
  7. Toleransi yang rapuh
  8.  Material diutamakan
  9. Tiada didikan dan kesedaran beragama
  10. Pentingkan diri sendiri dan tidak bertanggungjawab






Pendidik sebagai Role Model


Bismillah,

Alhamdulillah, Ahad yang lepas berjaya melangsaian tugas berkongsi tentang tajuk Cabaran Felo dalam mengharung cabaran dan menjadi role model kepada pelajar bagi Felo Universiti Islam Antarabangsa. Biarpun masa yang agak padat namun Allah memberikan runag untuk ia dapat direalisasikan. Antara isi yang boleh saya kongsikan di sini adalah peranan individu yang menggalas tugas iaitu 5 M iaitu Muddaris, Muaddib, Muaalim, Murrabi dan Murshid.

Menjadi role model kepada pelajar maka setiap diri perlu mengaplikasikn semua ini. Ia pastinya tidak mudah, namun dengan komitmen ia pasti dapat direalisasikan. Dengan cabaran hari ini ia amat mencabar kerana situasinya tidak sama namun felo perlu kreatif dan ada daya saing dalam menjalankan tanggungjawab.

Sebagai role model maka setiap felo perlu mempunyai beberapa kriteria:

  1. Profesionalisme
  2. Akauntabiliti
  3. Imej Diri
  4. Akhlak/Tingkah laku
  5. Emosi>Spirtualiti
  6. Ilmu pengetahuan

Sunday, November 17, 2013

the best in you

the best in you

i am not a perfect wife but i try to be the best mother, i am not a good friend bu i try to be a good listener
i am not the best teacher but i maybe a good partner.💖💞💗💓💖💖



Sent from my iPhone

Wednesday, November 13, 2013

Usia dan Kematangan Berfikir

Usia dan Kematangan Berfikir
Assalamu'alaikum,

Bila ada persoalan tentang umur 40 tahun manusia, saya terfikir sejenak. Belum pernah saya membincangkannya dengan sesiapa sebelum ini. Bila saya cuba mengajak kepada perbincangan, ramai yang berkata itu cuma psikologi barat untuk menggambar kehidupan mesti enjoy dan berseronok, dan pada umur ini barulah fikir tentang masa depan.

Ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. Allah swt. berfirman,

حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

"Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, "Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim." (al-Ahqaf: 15)

Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.

Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka; telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah.

Pada ayat yang lain, firman Allah;

أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ

Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan? (al-Fathir: 37)

Menurut Ibnu Abbas, Hasan al-Bashri, al-Kalbi, Wahab bin Munabbih, dan Masruq, yang dimaksud dengan "umur panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir" dalam ayat tersebut tidak lain adalah ketika berusia 40 tahun.

Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah dengan bersungguh2.

Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka Allah memberikan janjiNya dalam ayat selepas itu: (maksudnya) Kematangan.

Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi s.a.w, seperti yang disebut oleh Ibn 'Abbas:

"Dibangkitkan Rasulullah s.a.w pada usia 40 tahun" (riwayat al-Bukhari).
Nabi Muhammad saw. diutus menjadi nabi tepat pada usia 40 tahun. Begitu juga dengan nabi2 yang lain, kecuali Nabi Isa as. dan Nabi Yahya as.

Mengapa umur 40 tahun begitu penting.

Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifikasikan menjadi 4 (empat) period, iaitu
1. Kanak-kanak ( sejak lahir hingga akil baligh )
2. Muda atau syabab ( sejak akil baligh hingga 40 tahun )
3. Dewasa ( 40 tahun hingga 60 tahun )
4. Tua atau syaikhukhah ( 60 tahun hingga mati )

Usia 40 tahun adalah usia ketika manusia benar-benar meninggalkan masa mudanya dan beralih kepada masa dewasa penuh. Kenyataan yang paling menarik pada usia 40 tahun ini adalah meningkatnya minat seseorang terhadap agama sedangkan semasa mudanya jauh sekali dengan agama. Seolah-olah macam satu fitrah di usia ini ramai yang mula menutup aurat dan mendekati kuliah-kuliah agama.

Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda Rasulullah saw.,

لعَبْدُ الْمُسْلِمُ إِذَا بَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً خَفَّفَ اللهُ تَعَالَى حِسَابَهُ ، وَإِذَا بَلَغَ سِتِّيْنَ سَنَةً رَزَقَهُ اللهُ تَعَالَى الْإِنَابَةَ إِلَيْهِ ، وَإِذَا بَلَغَ سَبْعِيْنَ سَنَةً أَحَبَّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ ، وَإِذَا بَلَغَ ثَمَانِيْنَ سَنَةً ثَبَّتَ اللهُ تَعَالَى حَسَنَاتِهِ وَمَحَا سَيِّئَاتِهِ ، وَإِذَا بَلَغَ تِسْعِيْنَ سَنَةً غَفَرَ اللهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ وَشَفَّعَهُ اللهُ تَعَالَى فِى أَهْلِ بَيْتِهِ ، وَكَتَبَ فِى السَّمَاءِ أَسِيْرَ اللهِ فِى أَرْضِهِ – رواه الإمام أحمد

"Seorang hamba muslim bila usianya mencapai 40 tahun, Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai 60 tahun, Allah akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepadaNya. Bila usianya mencapai 70 tahun, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya. Jika usianya mencapai 80 tahun, Allah akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya. Dan bila usianya mencapai 90 puluh tahun, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang dahulu, Allah juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta Allah akan mencatatnya sebagai tawanan Allah di bumi. (riwayat Ahmad)

Hadis ini menyebut usia 40 tahun paling awal memiliki komitmen terhadap penghambaan kepada Allah swt. sekaligus konsisten terhadap Islam, maka Allah swt. akan meringankan hisabnya. Orang yang usianya mencapai 40 tahun mendapatkan keistimewaan berupa hisabnya diringankan. Tetapi umur 40 tahun merupakan saat harus berhati2 juga. Ibarat waktu, orang yang berumur 40 tahun mungkin sudah masuk senja. Abdullah bin Abbas ra. dalam suatu riwayat berkata, "Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dpt mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka."

Imam asy-Syafi'i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, "Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir. Demi Allah, aku melihat diriku sekarang ini seperti seekor burung yang dipenjara di dalam sangkar. Lalu burung itu lepas di udara, kecuali telapak kakinya saja yang masih tertambat dalam sangkar. Komitmenku sekarang seperti itu juga. Aku tidak memiliki sisa2 syahwat untuk menetap tinggal di dunia. Aku tidak berkenan sahabat-sahabatku memberiku sedikit pun sedekah dari dunia. Aku juga tidak berkenan mereka mengingatkanku sedikit pun tentang hiruk pikuk dunia, kecuali hal yang menurut syara' lazim bagiku. Diantara aku dan dia ada Allah."

Lantas, apa yang harus kita lakukan ketika menginjak usia 40 tahun?
1. Meneguhkan tujuan hidup
2. X daya spiritual
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga istiqamah dalam ibadah.

Jika ada yang mengatakan bahawa: Life began at forty, saya cenderung berpendapat kehidupan yang dimaksudkan ialah kehidupan terarah kepada mendekatkan diri kepada penciptaNya dengan sebenar-benarnya. Dari sirah juga mnunjukkan umur 50 adalah umur jihad, perjuangn kbnaran n mmpertahankn Islam mnuju kmenangn atau syahid.

Tetapi satu perkara yang kita harus sentiasa sedar bahawa kematian memanggil kita bila-bila masa tanpa tanda, tanpa alamat dan tanpa mengira usia. Jika kita beranggapan harus menunggu usia 40 tahun untuk baru memulakan kehidupan yang dimaksudkan di atas, maka rugi dan sia-sia lah hidup kita jika umur kita tidak panjang.

Maksud sabda Nabi Muhammad S.A.W ," Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati".

Petikan dari media


Sent from my iPhone

Tuesday, November 12, 2013

Berlumba bukan bersaing


Bismillah,

Seringkali kita disogokkan dengan perkataan bersaing. Bersaing dalam semua hal adalah perkara yang diajar sejak dibangku sekolah. Kerana itu sesiapa yang berjaya bersaing maka mereka akan memperoleh anugerah dan dikira sebagai cemerlang dan terbaik.

Apapula masuk berlumba? Berlumba maksudnya berada di trek atau jalan sendiri tetapi mahu berjaya bersama-sama. Kita berlumba dengan diri sendiri dan bukan orang lain. Ber;umba dengan diri sendiri maka dirilah yang perlu bekerja menyusun strategi bagi berjaya. Berlumba menuntut perkongsian kebaikan dengan orang lain.

Ramai yang menyebut mahu bersaing secara sihat tapi sebaliknya berlaku. Contoh jiran yan bersaing mencantikkan rumah hingga menidakkan hak jiran dan timbul riak, pelajar bersaing hingga tidak mahu berkongsi ilmu, perniaga bersaing hingga sanggup membomoh pesaingnya. Banyak lagi persaingan yang terjadi seringkali tidak memberi impak positif.

Kerana itu slogan yang dibawa Islam lebih mementingkan kerjasama dan perkongsian. Ini lebih baik kerana manfaat itu dapat disebarkan dan dinikmati oleh semua.

Wallahuaalam.

Monday, November 11, 2013

Hari - Hari Sunat Berpuasa


Bismillah,

Sudah masuk hari ke 6 Muharam, esok lusa kita akan sampai ke tarikh 10 Muharam,Ia masa yang terbaik untuk mengamalkan puasa sunat. Puasa sunat tidak hanya pada hari tertentu kerana kita disarankan secara istiqamah mengamalkan puasa Isnin-Khamis. Diantara hari-hari yang disunatkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:

1.       Puasa enam dalam bulan Syawal (Sehari selepas 1 Syawal)
2.       Puasa awal bulan Zulhijjah ~ 1 – 8 Zulhijjah.
3.       Puasa pada hari Arafah ~ 9 Zulhijjah
4.       Puasa pada bulan Muharram
5.       Puasa pada hari Tasu’a ~ 9 Muharram
6.       Puasa pada Hari Asyura ~ 10 Muharram
7.       Puasa dalam bulan Rejab mengikut kemampuan berpuasa.
8.       Puasa dalam bulan Sya’ban kecuali pada hari syak iaitu 30 haribulan Sya’ban
9.       Puasa pada hari Isnin dan Khamis.
10.     Puasa tiga hari setiap pertengahan bulan Islam ~ 13,14 & 15
11.     Puasa hari Rabu, Khamis dan Jumaat




Saturday, November 9, 2013

Teknik Keibubapan

Teknik Keibubapan

Sabda Rasulullah: "setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah sehinggalah kedua ibu bapanya menjadikan dirinya majusi, yahudi, nasrani-

Fitrah itu adalah Islam.
Fitrah itu setiap manusia ada kelemahan dan kekurangannya.
Ibu bapa perlu memperkasa fitrah anak.
1 Anak tidak tahu duduk diam
2.Suka meniru tingkah laku orang lain.
Keibu bapaaan:
1 . Beri contoh terbaik, jadi role model kepada anak anak
2.Beri bimbingan dalam hiburan seperti tv dan game
3. Gunakan konsep bercerita dengan anak anak.
4. Ajar anak beza baik buruk
5. Kongsikan hobi dan minat bersama anak anak




Sent from my iPhone

Wednesday, November 6, 2013

Islam di Vietnam




Bismillah,

Sambutan 1 Muharram 1435H kali ini adalah di bandar Ho Chi Minh. Vietnam. Bandar ini sudah begitu sinonim dengan rakyat Malaysia yang melancong ke sana. Saya bersama rakan-rakan berkunjung ke sana sempena cuti. Apa yang mahu dikongsi adalah tentang masyarakat Islam di sana. Biarpun negara yang majoritinya menganut Budhha, namun ada banyak masjid di Vietnam. Masyarakat Islam juga tidak asing disana walaupun hanya menjadi minoriti.

Muslim yang tinggal di bandar ada yang bekerja makan gaji dan ada juga yang berniaga. Pluang berniaga ini ada yang dimanfaatkan dengan menjalin hubungan dagang bersama rakyat Malaysia. Makan minum di Vietnam juga tidak susah untuk mendapatkan kerana ada banyak restoran halal dibuka disekitar bandar Ho Chi Minh. Bahkan rata-rata restoran menyediakan makanan yang sedapt dengan harga berpatutan.

Selama 3 hari di bandar Ho Chi Minh ia satu yang menyeronokkan lebih -lebih lagi menyambut 1 Muharram. Kesempatan berpuasa di negara asing tidak susah, saya sempat singgah di masjid berdekatan hotel tempat penginapan kami. Masjidnya begitu bersih, kemas dan indah tersergam. Dari jauh kubah hijaunya kelihatan. Ternyata komuniti Muslim di Vietnam ini ternyata kukuh ikatan mereka. Ini memungkinkan Islam kekal di negara tersebut. 

Satu kesempatan menaiki tels yang dipandu warga Vietnam beragama Islam dapat mencungkil kisah hidup mereka di bandar yang sedang membangun ini. Biarpun ada kalangan mereka yang hidup dalam keadaan dhaif namun adat budaya masih dikekalkan. Moga Islam akan tersebar dibumi Ho Chi Minh.

Wallahuaalam.

Muharram 1435H