Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Tuesday, December 24, 2013

Dari PTS ke ABS, ia bermula dengan niat yang tersi

Dari PTS ke ABS, ia bermula dengan niat yang tersirat, lalu di situ terbina falsafah. Berniaga bukan semata mencari rezeki, berniaga ada dakwah yang perlu dilaksana, ada ajakan yang perlu diseru. Bukan mudah membetulkan semua perkara, ia umpama menulis sebuah buku, bermula dari CHAPTER ke CHAPTER.

Bukan mudah mahu melaksana, namun dengan misi dan visi tersedia kaki akan melangkah satu persatu anak tangga menuju puncak kejayaan. Ia tidak mustahil bagi yang mahu dan sanggup berkorban bagi mencapai misi perjuangan.


Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment