Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Tuesday, December 24, 2013

Kembara Spain- Portugal- Morocco


Kembara Spain- Portugal- Morocco
Siri 4
Lisbon bandar bersejarah.
Lisbon atau lebih dikenali sebagai Lisboa adalah bandar utama di Portugal. Ia merupakan bandar Spiritual kerana banyak gereja yang lama dah masih aktif.

Kali pertama menjejak kaki di Lisbon dan melihat gaya hidup mereka ternyata ia gaya hidup yang sama iaitu gaya secular. Waktu pagi tidak sibuk namun waktu malam merupakan waktu yang hidup. Bila malam menjelang ramai yang tua dan muda termasuk yang berkeluarga keluar mencari hiburan.

Suasana waktu malam sememangnya amat ceria. Apalagi dengan Krismas yang hampir tiba, boleh dikatakan warga kota memenuhi setiap jalan raya. Kedai kedai di buka hingga lewat malam.

Sehari di Portugal kami di bawa menjelajah di luar kota. Destinasi pertama adalah Fatima Sanctuary. Ia ke banggan rakyat Portugal. Segenap ceruk datang untuk beribadat dan juga melangsaikan nazar. Ternyata Portugal negara yang masih utuh dan kuat beragama.

Kami tidak lama di situ kerana perjalanan seterusnya adalah ke satu Istana Batalha. Ia dibina pleh beberapa pemerintah, tersergam indah. Di dalamnya di bangunkan gereja. Pendek kata bangunan lama menjadi gereja dan pusat pelancongan. Kami masuk ke dalam melihat seni binanya yang indah. Ia ada unsur2 binaan zaman Medieval Europe.

Seterusnya kami ke satu destinasi yang popular dengan keindahan pantai dan lautnya iaitu Nazare. Bandar ini memang mengamit pengunjung yang suka kepada ombak. Ia tempat popular untuk sukan meluncur. Ombak yang tinggi menjadikan peluncur seronok bermain dengannya.

Ada kisah tersendiri di sini, bila ada seorang yang diselamatkan nyawa di tepi gaung bernazar, mungkin itu sebab dinamakan Nazare, lama disitu kami sempat menikmati ikan bakarnya yanf segar di bawa dari laut. Ia tidak terlalu mahal jika dibanding dengan menunya.

Seterusnya kami menuju satu lagi bangunan tinggalan yang juga menjadi gereja. Ia kisah cinta antara putera raja dan orang biasa. Beliau berkahwin dan dapat anak seramai tiga orang, namun waktu si putera pergi berperang si ayah iaitu Raja membunuh kekasihnya. Ia membawa derita pada si Putera, lalu digali kubur kekasihnya. Ia kisah menyayat hati. Gereja ini juga menjadi tanda pada kisah mereka.

Senja hampir menjelang membawa kami ke destinasi akhir untuk hari pertama menuju Obidos. Ia merupakan istana yang dibangunkan oleh Raja untuk isteri tercinta. Biarpun pada masa tersebut wanita tidak boleh memiliki harta namun pemberian raja ini mengubah sistem yang ada.

Istana ini menjadi destinasi pelancongan dan menjadi pentas menonjolkan hasil kesenian warga Portugal, dari lukisan, warisan kebudayaan, dan lain lain dipamerkan dan dijual.

Kami mengakhiri lawatan hari pertama dengan pelbagai pengalaman dan pengetahuan baru.




Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment