Bismillah,
Sambutan 1 Muharram 1435H kali ini adalah di bandar Ho Chi Minh. Vietnam. Bandar ini sudah begitu sinonim dengan rakyat Malaysia yang melancong ke sana. Saya bersama rakan-rakan berkunjung ke sana sempena cuti. Apa yang mahu dikongsi adalah tentang masyarakat Islam di sana. Biarpun negara yang majoritinya menganut Budhha, namun ada banyak masjid di Vietnam. Masyarakat Islam juga tidak asing disana walaupun hanya menjadi minoriti.
Muslim yang tinggal di bandar ada yang bekerja makan gaji dan ada juga yang berniaga. Pluang berniaga ini ada yang dimanfaatkan dengan menjalin hubungan dagang bersama rakyat Malaysia. Makan minum di Vietnam juga tidak susah untuk mendapatkan kerana ada banyak restoran halal dibuka disekitar bandar Ho Chi Minh. Bahkan rata-rata restoran menyediakan makanan yang sedapt dengan harga berpatutan.
Selama 3 hari di bandar Ho Chi Minh ia satu yang menyeronokkan lebih -lebih lagi menyambut 1 Muharram. Kesempatan berpuasa di negara asing tidak susah, saya sempat singgah di masjid berdekatan hotel tempat penginapan kami. Masjidnya begitu bersih, kemas dan indah tersergam. Dari jauh kubah hijaunya kelihatan. Ternyata komuniti Muslim di Vietnam ini ternyata kukuh ikatan mereka. Ini memungkinkan Islam kekal di negara tersebut.
Satu kesempatan menaiki tels yang dipandu warga Vietnam beragama Islam dapat mencungkil kisah hidup mereka di bandar yang sedang membangun ini. Biarpun ada kalangan mereka yang hidup dalam keadaan dhaif namun adat budaya masih dikekalkan. Moga Islam akan tersebar dibumi Ho Chi Minh.
Wallahuaalam.
Muharram 1435H
No comments:
Post a Comment