Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Tuesday, December 24, 2013

Kembara Spain- Portugal-Morocco

Kembara Spain- Portugal-Morocco
Siri 6- Dari Seville ke Cordoba

Jam 6 pagi kami sampai di Seville. Berehat dan makan adalah nikmat bila berjalan di musim sejuk. Setiap tempat ada restoran halal sama ada Pakistan atau Turkey.

Seawal 7.30 pagi kami sudah bergerak untuk memulakan lawatan. Di Seville ada banyak tempat bersejarah. Salah sayunya adalah
menaiki cruise dan menikmati pemandangan yang cantik sepanjang Sevilla su mitico rio. Di pesisirnya ada menara tinggalan yang masih megah berdiri iaitu Torre del Oro. Di seberang jalannya ada stadium
lama yang begitu unik iaitu La Real Maenstranza. Kebanyakaan binaan ada yang terbina seawal pemerintahan Islam dan ada juga yamg dibina pada abad ke 18.

Selesai melawat ke beberapa tempat kami seterusnya menuju Cordoba dengan menaiki bas. Ia hanya mengambil masa selama 2 jam.
Kami akhirnya selamat tiba di Cordoba. Ia bandar yang cantik.

Setentang dengan Medina Az Zahra ada sungai yang cantik. Kami tiba agak lewat maka hanya berkesempatan mengambil gambar dari luar sahaja. Melihat dari cahan pintu yang tersergam ia sangat cantik. Dua orang Inggeris yang kami temui menyatakan ia sangat mengagumkan.

Medina Az Zahra atau lebih dikenali sebagai Cordova adalah tinggalan pemerintah Islam yang akhirnya jatuh ke tangan bangsa Eropah. Hebatnya orang Islam terdahulu membina tamadun, ia seiring dengan berkembangnya ilmu dan ciptaan tekini. Kami sempat merasa air yang dialir dari bawah bumi. Sejuknya amat terasa.

Tinggalan empayar Islam ini sangat menyentuh hati. Terasa betapa umat Islam yang begitu kuat sebagaimana bersemangatnya tentera Islam menyeberang Selat Gibraltar, maka segagah itulah mereka dalam membina tamadun. Namun bila Islam terhakis dan aqidah semakin ampuh umat Islam akhirnya jatuh ke tangan golongan kristian.

Senja di Cordoba yang indah memberi kenangan buat kami.



Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment